CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, July 30, 2011

~maTAHari MalAM - 6~

Kad ditangan direnung macam nak tembus. Masih menimbang samaada mahu menelefon atau tidak.
“Cari siapa ya?” Soal suara yang menyambut panggilan. Iqmal sedikit tersentak, tapi dia yakin itu bukan suara orang yang dicari. Padahal nombor yang di dail adalah yang tertera dikad milik Shahira.
“Nur Shahira ada?”
“Oh, Puan Shira dah balik. Dia ada hal. Boleh saya ambil pesanan?”
“Takpelah. Nanti saya call lagi”
“Okey”
“Cik…..,” panggil Iqmal kembali. Rasa sia-sia pulak kalau tak bertanya. Cuba dulu, kalau tak dapat kira dia tak bernasib baik hari ni. Kalau dapat memang rezeki.
“Boleh bagi alamat dia?”
“Untuk apa?”
“Nak hantar parcel penting” Iqmal main hentam jawapan. Janji dia dapat alamat Shahira. Nak kena siasat semua pasal cik kak pelari terhebat tu. Sampai bila nak bertangguh? Dah sakit telinga nak dengar soalan dan perlian mama setiap hari. Puas jugak bersoal jawab sebelum gadis itu bersetuju.
“Sekejap ye, saya carikan”
Iqmal tersenyum manis bila alamat rumah Shahira sudah ada dalam gengaman. Sekarang kita tengok siapa yang lagi bijak. Cik pelari berjaya atau dia.


Dia sudah berdiri dihadapan pagar rumah teres bernombor 539 itu. Cantik dan menyejukkan mata walaupun tidak sebesar mana. Sudah dua kali dia melaungkan salam. Mengharapkan ada insan yang keluar.
Terpaku pandangan bila melihat seorang kanak-kanak lelaki berlari ke arahnya. Tersenyum manis. Dia pernah nampak budak lelaki ni tapi kurang pasti dimana.
“Nak cari siapa?” ramah si comel bertanya padanya.
“Shira ada?”
“Oh Ibu…. Sekejap Adi tanya nenek mana ibu pergi” tergamam Iqmal bila mendengar jawapan dari mulut comel itu. Ibu? Shahira ada anak? Anak siapa?
Seorang wanita keluar dari dalam, menghampirinya. Memandang pelik wajahnya. Dia hanya mampu tersenyum sumbing.
“Cari Shira ke?”
“Ya saya?”
“Maaflah, dia tak ada. Ke Langkawi tiga hari. Mustahak ka?”
“Ada hal sikit”
“Masuklah dulu, panas ni” Iqmal hanya mengikut langkah wanita itu. Dia mesti mencari jawapan pada setiap persoalan yang timbul diminda saat ini. Lebih-lebih lagi bila melihat wajah comel kanak-kanak lelaki itu. Siapa dia?
“Duduklah, Mak Jah ke dapur kejap”
“Tak payah susah-susah makcik”
“Tak ada susah pun. Duduk sekejap ya. Adi, temankan pakcik tau”
“Okey” Riang Adi menjawab. Dia duduk disebelah Iqmal. Memerhati dengan tekun wajah lelaki itu.
“Uncle ni muka macam ayah Adi la. Siapa nama uncle?” soal Adi bersahaja. Tapi membuatkan kepala Iqmal berpusing hebat.
“Adi, berbual apa dengan Pakcik?” kemunculan Mak Jah menyelamatkan Iqmal dari terus menjawab soalan Adi.
“Takde, Adi tanya nama Uncle. Muka uncle macam muka ayah Adikan nenek”
Mak Jah hanya tersenyum. Turut mengakui benda yang sama. Mengundang pelbagai persoalan dalam hati tuanya.
“Anak ni siapa?” soal Mak Jah perlahan.
“Nama saya Iqmal. Panggil Mal je”
“Muhammad El Iqmal Fahmi?” soal Mak Jah cepat. Nama yang sentiasa bermain diminda dituturkan pada lelaki itu. Berharap jawapan yang positif.
“Saya makcik.” Jawab Iqmal walaupun tergejut bila nama penuhnya disebut wanita itu.
“Ya Allah, kamu ke mana nak? Sepuluh tahun makcik harapkan kamu balik cari Shira. Baru hari ni kamu muncul”
“Saya minta maaf”
“Kamu tak salah dengan makcik. Cukuplah kalau kamu jaga Shira dan Adi baik-baik lepas ni”
“Adi?” soal Iqmal dengan kening bercantum.
“Adi, anak kamu”
“Saya ada anak?” tergejut Iqmal mendengar kenyataan itu. Tak pernah tercapai dek akal yang dia mempunyai seorang anak. Yang dia tahu dia Cuma mempunyai seorang isteri yang ditinggalkan lama dulu.
“Adi, sini sayang” tubuh Adi dipeluk Mak Jah. “Ini Adi Suffian, anak lelaki kamu. Adi, ini ayah yang Adi nak sangat jumpa. Salam dengan ayah sayang”
“Ayah? Ini ayah Adi? Ayah dah tak ada problem lagi?” senyuman manis sudah terukir dibibir Adi.
Iqmal pandang wajah yang bertanya soalan bertalu-talu padanya. Tak dapat digambarkan perasaannya saat itu. Lain yang dicari, kejutan yang lebih hebat dia dapat.
“Siapa cakap ayah ada problem?” soalnya dalam getar.
“Ibu. Ibu cakap ayah ada problem sendiri sebab tu tak boleh datang jenguk Adi dengan Ibu. So problem ayah dah settle?”
Terharu Iqmal mendengar mulut yang petah bercakap itu. Dan dia tahu dari mana asalnya mulut petah itu, sebab Shahira bukan seorang yang petah begitu. Shahira memang seorang yang periang tapi hanya becok bercerita dengan orang yang rapat denganya sahaja.
“Dah sayang. Semua dah selesai. Sebab tu ayah datang jumpa Adi hari ni”
“Adi rindu ayah” leher Iqmal sudah dirangkul oleh Adi. Iqmal mendakap erat tubuh yang memelukkannya. Itu darah dagingnya. Tak perlu diragui lagi. Banyak benar irasnya pada anak kecil itu.
Tanpa sedar airmata membasahi pipi. Banyak rupanya yang terabai sejak dia meninggalkan Shahira.
“Shira ke Langkawi untuk apa Makcik?” soal Iqmal bila terasa lebih tenang. Adi yang berada dipangkuan dipeluk erat.
“Ada masalah kerja katanya. Tergesa-gesa balik kemas barang tadi. Adi pun dia tak sempat jumpa”
“Dia sihat Makcik?”
Mak Jah tersenyum mendengar soalan Iqmal. Hanya itu saja yang Iqmal mahu tahu setelah sepuluh tahun tak berjumpa?
Dan senyuman Mak Jah membuatkan Iqmal malu sendiri. Dia salah tanya soalan ke?

Iqmal masih memandang Mak Jah. Mengharap wanita itu membenarkan dia membawa Adi pulang ke rumah. Mahu mama melihat dan kenal cucunya.
“Mak Jah tak berani la Mal. Nanti kalau Shira telefon nak cakap dengan Adi apa Mak Jah nak jawab. Mahu mengamuk dia dengan kkl nanti”
“Selalu Shira call pukul berapa?”
“Malam selalunya, tapi tak tentu jugak. Dia mana boleh berpisah lama-lama dengan Adi”
“Sekejap je makcik, petang ni sebelum maghrib saya hantar. Saya janji”
“Mak Jah tak tahulah”
“Jangan risaulah, saya takkan bawa lari anak saya ni. Nanti saya hantar dia. Boleh ye?”
“Iyalah” Dengan berat hati Mak Jah melepas Adi mengikut Iqmal. Tak sampai hati untuk menghalang bila melihat Adi yang tak mahu berenggang dengan ayahnya.
“Terima kasih Makcik”
“Adi pergi dulu nek. Nanti malam Adi balik la” riang Adi menyalami tangan Mak Jah.
“Jangan nakal dekat rumah orang” pesan Mak Jah. Adi hanya mengangguk suka. Melambai penuh semangat bila Iqmal memimpin dia ke kereta.

Zivilia Band - Aishiteru Lyrics

Matahari malam -6 akan diupload esok pagi...
so sementara tu layan dlu lagu ni...



Thursday, July 28, 2011

~mATahARi MaLAm - 5~

Puan Sakinah merenung anak lelakinya yang sejak tadi termenung di ruang tamu. Tenggelam jauh dalam dunia sendiri. Dia melangkah menghampiri Iqmal. Duduk disebelah Iqmal. Memerhati wajah yang sentiasa dekat dengan hatinya. Kadang kala timbul perasaan kasihan melihat nasib Iqmal sekarang.
“Mal, menung je dari tadi mama tengok. Ada masalah apa?” sapa Puan Sakinah perlahan. Membuatkan Iqmal tersentak dari menungan.
“Takdelah ma. Saja duduk mengenang cerita lama”
“Kenapa? Tiba-tiba nak fikir pasal benda yang dah lepas? Selalunya Mal yang marah kalau Mama ungkit cerita lama. Bising-bising cakap mama suka buat Mal susah hati”
“Mal jumpa dia minggu lepas ma” tenang dia menutur. Tahu yang mama boleh diluahkan segalanya. Penasihat paling baik dan berhemah yang pernah dia ada sepanjang hayat.
“Siapa?” soal Puan Sakinah bila tak dapat nak meneka siapa yang dimaksudkan oleh anaknya. Tiba-tiba je cakap dah jumpa. Suka hati betul. Ingat dia nujum pak belalang nak main teka-teka siapa yang Iqmal jumpa.
“Shira” sebaris nama itu membuatkan Puan Sakinah memandang tepat wajah Iqmal.
“Shira? Shahira? Jumpa dekat mana? Dapat cakap dengan dia?” bertalu-talu soalan terbit dari Puan Sakinah. Teruja dengan cerita yang bakal dibawa oleh anaknya.
“Ye Ma. Shahira. Mal je yang cakap, dia dengar je dari mula sampai sudah”
“Kenapa?” soal Puan Sakinah kurang faham.
“Sebab dia ada dalam seminar Mal, so dia dengar je apa yang Mal cakap. Mana boleh membantah. Kalau nak bertanya pun kena minta kebenaran dulu”
“Ya Allah budak ni. Boleh lagi buat main benda macam tu. Mama tanya betul-betul ni. Cakap tak dengan dia?”
“Tak, dia asyik larikan diri je. Sampai ke sudah tak ada peluang nak cakap”
“Dapat tahu dia kerja mana tak?” Iqmal tersenyum nipis. Kad ditangan disuakan pada mamanya. Kad yang diambil dari meja pendaftaran. Atau lebih tepat lagi dicuri dari meja pendaftaran tengahhari itu.
“Dah kerja bagus dia sekarang” komen Puan Sakinah bila menatap kad nama itu. “Mesti makin cantik kan. Dulu pun cantik, sekarang dah kerja mesti lagi pandai bergaya” ucap Puan Sakinah. Mindanya membayangkan wajah yang pernah ditatap dari gambar dalam simpanan Iqmal. Wajah manis yang cukup mendamaikan jiwa.
“Dia dah berubah ma, dah pakai tudung. Mal pun hampir tak kenal dia kalau tak perhati betul-betul”
“Jadi, apa rancangan Mal?”
“Rancangan apa ma?” Iqmal pandang muka Puan Sakinah, kurang faham dengan apa yang dicakapkan oleh mamanya. Nak kena ada rancangan apa?
“Takkan nak pisang berbuah dua kali lagi? Nak biar dia terlepas lagi?. Nak hidup sorang-sorang sampai tua?”
“Mungkin dia dah kahwin ma. Dah lebih sepuluh tahun pun”
“Mal, macam mana dia nak kahwin? Mal pernah terima surat dari mahkamah? Penah dia tuntut fasakh? Tak ada kan. Dia bukan lelaki yang boleh kahwin lebih dari satu. Cuba bercakap macam orang berpelajaran sikit”
“Tapi dah lama ma” sanggah Iqmal perlahan. Sungguh dia jadi kecil bila fikirkan tentang Shahira yang ditemui minggu lepas. Bukan Shahira yang ditinggalkan sebelas tahun dulu. Gadis yang baru menginjak 19 tahun. Kini yang duduk dalam seminar minggu lepas, Shahira yang cukup matang dan bergaya. Jadi mana mampu ditebak apa yang berlaku sepanjang perpisahan mereka.
“Dia tetap isteri Mal. Menantu yang mama tak sempat nak kenal. Mal kena pergi cari dia. Bawa balik ke sini. Entah macam mana dia hidup selama ni.”
“Tapi ma”
“Tak ada tapi-tapinya. Mal yang pandai pergi kahwin dengan dia, tak pernah nak tanya pendapat mama dengan abah dulu. Lepas tu dengan bijaknya, Mal boleh pergi sini dan tinggal dia sorang-sorang dekat sini. Takde nak bagitau dekat kami yang kami dah ada menantu. Tak pernah nak kirim berita dekat dia. Entah macammana hidup dia lepas Mal pergi. Lagi nak mengelak. Sampai bila? Walau apa pun alasan Mal dulu, mama nak Mal bawa dia balik”
“Ma…..”
“Mama nak Mal bawa dia balik. Kesian dia Mal. Mesti susah hidup dia selama ni. Mal dah lupa masa kita pergi rumah keluarga dia dulu, macammana marahnya ayah dia dekat Mal, cuba bayangkan hidup dia lepas Mal pergi. Mal dah dapat yang Mal kejar, dah ada kerjaya yang Mal nak. Dah masanya Mal galas tanggungjawab yang Mal abaikan selama ni. Tebus balik salah Mal pada dia. Bagi dia rasa bahgia berkahwin dengan Mal”
“Entah la ma”
“Jangan mengalah Mal, kalau mama dan abah boleh maaf dan terima apa yang Mal buat dulu Mal kena kuat untuk bawa balik dia untuk kami. Sampai bila nak jadi suami pada isteri yang entah dekat mana. Nak gantung pernikahan kamu ni sampai bila?”
“yelah”
“Jangan mengaku je, kena usaha. Cuba jadi lelaki yang bertanggungjawab sikit” Erat genggaman Puan Sakinah pada Iqmal, berharap mampu mengalirkan semangat buat anak lelakinya itu.
“InsyaAllah ma. Mal akan cuba buat yang terbaik”


“Tolong hantarkan Farish ke sekolah boleh tak Mal? Kak Ngah kena kerja pergi pejabat pagi ni. Mal tak kerjakan hari ni?” soal kakak iparnya yang sedang bersiap untuk ke tempat kerja.
“Ada apa dekat sekolah hari ni? Bukan cuti ke hari ni?” Iqmal menyoal pelik. Bukan hari ni hari sabtu ke?
“Dia ada game bola sepak. Kak Ngah pun tak sure sangat. Patutnya Abang yang hantarkan tapi dia lagi awal keluar tadi. Boleh ye?”
“Nak kena tunggu ke?”
“Ikut Mal la, tapi Mal kena ambil dia balik jugak, dalam pukul 12 rasanya habis”
“Oklah”
“Thanks Mal. Nanti Kak Ngah belanja makan ye.”
“takde hal. Memang hari ni free pun. Apa salahnya menolong anak saudara sendiri”

“Mal, nak ke mana?” Soal Puan Sakinah bila Iqmal mencapai kunci kereta. Farish sudah menantinya diluar.
“Nak hantar Farish kejap”
“Tak de kerja ke hari ni?”
“Tak. Hari ni jadual Mal kosong”
“Itulah, ada isteri tinggalkan. Kan dah tak tahu nak buat apa. Ini kalau tidak, mesti anak Mal dah dekat sebaya dengan Farish, tak adalah nak hantar anak sedara je, hantar anak sendiri patutnya”
“Ma, please” Iqmal tayang muka sedih. Dah perit telinga kena perli sejak mama mengetahui kewujudan Shahira kembali.
“Bila mama cakap, macam tulah kamu.”
“Mal pergi dulu, Farish dah lambat tu”
“yelah. Ni pukul berapa nak balik?”
“Tak pasti, ingat nak tunggu sampai habis la, tak payah nak ulang alik dua tiga kali. Mama ada nak ajak Mal ke mana-mana ke?”
“Takdelah, mama nak keluar dengan abah nanti. Jadi pandai-pandailah Mal cari makan tengahhari sendiri”
“okey, pergi dulu ma”


Iqmal duduk dibahagian atas stadium. Memandang setiap perlawanan yang berlangsung. Pasukan sekolah Farish hanya akan bermain perlawanan terakhir nanti. Jam hampir pukul sebelah pagi ketika pasukan Farish berbaris ditengah padang. Seronok dia mengikuti perlawanan itu. Lama kelamaan perhatian Iqmal tertarik pada pemain penyerang pasukan lawan Farish. Nampak lain benar pada pandangannya. Matanya tak lekang dari memandang. Entah mengapa dia terasa dekat dengan budak lelaki itu.
Sepuluh minit kemudian dia melihat pasukan lawan berjaya menjaringkan gol. Dan kanak-kanak yang sama menjaringkan gol sebelum ini berjaya menyumbat gol kedua, dan dia menari riang ditengah padang. Membuatkan Iqmal turut tersenyum. Riangnya itu mengingatkan pada si dia yang telah lama ditinggalkan. Si dia yang sangat periang sebelum ini.
Senyuman manis dibibir menghilang bila ternampak kanak-kanak itu dipapah keluar dari padang selepas beberapa minit sepakan bermula. Mata tetap mengikut langkah yang terhenjut-henjut ke tepi padang. Duduk diantara teman-teman yang ramai. Rupanya pelanggaran tadi mencederakan si riang yang berbakat itu.
“Nak cikgu telefon Ibu Adi?”
“Tak payah la. Sikit je, nanti Adi suruh nenek urut”
“Betul?”
“betul” Adi hanya tersenyum. Mana boleh suruh ibu datang, rosaklah plan bercuti yang dah dipersetujui oleh ibu tiga hari lepas. Kan dah janji tak boleh injured. Dia hanya memandang rakan-rakan menamatkan permainan. Melupakan seketika kaki yang terseliuh.
“Paksu, jom balik” ajakan Farish membuatkan Iqmal mengalih pandangan dari budak lelaki yang sedang berjalan perlahan ke arah bas sekolah.
“okey. Kita singgah makan dulu ye, tok ma keluar dating dengan tok wan so takde orang masak lunch untuk kita”
“okey. Pizza ye”
“yelah. Main kalah pun nak demand lagi”
“alah, bukan kalah teruk pun. 2-1 je.”
“Memang la 2-1 je sebab budak striker tu dah injured, kalau tak mesti lagi teruk team Farish kena Paksu rasa”
“tulah, nasib baik Adi tu injured.”
“nama dia Adi ke?”
“iyalah, semua orang panggil dia Adi”
“Kenapa?”
“Tak ada apalah. Dah la, jom balik”

Wednesday, July 27, 2011

seBakul rAmbutan dr lantAI pENulIS

buat TEman-teman YNg Rajin BerkunjuNg ke SINI:

1- mAaf Membuatkan Anda sentiasa ternanti-nanti N3 (perasan mcm ramai sgt yg bc repekan ni) baru. Idea byk dlm kePAla, tapi masa tak kena. bIla dah ada masa, Idea pulak lari menyorok dalam teLAga... dan yg lebih penting, tempat duduk sy diopis baru sgt xbesh... nak menaip benda ni amat susah. balik umah mmg tenaga dh habis. harap sgt perpindahan baru ni memberi tempat yg strategik... boleh berangan dan merepek utk semua....

2-utk E-novel MataHAri MaLAm, this story pendek je sbnarnya. should be cerpen je, tapi bila dah mula menaip xboleh nak stop plak... dan terjadilah e-novel. and sgt berharap berjaya menghabiskannya. xnak sangkut mcm ~DiA~.

3- akan cuba sedaya upaya utk post everyday. jadi berdoalah idea dlm Kepala ni dah tak menyorok lagi....

4-untk yg mengikuti ~Dia~, Fisha tgh spin otak utk sambung. tahu perasaan org yang menanti... mesti 10sen tgk xde smbgan (sbb sy jugak seorang blogger e-novel yg tegar. hari2 buka blog utk tgk new n3 blog org lain.

5- dan yg penting sekali.... buat yang membaca segala contengan, repekan dan cerita angan-angan saya... please komen this n3....bg feed back sikit. takut juga syok sorang2....

sekian..... laporan dr lantai pengARANg

~mATAhARi maLAm- 4~

Shahira menyandar badan pada sofa diruang tamu. Membiarkan Adi menumpang diatas ribanya. Selesa menghabiskan masa bersama selepas makan dan sebelum masuk tidur. Tumpuan masih pada rancangan Tv.
“Ibu….”
“Ye sayang”
“Adi tanya sikit boleh?”
“Nak tanya apa?”
“Ayah tak rindu dekat kita ke Ibu?” soal Adi cukup perlahan tapi menyentak hatinya yang paling dalam. Duduk yang sudah selesa dibetulkan. Wajah yang berada diriba dipandang sayu. Apa jawapan terbaik yang boleh diberi? Dah lama rasanya mereka tidak bercerita mengenai lelaki itu, tapi malam ini Adi bertanya lagi tentang ayahnya.
“Kenapa Adi tanya macam tu?” wajah comel itu ditatap penuh kasih. Anak yang cukup mudah dibesarkan. Tidak banyak ragamnya sejak kecil. Bagai Mengerti ibunya saja yang ada untuk menghadapi segalanya.
“Sejak Adi kecil, tak pernah Adi jumpa Ayah. Dia tak suka Adi ke ibu? Langsung tak nak datang jenguk Adi” tenang Adi menutur. Mata bulat itu tepat memandang mata ibunya. Mengharap jawapan yang menenangkan hati. Dan mungkin yang boleh diterima akal fikiran anak kecil itu.
“Apasal cakap macam tu? Adi dah tak sayang Ibu? Dah bosan duduk dengan ibu? Kan ibu dah cakap dari dulu, ayah tak boleh datang jumpa kita. Dia ada masalah dia sendiri. So kita kena terus hidup macam biasa. Nanti bila Adi dah besar, dah boleh cari duit sendiri baru Adi boleh cari ayah. Fahamkan apa yang ibu cakap ni?”
“Ibu tak rindu ayah?”
Terdiam Shahira mendengar soalan Adi. Bagaimana mahu dijawab soalan anak lelakinya. Macamana nak terangkan keadaan yang sebenarnya. Padahal dia sendiri tak pasti apa yang dia rasa. Perlukah dia mengenang kisah yang akan membuatkan dia menangis lagi? Perlukah dibuka sejarah lama yang cuba dipadamkan dari ingatan supaya anak kecil ini mengerti situasi sebenar. Mampukah anak kecil ini mengerti apa yang terjadi antara mereka? Dia masih belum cukup kuat untuk bentangkan segalanya pada Adi. Bukan saat ini.
“Adi sayang, ibu tak ada hak nak rindu dekat ayah.”
“Tapi kenapa?”
“Entah, ibu sendiri tak ada jawapan. Nanti kalau ibu dah ada jawapan ibu cakap dekat Adi ye”
“Adi sayang ibu tapi Adi teringin nak ada ayah. Ibu jangan marah ye”
“tak sayang, ibu tak marah, ibu faham sangat apa yang Adi rasa. Satu masa nanti mesti Adi boleh jumpa ayah Adi”
“Mesti ayah pun rindu Adi jugakkan”
Shahira hanya mampu membisu mendengar bicara Adi. Apa yang boleh diharap dari seorang ayah yang tidak tahu kehadiran anak sendiri. Tapi dia tak tergamak untuk membiarkan Adi tahu hal sebenar. Mengapa malam ini banyak benar persoalan tentang ayahnya ditimbulkan. Rindu benarkan anak itu pada ayah yang hanya dikenali melalui beberapa keping gambar lama.
“Malam ni Adi tidur dengan ibu boleh?”
“Kenapa? Hero ibu dah takut nak tidur sorang?”
“Bukan, saja Adi nak temankan ibu. Mesti boring tidur sorang-sorang” jawapan Adi mengundang senyuman dibibir Shahira.
“Jom, tidur. Esok nak kena bangun awal”
“Sayang ibu…. Ayah jugak”


“Pergi cakap dengan Ibu sendiri. Nenek tak boleh nak buat keputusan. Nanti Ibu Adi marah kalau Adi pandai-pandai buat keputusan sendiri” Adi memandang sayu pada wajah neneknya. Terkilan bila permintaannya tidak diterima. Kertas ditangan direnung hampa.
“Tapi mesti ibu tak bagi Adi pergi nanti”
“Tanya dulu. Kalau ibu tak bagi baru nenek cakap dengan ibu Adi. Kita pujuk sampai Adi boleh pergi”
“Nenek….”
“Pergi tanya ibu dulu, dia ada dekat depan kan”
Perlahan Adi mengatur langkah keluar rumah, mencari Shahira yang tekun merapikan pasu bunga. Duduk dikerusi sambil memandang wajah ibunya. Mencari perkataan terbaik untuk memujuk ibu tersayang.
“Ibu…..”
“Ya sayang”
“Next week ada game. Boleh tak Adi join?”
“game? Game apa?” pasu bunga sudah ditolak ke tepi. Wajah yang menunduk itu dipandang. Menagih penjelasan yang lebih lanjut. Tak pernah pula selama ni anak lelakinya bermain bola atau dia yang tak tahu.
“Football”
“Since when Adi play football? Ibu tak tahu pun” Shahira duduk disebelah Adi. Memberi sepenuh perhatian kepada apa yang bakal diluahkan oleh anak itu.
“Dah lama, tapi selama ni tak keluar dari school, just play for fun. Boleh kan ibu?”
“Perlu ke Adi join semua tu?”
“Ibu, this for co-curicullum. Extra point in merit. Bolehkan?”
“Dekat mana?”
“Next Saturday, dekat stadium”
“Ibu kena temankan ke? Saturday ibu ada banyak benda nak buat tau. Maybe takde masa untuk Adi”
“Tak payah. Adi pergi dengan bas sekolah, just ibu kena sign this form”
“Bak sini”
Kertas dan pen ditangan Adi dicapai, membaca sebelum menurunkan tanda tangan. “Good luck. Play safe. Ibu taknak ada injured dekat mana-mana pun”
“Thanks ibu, love you”
“Sayang, sayang jugak but make sure yang Adi tak injured kalau tidak cancel trip cuti sekolah ni” Ugut Shahira. Bimbang andai anak kesayangannya cedera lagi. Cukup minggu lepas dia dah hilang setengah nyawa.
“Don’t worry, Adi takkan buat benda yang rugikan Adi”
“Nenek mana?”
“Ada dekat dapur”
“Cakap dekat nenek, Ibu nak pergi jumpa kakak-kakak Adi”
“Nak ikut” ceria wajah Adi bila Shahira mahu ke rumah bakti. Dia suka bermain dengan bayi kecil yang ada disana.
“Adi duduk rumah, temankan nenek. Sekejap je Ibu pergi, sebelum Maghrib Ibu balik”
“Yelah”
Adi hanya memandang langkah Shahira ke dalam rumah. Sepuluh minit kemudian Shahira keluar dengan pakaian yang lebih kemas.
“Ibu, Adik nak adik boleh?”
Shahira tergelak mendengar bicara anaknya. “Adik nak ibu ambil baby siapa? Kak Moon punya ke? Comel je ibu tengok”
“Baby kak Moon nak buat apa. Baby ibu”
“Ada-ada je Adi ni. Ibu pergi dulu. Jangan nakal-nakal”
“Okey”
“Assalamualaikum”

Tuesday, July 26, 2011

~mATahARi mALam- 3~

Shahira menarik kerusi, duduk diantara Fuad dan Suraya. Bilik seminar yang agak luas itu masih banyak kerusi kosong. Jam ditangan dikerling sekilas. Baru pukul 8.35 pagi. Seminar akan bermula pada pukul 9 nanti. Entah macam mana mereka terawal pulak hari ni.
“Apa cerita dengan hero kita semalam?” soal Suraya. Baru sempat bertanya khabar.
“MC dua hari” tenang Shahira menjawab. Mata masih meneliti tentatif seminar hari ini. Risau dihati sudah hilang.
“Kenapa? Bergaduh?”
“Biasalah, budak baru nak membesar. Pantang kena usik sikit mula nak angkat tangan. Memang itu peel orang lelaki kot. Bercakap guna tangan. Boleh tahan jugak baran anak aku tu. Takut aku tengok bengkak dekat muka dia semalam”
“Ala kesian dekat hero handsome tu. Mesti teruk ni sampai kena cuti”
“Muka dia bengkak. Dahi kena 12 jahitan. Tapi nama pun herokan, tak mengaku sakit. Ikut dia, dah nak pergi sekolah tadi. Padahal semalam sepanjang malam aku kena peluk dia, meracau sepanjang malam”
“Bertuah kau dapat anak macam tu. Jarang nak susahkan kau Shira”
“Memang. Diakan buah hati aku. Mana boleh susahkan hati aku”
“Ini kau tinggal dia, takpe ke?”
“Takde benda pun, rasanya dia dah ikut Mak Jah ke rumah bakti. Anak aku tu mana reti duduk diam. Ada saja kerja yang dia nak buat”
“Eleh nak kutuk anak sendiri, padahal kau tu pun tak reti duduk diam. Eh, siapa speaker hari ni?” Soal Suraya bila terpandang lelaki yang baru melangkah ke bahagian depan dewan. Sangat menarik perhatian. Harap-harap itulah penceramahnya.
“Entah” tanpa perasaan Shahira menjawab.
“Ir.Mohammad El Iqmal Fahmi” jawab Fuad yang sejak tadi hanya menjadi pendengar. Jawapan yang membuatkan Shahira memandang ke hadapan. Mencari empunya nama yang sangat jarang ditemui itu. Berharap bukan lelaki yang dia kenal. Nyata doanya tak dimakbulkan, wajah yang selama ini cuba dipadam sudah berdiri didepan.
“Pergh… nama punya sedap. Cukup kena dengan orang yang kacak macam dia. Memang tak mengantuk la aku hari ni” Suraya dah riang bersuara. Mata setia mengekori langkah lelaki itu.


“Nampaknya semua dah tak sabar nak makan tengahhari. Kita akan sambung bahagian kedua selepas makan nanti. Terima kasih semua”
Shahira menarik nafas lega mendengarnya. Sakit leher bila terpaksa bersembunyi sepanjang bengkel tadi, jenuh menunduk memandang kertas dimeja. Takut andai penceramah itu kenal atau sedar kehadirannya. Haru jadinya.
“Shira, jom makan dulu. Lepas ni kita pergi solat”
“Jom” cepat Shahira menarik tangan Suraya supaya keluar dari dewan yang sangat menyesakkan.
“Kau ni apahal? Dari tadi aku tengok semacam punya gabra. Dah macam buat salah besar pulak aku gayanya”
“Tak ada apa.jom gerak cepat lapar ni.”
Tanpa banyak soal Suraya mengikut langkah Shahira, mencapai pinggan. Perut yang lapar perlu di isi sebelum menyambung dengar abang handsome bagi ceramah.
“Apahal kita kena duduk dekat meja tercerok macam ni? Duduk dekat sanalah. Boleh tengok orang sikit” Suraya sudah merungut bila Shahira menarik tangannya ke meja dihujung dewan makan.
“Duduk ajelah, banyak cakap la kau hari ni. Semua benda nak bangkang je”
“Dah kau ajak aku duduk dekat hulu, mestilah aku tak nak. Mana boleh ushar mamat handsome dekat sini. Tapi aku hairan apsal speaker handsome tu asyik pandang kau je dari tadi”
“Eh, mana ada. Dia tengok orang lain tu” cepat Shahira berpusing. Mengelak muka dari bertemu pandang dengan lelaki itu.
“Iyelah tak ada, aku ni tak rabun lagi. Nampak sangat dia tu berminat dekat kau”
“Merapu je. Duduk. Makan cepat lepas tu boleh pergi surau. Tak adanya orang kacak macam tu nak dekat janda anak satu ni. Lagipun mana kau tau dia solo, entah-entah dah anak dua”
“janda pun manusia la. Lagipun dia mana tau kau tu janda. Semua orang tengok kau macam anak dara je. Kalau jalan dengan Adi pun macam jalan dengan adik”
“Apa ajalah, makan cepat. Nanti lambat pulak kita solat”
Suraya hanya menggeleng. Susah betul bercakap dengan orang yang takde hati dengan lelaki ni. Semua dia tolak mentah-mentah. Cuba ajak bercakap pasal kerja, tak pun pasal Adi Suffian, muka bercahaya macam baru lulus exam dengan cemerlang. Sesekali dia mengangkat wajah, memandang meja yang agak jauh dari mereka. Encik Iqmal masih memandang ke arah mereka dan dia pasti lelaki itu bukan memandangnya.

Iqmal memandang ke arah meja yang terletak ditepi dinding dewan makan. Wajah yang sudah lama terpahat dihati. Yang sudah lama hilang dari hidupnya. Puas dia cuba memandang dari dekat tapi si gadis itu asyik mengelak.
“Tengok apa?” soal Hisham yang turut sama dimeja makan. Mengikut pandangan mata Iqmal.
“tak ada apa” Dia tunduk menatap nasi dipinggan. Padahal selera dah hilang sejak tadi.
“Betul? Aku tengok kau macam hilang fokus sejak pagi lagi. Asyik tersangkut masa pembentangan. Dah macam orang ada masalah. Nak kata awek merajuk, bercinta pun tak. Nak kata anak sakit, kahwin pun belum”
“Mana ada”
“Aku kenal kau dah lama Mal. Bukan senang kau nak tipu aku. Siapa yang kau tengok sangat tu. Sampai lupa apa yang kau nak cakap”
“Somebody yang aku rasa macam kenal. Yang dah bertahun aku tak jumpa”
“Dah tu, taknak pergi tegur, mana tau betul dia yang kau kenal”
“Nantilah”
“Bertangguh je kerja kau, nanti hilang baru nak menyesal”
“Takpe, lepas habis talk aku petang ni aku pergi tegur dia” ucap Iqmal bila wanita berdua itu sudah bangun meninggalkan meja makan.
“Suka hati kaulah”


Shahira sibuk mengemas kertas dan pensil di atas meja bila sampai ke sesi soal jawab. Jam sudah menginjak ke pukul lima. Banyak pulak orang yang nak bertanya soalan pada encik penceramah tu. Selalunya, ada seorang dua saja yang rajin bersoal jawab.
“wei, cepatnya kemas barang. Relax la dulu” tegur Suraya.
“Aku nak pergi ladies la. Kalau aku tak sempat masuk, kau tolong bawa barang aku ye”
“Dah tak boleh tahan ke? Dah nak habis ni”
“Darurat ni. Aku pergi dulu” cepat-cepat Shahira melangkah meninggalkan meja meraka. Dia menuju ke basement. Sengaja mengelak untuk berjumpa dengan encik penceramah.
Sepuluh minit kemudian dia menghantar mesej pada Suraya memaklumkan dia malas untuk masuk dan hanya menanti di kereta. Selesai masalah.


“Ibu”
“Ye sayang”
“Nek Jah ajak makan. Semua dah siap Adi tolong hidangkan”
“Adi dah sihat? Sakit lagi tak bengkak tu?” Shahira memandang wajah ceria anaknya.
“Dah ok, mana ada sakit. Adikan lelaki, mesti kuat nak protect ibu and Nek Jah”
“Ala, baiknya hero ibu. Jom kita makan. Mesti anak ibu ni dah laparkan”
“Lapar sangat. Nenek masak best malam ni”
“Anak ibu ni asyik fikir makan je.”
“Mana ada, Adi ada fikir banyak benda lain lagi. Macam, bila ibu nak bawa Adi pergi holiday lagi.”
“Eh, bila pulak Ibu janji nak pergi holiday?”
“Ibu jangan buat lupa ye. Adi ada bukti tau ibu dah janji”
Shahira sudah mengerut dahi. Berfikir bila dia berjanji, tapi bila si comel ni dah cakap ada bukti baik dia iyakan saja. Pantas tangan mencapai telefon, mencari tarikh yang boleh diselit untuk anaknya.
“Okey, cuti sekolah next week kita pergi. And please survey mana Adi nak pergi. Ibu tak nak tempat yang fully booked lagi”
“Tahu. Esok Adi bagi list dekat Ibu”
“Dah, jom makan.”

Monday, July 25, 2011

~MaTAhaRI MaLAM - 2~

Telefon yang bergetar didalam poket jeans membuatkan Shahira hilang fokus pada perbincangan yang sedang berlangsung. Hairan bila sudah berkali-kali si pemanggil tidak berhenti-henti mencuba. Bila makin lama berbunyi, dia mengambil keputusan untuk menjawab. Pasti ada hal penting, jika tidak takkan Mak Jah mahu mendail berkali-kali.
“Ye Mak Jah?”
“Shira, Adi bergaduh dekat sekolah. Cikgu telefon Mak Jah, bagitau dia orang dah hantar Adi ke klinik” cemas suara wanita tua itu.
“Ya Allah. Teruk ke?”
“Mak Jah tak pasti. Cikgu Cuma minta ke sekolah je, ambil dia”
“Mak Jah tunggu dirumah ye. Shira pergi sekolah Adi sekarang”
“Yelah”
Shahira mengalih pandangan pada Fuad disisi. Masih lagi tekun dengan perbincangan yang tak nampak jalan penyelesaian.
“Fuad. Saya terpaksa balik, ada hal. Tolong wakilkan saya ye” perlahan Shahira memberitahu Fuad. Takut menganggu perbincangan.
“Kenapa?”
“Nanti saya cerita. Saya gerak dulu. Maaf menyusahkan awak gantikan tempat saya”
“Tak apa, saya faham. Pergilah balik dulu. Hati-hati memandu”


Laju langkah Shahira menuju ke pejabat sekolah. Terasa pendek pula langkah hari ini, padahal Suraya selalu bising dia jalan laju sangat. Mungkin kerana hati dan fikiran hanya berpusat pada Adi
“Saya cari Adi Suffian. Lima Bestari”
“Oh, Adi. Kakak dia ke?” soal kerani yang bertugas di kaunter pada Shahira.
“saya Ibu dia. Dia ada dimana ya?”
“Oh maaf, dia ada dalam bilik guru. Puan keluar dari sini, belok kiri. Pintu ke tiga tu bilik guru.”
“Thanks”

“Adi?”
“Ibu”
Tersentak hati Shahira melihat muka anak lelakinya yang bengkak teruk. Kesan darah sudah dibersihkan.
“Kenapa ni sayang?” Adi sudah dalam pelukkan.
“Danial”
“kenapa dengan Danial”
“dia cakap Adi anak haram. Banyak kali. Adi dah tak boleh sabar. Tu sebab Adi pukul dia. Adi minta maaf Ibu. Adi tak sengaja”
Bergenang air mata Shahira mendengar jawapan Adi. Bukan salah anaknya, mana mungkin kanak-kanak yang sudah memahami makna anak haram boleh bersabar andai dihina setiap hari. Ditahu, sudah lama Adi bersabar dengan segala macam hinaan dari teman-teman sekelas kerana dia tidak punya ayah seperti orang lain. Mungkin hari ini sabar Adi sudah hilang.
“Lain kali jangan buat lagi ye. Tak sayang ibu dah? Bergaduh macam ni buat Ibu susah hati”
“Sorry ibu”
“its ok sayang. Jom kita balik. Kesian Nek Jah risau dekat rumah fikirkan Adi kesayangan dia kena pukul”
“Adi minta maaf” perlahan suara Adi kedengaran, kembali memohon maaf bila melihat muka Shahira yang sugul.
“Cikgu, saya minta maaf. Kalau parents Danial nak jumpa saya, tolong bagitahu ye. Saya bawa Adi balik dulu”
“Tak apa Puan. Nanti saya jelaskan pada keluarga Danial. Lagipun Danial tak luka teruk pun. Adi yang kena lebih. Puan baliklah. Yang lain biar saya uruskan”
“Terima kasih cikgu”

Mak Jah sudah berdiri di ambang pintu ketika Shahira memberhentikan kereta. Perlahan dia membuka pintu, mengambil beg sekolah Adi. Sengaja tidak mahu terus berjumpa dengan Mak Jah.
“Adi, cucu nenek. Kenapa ni?” Mak Jah sudah menarik Adi dalam pelukan. Sayang benar pada cucunya.
“Biasa la Mak Jah, cara orang lelaki selesaikan masalah. Lagipun anak Shira ni hero, setakat kena pukul ni apa sangat. Dah jom masuk”
“Shira, apa cakap macam tu dengan anak” Mak Jah memimpin langkah Adi ke dalam rumah. Kesian melihat wajah bersalah Adi.
“betul la, dia bertumbuk sebab nak bagi budak yang ejek dia tu faham apa yang dia cakap. Hero la tu”
“Adi, cuba cakap dekat nenek. Kenapa bergaduh ni”
“Danial la, cakap macam-macam dekat Adi. Mana boleh sabar kalau tiap-tiap hari dia asyik ejek Adi. Padahal dia tau Adi ada ayah, just ayah Adi tak duduk dengan kita. Tu pun dia tak boleh nak faham”
“Habis tu bergaduh dengan dia la ni?”
“Dia yang pukul Adi dulu. Adi just nak defend je. Mana tau boleh jadi macam ni”
“ibu rasa lepas ni Adi dah tak payah belajar taek wan do dah. Makin bahaya pulak ibu tengok”
“Ibu, please. Promise lepas ni Adi tak gaduh dah. Adi kena belajar lagi. Macammana nak protect ibu dengan Nek Jah nanti kalau Adi tak tahu berlawan”
“tapi tengok apa jadi dekat Adi sekarang. Ibu tak nampak dekat mana baiknya Adi belajar martial art ni”
“yang ni tersilap skill. Lagipun sikit je”
“Sikit? Adi dah buat ibu lari dari kerja tau. Macam nak terkeluar jantung Ibu tadi bila Nek Jah cakap Adi injured. Suka ke tengok Ibu sakit?”
“sorry ibu. Promise this is last. Takkan jadi lagi lepas ni” Adi sudah duduk diriba Shahira. Memeluk kemas leher Shahira. Tahu cara memujuk ibu tersayang.
“Janji dengan Ibu.”
“promise”
“Dah, jom ikut nenek ke dapur. Kita tuam bengkak tu dulu. Dah tak kacak dah cucu nenek” celah Mak Jah bila nampak suasana makin suram. Tak sanggup lagi dia melihat airmata diwajah insan didepannya. Cukup dengan kesedihan yang dia tatap sepuluh tahun lepas.
“Nek dah masak? Adi lapar”
“Dah sayang. Jom kita ke dapur,tuam muka Adi lepas tu kita makan”
“Sayang nenek”

Sunday, July 24, 2011

~Matahari Malam- 1~

“Ibu, hari ni Adi menang design competition. Engineer yang Adi suka sangat tu datang sampaikan hadiah” ceria wajah Adi bercerita pada ibu yang menjenguk sebelum dia tidur.
“Iye? Suka la ni?” senyuman manis sudah terukir dibibir Shahira.
“Happy sangat bu. Rasa macam dapat first place dalam class”
“So apa yang Adi design tu?” Shahira duduk dibirai katil. Dia agak sibuk dengan kerja hari ini. Tak sempat untuk berbual dengan anak bujangnya seperti selalu.
“New generation of scanning ID”
“Briliantnya anak ibu. Tapi macam mana Adi boleh design benda macam tu?”
“Adi tengok fail ibu last month. Lepas tu cuba buat cara Adi”
“Bijak”
“So Adi want present for that”
“I thought you already got it. Tempat pertama mesti dapat best prize right”
“Yes, but not from you ibu”
“Demanding”
Adi hanya tergelak suka. Tahu yang dia akan dapat sesuatu dari ibu tersayang. Ibu mesti beri ganjaran pada setiap kejayaan yang diperolehi.
“Ibu ada class dengan kakak-kakak Adi hujung minggu ni. So can’t it wait until that day? We can go after the class. Adi boleh pilih nak apa, tapi max limit 2 ratus saja tauu ”
“Sure ibu, as long as Adi get present from you”
“Yeah, I know. Anak ibu memang bijak kenakan ibu. So time to sleep young man”
“Nite Ibu, assalamualaikum”
“Nite sayang. Waalaikummusalam”



Shahira termenung sendiri diruang tamu. Melepaskan lelah berkerja di kilang sepanjang hari. Sudah sepuluh tahun dia membesarkan Adi. Anak yang bijak itu sentiasa menyenangkan hatinya. Segala penat lelah hilang bila menatap wajah polos permata hatinya. Hilang segala jerit perih semasa membesarkan Adi.
“Shira…”
“Saya Mak Jah” dipandang wajah tua yang tersenyum manis padanya. Tempat dia bermanja dan bersandar tiap kali terasa lemah menghadapi dugaan hidup.
“Apa yang dimenungkan tu?”
“Tak ada apa. Cuma tengah hilangkan tekanan dipejabat tadi. Banyak sangat masalah hari ni. Sakit kepala dibuatnya”
“Nak makan?”
“Tak pa Mak Jah. Kalau Shira lapar nanti Shira cari sendiri. Mak Jah kenapa tak tidur lagi ni?”
“Nak masuk tidur la ni. Nampak Shira duduk sini, itu yang Mak Jah singgah kejap. Jarang Mak Jah tengok Shira termenung macam ni. Bila dah tengok anak Mak Jah termenung macam ni susah pulak hati Mak Jah”
“Mak Jah pergilah tidur. Kejap lagi Shira masuk ye. Tak payah risau tak ada benda yang buruk pun”
“Yelah, jangan berjaga lewat sangat. Esok nak kerja lagi. Susah hati Mak Jah tengok Shira kerja macam ni”
“Baik Mak Jah. Selamat malam. Assalamualaikum”
“Waalaikumusalam”
Melihat langkah Mak Jah sudah ke dalam bilik, dia kembali menatap kaca tv. Entah kenapa hari ini terasa lebih penat dari biasa. Atau mungkin kerana hari ini 17 May? Hari yang terlalu sedih sebelas tahun lepas. Hari yang mengubah perjalanan hidupnya. Yang membuatkan dia seakan enggan menapak ke bulan lima ini.

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....