CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, April 21, 2011

~dia - 9~

Nombor telefon Pak Rahman didail. Lama menanti sebelum panggilan berjawab. Ayah ni selalu malas nak jawab call.
“yah, Ira ni”
“Oh, ada apa call ayah ni? Balik lambat lagi?” soal Pak Rahman. Selalunya bila kena kerja overtime je Athirah call ke rumah. Sampai ayah pun dah boleh agak.
“tak, nak bagi tau malam ni Ira tak balik rumah”
“oh, takpe la kalau macam tu. Ayah ok je duk sorang-sorang” selamba Pak Rahman menjawab.
“ayah tak nak tanya kenapa Ira tak balik ke?”
“tak payah la. Ok. Ayah nak sambung tengok gerak khas ni. Assalamualaikum” panggilan diputuskan oleh Pak Rahman. Athirah memandang geram pada telefon mahal pakcik ni. Nasib baik telefon orang, kalau telefon sendiri mesti dah kena campak ke belakang.
Boleh Pak Rahman tak tanya langsung ke mana dia nak tidur bila tak balik. Sibuk dengan gerak khas dia je. Anak sendiri macam tak penting pulak. Drama bersiri yang tak pernah nampak jalan nak habis tu jugak yang difikirkan.
“ayah cakap apa?” soal Fikri bila Athirah membisu lepas berbual dengan bapa mertuanya. Muka pun dah masam. Pelik.
“tak kata apa”
“ok la tu”
“ayah tu macam tak risau je” rungut Athirah.
“memang la dia tak risau”
“kenapa pulak?” soal Athirah bodoh. Memang tak faham dengan maksud yang cuba disampaikan oleh Fikri.
“Ira call ayah guna phone abang, ayah tu guna handphone sayang. Mesti la dia tau Ira ada dengan abang. So apa point dia nak risau lagi?” terang Fikri perlahan.
Hidung digosok laju. Geram je bila dengar jawapan Fikri. Kenapa la dia tak terfikir langsung pasal tu tadi? Patut la senang hati je pakcik ni bagi dia guna telefon. Ada motif rupanya. Kenapa kepala lambat sangat nak pick up tadi.
“tak payah la nak gosok hidung tu. Tertanggal nanti susah pulak abang nak kena cari ganti yang matching”
“sapa suruh cari?”
“tak ada sapa suruh tapi abang tak sampai hati la nak tengok wife abang tak ada hidung. Nak bernafas macam mana nanti. Nak bagi pinjam hidung abang nampak macam tak match je”
“merapu je cakap” geram Athirah dengar alasan Fikri. Tapi memang tak match pun sebab hidung pakcik tu mancung sangat. Tak sesuai langsung dengan muka comel dia.
“mana ada merapu, betul la”
Athirah buat pekak. Malas nak layan penyakit merapu Fikri. Nanti dia jugak yang terkena. Pakcik ni memang banyak modal nak kenakan dia. Dah macam ambil alih perangai lama dia yang suka kenakan orang.


Masuk ke dalam rumah, Athirah terpaku melihat keadaan rumah suami tersayang. Dia ni duduk ke menyemak? Segala macam benda ada dekat ruang tamu ni. Memang tak boleh bayang keadaan tempat lain dah. Gerun bila benda yang pertama dia tengok dah macam ni.
“apa yang berdiri dekat situ je? Jom abang tunjukkan bilik”
“ha?”
“jom abang tunjukkan bilik. Yang terpegun sangat ni kenapa? Rumah abang cantik sangat?”
“cantik sangat rumah ni, tu pasal terkedu kejap”
Fikri dah tergelak dengar jawapan Athirah. Perli la tu. Memang rumah terlebih semak seminggu ni. Tak sempat nak kemas lepas cari cover note insurans hari tu. Dah macam kena tsunami dah. Semua benda dah berlonggok di ruang tamu. Sampai tin biskut pun boleh ada atas rak tv.
“sebab cantik la abang ajak Ira balik sini. Tolong buat apa yang patut”
“nak buat apa?” soal Athirah bodoh.
“tak apa, kejap lagi abang bagi full explaination. Sekarang Ira gi masuk mandi, tukar baju dulu. Dah berbau dah tu”
“bilik mana nak masuk ni?” soal Athirah bila berdiri diantara dua pintu bilik.
“yang belah kanan Ira tu”

Masuk dalam bilik, sekali lagi Athirah terpegun. Kali ni bukan sebab semak tapi bersih dan kemas sungguh. Berbeza sungguh keadaan ruang tamu dengan bilik pakcik ni.
“ni apasal lak jadi tugu depan pintu ni? Terkedu kenapa pulak?” hairan Fikri melihat Athirah berdiri didepan pintu masuk ke biliknya.
“tak ada apa”
“baju dengan towel ada dalam almari. Ira ambil sendiri ye”
“oh, ok”
“kenapa?” soal Fikri bila Athirah masih terpacak di tempat yang sama.
“tak ada apa”
“gi la mandi dulu. Tak payah duk fikir pasal rumah abang yang cantik ni”
Pantas Athirah bergerak ke almari, mengeluarkan tuala dan baju. Buat tau macam rumah sendiri. Kemudian berlalu ke bilik air. Dah berlengas satu badan. Takkan nak buat jual mahal lagi.


Siap mandi dan solat, Athirah berlalu ke ruang tamu. Memang dari dalam bilik air lagi kepala duk memikir apa yang nak dibuat dengan ruangan itu.
Segala cawan, mug dan peralatan yang sepatutnya berada didapur, dikutip dan dibawa ke dapur. Dicuci dan di keringkan. Kemudian dia kedepan semula, Kain baju yang berlonggok di atas sofa, ditarik ke lantai. Dia duduk melipat kain baju basahan Fikri. Yang kemeja dan slack diasingkan. Mesti nak kena seterika.
Siap melipat, dia mencapai majalah dan kertas entah apa-apa yang berselerak di atas meja kopi. Diteliti sebelum diasingkan.
Fikri memandang Athirah yang tekun meneliti kertas ditangan. Senyuman terukir dibibir melihat ruang tamu sudah kembali kepada asal. Kemas dan bersih. Dan senyuman makin lebar bila melihat Athirah juga berada disitu. Terasa lengkap hidupya malam ini dengan kehadiran Athirah.
“dah siap kemas? Nak abang tolong apa-apa?” soal Fikri, menghampiri Athirah yang duduk bersila dilantai.
“tak payah la. Dah siap pun. Just simpan sendiri semua benda ni. Saya tak tau nak letak mana” segala macam dokumen penting termasuk sijil nikah mereka disuakan pada Fikri.
“thanks sayang. Duduk sini terus la. Confirm rumah kita dah tak jadi kapal karam dah”
Athirah pandang muka Fikri. Tak percaya pulak dengar pakcik ni cakap macam tu. Rumah kita? Sejak bila dia ada share dalam rumah ni? Apasal la pakcik ni tiba-tiba jadi baik macamni lepas kahwin? Tersampuk apa? Tapi nak tanya rasa macam tak patut sangat. Jadi layan saja selagi boleh.
“apasal tengok muka abang macam tu?”
“takde apa” pandangan dihalakan pada tv yang kelam.
“esok abang hantar Ira pergi kerja, balik kita ambil barang lepas tu terus balik rumah abah, pagi boleh gerak ke Johor”
“tak nak rest dulu ke?”
“tak payah kot”
“ok”
“jom….” Ajak Fikri
“nak pi mana?” hairan Athirah.
“tido la sayang. Dah pukul satu pagi ni. Esok kerja lagi”
“aha, ok” perlahan je. Kalau boleh nak elak bab kena masuk bilik sekali dengan pakcik ni.
“jom cepat” fikri dah tunggu sebelah.
“awak pergi masuk dulu. Nak ke dapur kejap”
“nak buat lagi kat dapur tu?”
“abang pergi la masuk tidur dulu. Kejap lagi orang masuk”
Fikri melangkah ke dalam bilik. Dah pagi benar kalau nak ajak Athirah berlawan cakap lagi. Masing-masing pun dah letih.


“nak singgah R&R tak?” soalan dari Fikri membuatkan mata yang dah betul-betul layu kembali terbuka luas. Sejak mula bertolak dari tol Juru tadi, asal nak jumpa R&R je mesti ayat yang sama keluar. Bak kata Adibah Noor, nak kena rakam dalam kaset dah. Senang nak rewind je bila orang tanya.

Melihat Athirah hanya menggeleng, Fikri meneruskan pemanduan“kita singgah dekat Ipoh kejap ye, abang nak sembahyang Jumaat dulu. Rasa pelik pulak kalau tak pergi ni. Takpe ke Ira tunggu dalam kereta kejap?”

“takde hal la” Fikri tersenyum dengar jawapan Athirah. Mendengar kata sungguh la cik kak sorang ni. Hilang terus kaki melawan zaman sekolah dulu. Sekarang ni semua arahan diterima dengan senang hati je.

Ketika Fikri menghampiri kereta, Athirah sudah terlentok ke cermin. Mengantuk la tu. Orang suruh tidur dari tadi lagi tapi tak nak. Kan dah terlena. Comel je tengok cik kak tu tidur. Dekat 15 minit jugak dia memerhati sebelum Athirah terjaga.

“apasal tak gerak orang? Lama dah ke masuk dalam kereta?” soal Athirah bila membuka mata terpandang Fikri disisi. Jam ditangan dikerling sekilas. Dah 2.30 petang. Pukul berapa la nak sampai Johor ni? Buat malu je kena ushar masa terlentok. Nasib baik tak de terbuat peta. Kalau tidak mesti saham lagi merudum jatuh.

“saja”

“boleh jawab saja…. Dah la, jom gerak. Nanti lambat pulak sampai Skudai”

“confirm kita sampai malam punya.” Selamba Fikri menjawab. Athirah buat tak dengar. Gila la pakcik ni. Kalau sampai malam, tak sempat la nak jumpa dengan geng yang dah confirm sampai petang ni. Berubah habis jadual bersama kawan-kawan sejak kahwin dengan pakcik ni.



Suasana sunyi ketika melintasi kawasan Sepang. Athirah menoleh pada Fikri yang senyap memandu. Kesian pulak tengok muka letih pakcik tu. Mesti sibuk kena siapkan kerja sebelum ambil cuti ni. Lepas tu kena memandu sepanjang perjalanan.

“jumpa R&R nanti berhenti la. Biar orang pulak yang drive” Athirah dah offer diri. Apa susah nak drive CRV pakcik ni. Autokan. Tekan minyak je. Bukan macam Wira Pak Man yang manual tu. Lenguh duk main clutch dengan gear tiap kali memandu ke kilang kalau hari hujan.

“tak payah la, abang ok lagi. Selalu dah drive long distance ni” tolak Fikri lembut “tapi kalau Ira nak drive pun ok jugak, boleh abang nak bermanja” tiba-tiba Fikri menukar jawapan. Dasar tak tetap pendirian sungguh.

“takpe, takpe. Orang tak nak drive.” Kelam kabut Athirah menolak. Seriau ok. Lagi selamat kalau pakcik ni yang drive. Takde lah tangan dia nak merayau lebih-lebih.

“taknak pulak. Abang baru je nak relaxkan mata kejap. Ira drive ye” lembut Fikri bersuara. Siap picit batang hidung nak tunjuk mata yang letih kesan memandu yang lama. Taktik je semua tu…. Drama..drama.

“yelah” perlahan Athirah mengiakan. Mati la.

Sunday, April 3, 2011

~Hanya Padamu~

Balqis memandang lelaki yang menyandar pada dinding kawasan kecemasan. Nampak sedih sekali. Mungkin sedang menanti insan tersayang. Melihat pemakaian yang santai, lelaki ini boleh dikategerikan dalam golongan kacak walaupun tidak berdandan hebat. Tak perlu berpakaian mahal untuk nampak kacak dan menarik.
Sungguh dari tadi matanya tak mampu memandang ke arah lain. Sentiasa terpaku pada wajah itu. Jika selama ini hatinya tidak terbuka pada mana-mana lelaki selepas putusnya hubungan dengan Falah, lelaki ini bisa membuatkan hati kerasnya cair. Dia terus memandang wajah yang tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Masih dalam dunianya sendiri. Siapa dia?
Muka cemas Maisara yang melangkah menghampir tempat duduknya dipandang dengan sengihan. Kalut la kakak sorang ni. Gaya macam dia dah koma muka Maisara usung. Padahal sikit saja kecederaan yang dialami. Cuma sekarang dia perlu menanti untuk di X-ray bagi memastikan tiada kecederaan dalaman.
“relax la wei. Aku ok je”
“nak pengsan aku bila Farouk call cakap kau injured. Accident dengan apa pulak kali ni?”
“spanar jatuh dari atas mesin. Aku tak perasan. Terpengsan sekajap. Kalut la si Farouk tu hantar ke sini. Benjol jugak la aku dapat”
Maisara turut memeriksa bahagian atas kepala Balqis. Sudah membengkak. “kau tunggu apa lagi kat sini? Kena masuk ward ke?”
“nak kena X-ray dulu. Kalau ok, dah boleh balik dah. Tak payah menyemak kat hospital yang sentiasa penuh ni”
Maisara turut bersandar disebelah bila mendengar jawapan Balqis. Menanti giliran Balqis untuk masuk ke dalam bilik X-ray. Dah malas nak bersoal jawab. Mungkin sebab dah lega melihat temannya itu tidak seteruk seperti dibayangkan.
“macam mana boleh jatuh?” soal Maisara bila masing-masing membisu. Bosan pulak bila tak ada benda nak dibuat.
Senyap. Tiada jawapan dari Balqis.
“oi… aku tanya ni?” bahu Balqis ditujah dengan telefon bimbit ditangan. “kau tengok apa? Tak padan dengan sakit sempat lagi nak cuci mata” bebel Maisara bila perasan kemana arah pandangan mata Balqis.
“handsomekan” soal Balqis bila Maisara turut memandang ke arah lelaki itu.
“Qis!!!!!!!. Kau biar benar. Patut dari tadi tak mesej aku. Duk perati mamat handsome rupanya. Sejak bila kau minat balik dengan lelaki ni?”
Balqis hanya tersengih mendengar bebelan Maisara. Dah imum dengan bebalan Maisara, itu sajalah kawan sejati yang dia ada.
“kau dah call Mak Lang?”
“cari nahas la kalau call dia. Kau jangan pandai-pandai bagitau dia. Mati aku kena balik duduk dengan dia kalau dia tau”
“lantak kau la Qis. Kalau Mak Lang tau jangan babitkan aku”
“tahulah. Dah, tunggu sini aku nak pergi ikut abang handsome tu kejap”
Balqis melangkah meninggalkan Maisara bila seorang petugas memanggil namanya untuk diX-ray.



“sabarlah Along, Allah lebih sayangkan dia. kita yang masih hidup ni kena doakan kesejahteraan dia. Jangan macam ni”
langkah yang ingin diatur terhenti bila mendengar bicara memujuk dari seorang ibu pada anaknya. Hanya bahagian belakang yang dapat dilihat. Tapi baju lelaki itu amat dikenali. Abang kacak tu.
“salah Along mak.along tak peka dengan kesihatan dia. Dah seminggu dia cakap demam tapi Along sibuk dengan kerja”
“sabarlah. Pergi uruskan apa yang patut, kita bawa balik jenazah secepat yang boleh”
“mak tolong call mak mertua Along. Bagitau diaorang”
Balqis memerhati dari jauh. Abang kacak sibuk menyapu air mata dipipi. Bertuahnya siapa yang menjadi isterinya. Sungguh penyayang. Tapi dia dah kehilangan isterinya. Kesiannya.
“Qis, dah belum?” teguran kkl membuatkan dia kembali melangkah pada tempat duduk tadi.
“kejap, kena tunggu result baru boleh balik”
“okey” Maisara kembali duduk ditempatnya. Balqis bersandar dibahu Maisara. Baru terasa sakit yang berdenyut dikepala. Mata dipejam rapat.
“makcik tumpang duduk dekat sini boleh?” mendengar suara yang hampir dengannya membuatkan Balqis membuka mata. Patut la makcik tu minta izin, beg dia dah penuh atas kerusi yang sepatutnya orang duduk. Tak ada kesedaran sivik betul.
“maaf la makcik, tak perasan tadi. Duduk la” beg diubah ke riba Maisara.
“kenapa dengan kepala tu?” soal makcik tu ramah.
“accident dekat tempat kerja tadi”
“teruk?”
“tak ada apalah, sikit je. Diorang dekat sini yang risau lebih”
“tak apalah, periksa betul-betul. Mana tau kalau ada luka yang kita tak nampak”
“makcik tunggu siapa?” soal Balqis bila tengok gaya makcik ni tak macam orang sakit.
“menantu makcik baru meninggal. Tengah tunggu nak uruskan janazah”
“maaf, Qis tak tahu. Takziah”
“tak apa. Siapa nama anak ni?”
“Balqis.”
“Makcik Fauziah. Kesian dekat anak makcik tu, tak dapat nak terima kehilangan isteri dia. Sedih sungguh”
“ohhh, penyakit apa?”
“demam denggi”
“kesiannya.”
“itulah anak makcik, Ridhwan”
Balqis mengangkat muka. Memandang ke arah lelaki yang ditunjukkan oleh Puan Fauziah. Ya Allah, abang kacak tu. Dah kawin rupanya. Dan nama dia Ridhwan.
“makcik gerak dulu ya. Moga cepat sembuh ya”
“terima kasih. Takziah dari kami”

“handsomekan dia tu Mai.”
“Ya Allah, tak habis lagi ke?” geram Maisara bila Balqis tak habis-habis memuji lelaki itu. Selalunya payah benar nak mendengar Balqis memuji lelaki. Tapi hari ni dia dah muak dengar pujian Balqis. Entah apa yang istimewa sangat dengan lelaki tu.
“aku nak cari la dia kerja mana”
“nak buat apa?”
“nak kerja dengan dia. Mesti best dapat tengok muka dia hari-hari”
“gila la kau Qis”
Maisara terus melangkah ke kereta.malas nak layan angin angau Balqis. Nanti kalau layan jugak dengan dia sekali terjangkit.
“kau tengok la, aku mesti usaha sampai dapat kerja dekat tempat dia”
“gilaaaaaaaaa”


Balqis termenung sendirian. Memikir untung nasib diri sendiri. Sejak berumur 10 tahun dia kehilangan ibu disebabkan barah otak. Setahun kemudian abah mengikut jejak ibu disebabkan kemalangan jalan raya. Tinggal dia sendiri, kerana dia anak tunggal. Sejak itu dia dibawa ke rumah Mak Lang. membesar bersama-sama anak Mak Lang yang ramai.
Sungguh Mak Lang tak pernah membezakan kasih sayang antara dia dengan anak-anaknya sendiri. Cuma mulut Mak Lang yang agak lantang. Dia diberi kasih sayang sama seperti yang ibu dan abah beri.
Tapi dia faham Mak Lang bukan orang senang. Rumah kampung yang Cuma ada 4 bilik itu tak mampu menampung bilangan mereka yang ramai
Kesian Risya terpaksa berasak dengan dia dan Zila didalam bilik sempit itu. Jadi bila dapat peluang menuntut di U dia terus keluar dari istana Mak Lang. dan terus menyewa bila sudah tamat belajar.
Cuma nasibnya telah ditentukan oleh Allah. Tahun terakhir di universiti dia mengetahui tentang penyakit yang dideritai. Barah ibu rupanya turun padanya. Sejak itu dia melakukan apa saja yang diingini, sampaikan Mak Lang pun marah. Bertukar kerja macam salin baju, kereta diubah sesuka hati. Duit gaji memang dihabiskan pada anak-anak Mak Lang. hanya disimpan sedikit untuk kecemasan.
Sungguh dia tak pernah bercerita pada sesiapa tentang itu. Tidak mahu mengundang simpati pada dirinya. Hatta Maisara sendiri tidak pernah tahu. Jadi bila Falah meninggalkan dia dulu, memang hati tak pernah terbuka pada mana-mana lelaki lagi. Hingga dia ternampak abang kacak tu. Sungguh hati dia terpaut.
Tiada niat untuk bercinta, cukup jika dia dapat berkawan dan berbual. Mungkin sebab abang kacak tu ada iras wajah abah. Jadi hatinya amat terpaut.
Katalah apa saja, marahlah. Dia tetap akan mencari dan berada disamping abang kacak itu selagi dia terdaya. Mungkin itu kebahagian yang terakhir dia kecapi.


“kau mimpi apa semalam? Ke kesan kena hentam dengan spanar baru nampak effect sekarang. Tiba-tiba nak resign. Dah fikir habis-habis” bebel Maisara pada Balqis yang selamba menonton tv. Ingatkan dah lupa tentang niat nak cari kerja baru lepas tiga bulan kejadian tu.
“Kuat membebel la kau Mai. Mengalahkan Mak Lang aku. Apa yang kau risaukan sangat kalau aku resign. Takut aku tak bayar sewa?”
“bukan masalah tu la.”
“dah tu? Duk membebel ni kenapa?”
“kau dah fikir habis ke Qis? Boleh ke survive? Kita ni bukan anak orang kaya. Duit gaji kita cukup untuk belanja bulan-bulan je. Hutang kereta lagi, rumah, kacang lupakan kulit. Mana nak cekau duit nak bayar semua tu”
“kau jangan risau la, aku dah dapat kerja baru”
“dah dapat? Dekat mana?” teruja Maisara menyoal. Dia duduk disebelah Balqis.
“hehehhee, dekat tempat yang aku nak pi sangat la”
“kau……biar benar” menjerit Maisara mendengar jawapan Balqis. Tak percaya yang selama ini Balqis berusaha mencari apa yang dihajatnya.
“wei apahal menjerit ni. Relax la.”
“kau dapat kerja apa? Gaji lagi best dari sekarang ke?”
“kalau aku cakap, kau menjerit lagi siap kau”
Ibu jari dan jari telunjuk di cantum membentuk huruf O, berjanji tak akan menjerit.
“aku dapat kerja hebat, permit masuk semua bilik orang”
“kau cakap direct boleh tak? Pening kepala aku nak cari jawapan kau dapat kerja apa”
“kakak cleaner. Hebat tak?” senyum manis terukir dibibir Balqis. Bangga dengan pekerja yang baru disandang.
“kau biar benar la Qis. Kau tinggal kerja sekarang, semata-mata nak jadi cleaner?”
“mana ada aku tinggal. Farouk tak nak lepaskan aku nak resign. Dia suruh aku kerja dari rumah. Flexsibble tapi ada dateline la”
“larat ke kau? Kerja membersih ni bukannya senang. Letih tahu tak?”
“amboi kau, cakap macam ada pengalaman je”
“betul la, kita baru kemas rumah sekangkang kera kita ni pun letih yang amat. Cuba kau bayangkan nak kemas satu company. Mau pengsan”
“bukan aku sorang la. Ada empat orang pekerja lagi. Tapi semua baya-baya Mak Lang aku la. Janji aku dapat kerja dekat dengan dia”
“gila la kau”
“memang” senyum manis sudah terukir dibibir Balqis. Langsung tak terasa dengan kata-kata kkl.



“kerja dekat sini, kena pekakkan telinga dengan macam-macam kerenah orang yang rasa diaorang bos kita. Yang kena dengar segala benda yang diaorang suruh” terang Mak Tini bila mereka beriringan masuk ke dalam kawasan pejabat pentadbiran.
“Qis kemas dan sapu sebelah sana. Mak cik buat belah sini ye. Kita kena buat cepat sebelum dia orang masuk kerja”
“ok”
Cepat Balqis melangkah ke bahagian yang ditunjukkan oleh Mak Tini. Beg plastik sampah yang dibawa ditarik ke arah bakul sampah disetiap sisi meja. Mengumpul semua sampah sebelum mula menyapu.
Cekap dia menyapu lantai yang dilapisi karpet. Agak berat dan memenatkan untuk menghabiskan seluruh bahagian yang diarahkan oleh MakTini.
“dah siap Qis?”
“dah makcik.”
“kalau dah, kita ke pejabat sebelah pulak.jom”
Langkah Mak Tini diekori dengan cermat. Risau andai tersilap langkah dihari mula bekerja.
“kalau masuk bahagian shipping ni, Qis kena cuci bilik Ridhwan dulu. Segan kita nanti kalau dia dah cuci bilik dia sendiri. Dia tu tak boleh tengok habuk sikit pun. Tapi Qis jangan usik barang atas meja dia tau”
Tersenyum Balqis bila Mak Tini membawa dia ke tempat yang memang ingin dituju. Melangkah masuk ke bilik itu, kemas dan teratur sekali keadaanya.
“Qis kutip sampah dalam tong dengan vacum je. Yang lain awal minggu baru kita buat. Tapi kena cepat sikit, pukul 9 nanti dia masuk pejabat”
Jam ditangan dikerling sekilas, pukul 8.20 pagi. Sempat rasanya nak selesaikan semua tu. Siap berkemas, dia berlalu ke pantri. Secawan kopi disedia dan diletakkan diatas meja Ridhwan. Hati dah berbunga bahagia.


Balqis duduk bersandar pada dinding dikawasan tangga. Memang itu port yang selalu dia lepak lepas penat mengemas pejabat. Mak Tini memang takkan kacau kalau semua kerja yang perlu sudah diselesaikan. Letih sangat. Besar rupanya tanggungjawab jadi tukang sapu ni.
Perlahan tangan membuka zip beg pack. Laptop dan broadband dikeluarkan. Ada benda yang perlu dihantar pada Farouk sebelum makan tengahhari. Nanti bising pulak kalau tak dapat apa yang dia hendak.
Sementara menanti login, dia menghidupkan Ipod.mencari lagu yang sedap dan kena dengan halwa telinga..

Hanya pada mu
Ku serahkan segalanya
Kau bertakhta di nurani
Anggun cinta mu abadi
Hanya pada mu
Pertama dan yang terakhir
Pohon cinta ku merendang
Disirami kasih suci

Jiwa ku dipalu gemersik tak terkira
Hampir ku terlena dalam belaian mu
Cinta mu selembut sutera menjadi saksi kasih ku
Tiada dua hanyalah satu kau yang ku cintai
Sekelumit cinta sekurun kerinduan
Ku rempuhi ranjau duka
Membara sehangat api
Terhapus sepi di hati ku
Seulas bibir mu kelu tidak berkata
Namun ada sesuatu
Nurbisa dari mata mu
Terpancar cinta yang sejati
Awan yang berarak saujana membiru
Cerahlah wajah mu di rimba sendu ku
Menjadi hamparan cinta suci


Siap menghantar semua yang perlu dia duduk berehat. Penatnya. Mata pulak makin layu. Cepat-cepat dia mengemas barang-barang sebelum berlalu ke surau. Nanti kalau terlelap sungguh haru je.


“dah dua bulan kau kerja situ, apa perkembangan terbaru?” soal Maisara bila melihat Balqis berbaring didepan TV. petang Sabtu baru mereka berpeluang duduk berbual.
“kau nak kembang apa?” soal Balqis bodoh. Saja menyakitkan hati Maisara.
“buat tanya lagi. Takkan sampai tua nak jadi tukang cuci tak situ. Dah tegur dia belum?”
“nak tegur menda, pandang aku pun tak pernah. Sibuk memanjang dengan kerja dia, kalau berjalan pun asyik la pandang bawah. Jangan harap la muka dia nak pandang keadaan keliling”
“habis tu dah give up la ni?”
“mana ada give up. Selagi dia tak pandang aku selagi tu aku akan sentiasa cari peluang”
“suka hati kau la Qis. Jangan sampai merana sudah la. Mak Lang call tadi, suruh balik sana.”
“adoi, ni yang malas ni”
“itu aku tak tau. Kau anak sedara dia, pandai-pandai kau la”
“temankan aku ye”
“manja.”
“dengan siapa lagi aku nak bermanja kalau bukan dengan kau. Kau sayang aku kan?”
“kalau tak sayang pun kau tetap paksa aku jugakkan”
“tau tak apa”




Balqis tunduk mendengar bebelan Mak Lang. nak menjawab takut makin panjang pulak nanti kuliah dari Mak Lang. jadi iyakan saja apa yang Mak Lang cakap.
“kamu ni dengar ke tidak apa yang Mak Lang cakap ni?”
“dengar”
“kalau dengar, bila nak pindah sini?”
“Mak Lang…. orang dengar tak bermakna orang setuju nak balik duduk sini”
“dah tu, suka sangat la duduk asing dengan kami. Iyalah, kamu pun dah besar panjang. Dah pandai cari duit sendiri, mana nak ingat dekat kami yang Cuma mak sedara saja. Mana nak duduk dekat rumah buruk ni lagi”
“Mak Lang, bukan macam tu. Kesian la dekat Risya tu kalau orang balik duduk sini.dia kena kongsi bilik dengan orang. lagipun, Mai nak duduk dengan sapa kalau orang pindah?”
“kamu jangan nak buat alasan bodoh Qis. Mai tu lagi enam bulan je dah nak kawin. Lepas tu dia tinggalkan kamu jugak duduk sorang-sorang”
“Ala Mak Lang. confirm la orang takkan kena tinggal sorang-sorang. Mak Lang tak payah la risau. Pandai la orang jaga diri. Nanti orang balik kerap sikit ye”
“Qis, kamu sajalah anak sedara yang Mak Lang ada. Yang buat pengubat rindu Mak Lang pada arwah mak kamu. Kenapa nak duduk jauh dari kami?”
“mana ada jauh Mak Lang. nanti orang balik la”
“payah la cakap dengan orang macam kamu ni. Banyak sungguh jawapannya”
“kalau payah cakap, apa kata Mak Lang bagi Qis makan. Lapar ni”
“tu satu lagi. Ni kenapa dah macam rangka bergerak Mak Lang tengok. Kamu tak makan ke? Diet?” Balqis hanya membisu. Macam mana nak cakap yangs selera makan dia sudah lama hilang.
“diakan kerja kuat sekarang Mak Lang. macam mana nak gemuk. Kakak cleaner paling berjaya ni” ujar Maisara sebelum sempat Balqis menjawab.
“kamu berhenti kerja jugak? Kerja apa pulak sekarang?”
“kerja biasa je”
“baik kamu cakap dengan Mak Lang, kamu kerja apa”
“ala kerja…”
“dia kerja apa Mai?” Mak Lang dah tala pada Maisara bila dia teragak-agak menjawab.
“tukang sapu dekat pejabat abang kacak tu la”
“Qis…. Apa nak jadi dengan kamu ni.”
“relax la Mak Lang”
“Mak Lang rasa nak pergi jumpa je dengan budak tu, suruh meminang kamu. Baru kamu berhenti buat kerja merapu ni kot. Apa yang kamu kejarkan sangat budak tu? Duda pulak tu”
“cinta tu buta Mak Lang. tak ada sebab untuk kita cinta sesorang tu” selamba Balqis menutur.
“eeei, pening aku dengan kamu ni”
“kalau pening jangan la fikir. Mak Lang relax je, pandai la orang jaga diri sendiri”
Mak Lang berlalu ke dapur bila dah malas nak bersoal jawab dengan Balqis. Buat naik lagi paras darah tingginya.


“tak sempat buat kopi untuk saya hari ni Mak Tini?” soal Ridhwan bila melihat Mak Tini sudah siap membersihkan biliknya. Tapi bayang kopi masih belum nampak. Sejak dihidangkan kopi setiap pagi, dia dah jadi ketagih dengan minuman itu.
“sejak bila Mak Tini kena buat air untuk Wan? Wan nak air ke? Mak Tini boleh tolong buatkan”
“tak payah la. Bukan selalu Mak Tini yang letak air lepas kemaskan bilik saya?” soal Ridhwan
“Mak Tini dah dua bulan tak kemaskan bilik Wan. Hari ni Mak Tini buat sebab Qis tak datang kerja.dia yang buatkan air untuk Wan agaknya”
“Qis? Siapa tu?”
“Wan tak pernah jumpa dia ke? Dia budak baru. Rajin budaknya. Periang sangat. Takpe, nanti dia datang Mak Tini kenalkan dengan Wan”
“tak payah la Mak Tini. Cuma tolong ucapkan terima kasih sebab sediakan air untuk saya”
“jumpa nanti cakap sendiri. Mak Tini jalan dulu”


Pagi itu Ridhwan datang lebih awal.dia duduk didalam pejabat menanti kedatangan orang yang disebut Mak Tini. Dari jauh dia sudah nampak wajah gadis yang berjalan ke arah biliknya. Masih muda dan comel.
“opsss, maaf. Ingatkan tak ada orang tadi” tergejut Balqis bila melihat Ridhwan ada didalam bilik.
“tak apa. Buat la kerja awak”
Ridhwan memandang dengar ekor mata Balqis menyiapkan semuanya. Nampak cekap sekali. Selesai semuanya, Balqis sudah melangkah ke pintu keluar.
“air untuk saya mana?”
“hah?”
“air? Kopi? Mana?”
“sekejap”
Laju Balqis mengatur langkah ke pantry. Tergejut masih tak hilang. Sejak bila abang kacak tu masuk kerja awal? Siap main order air lagi.
“terima kasih” lembut Ridhwan menutur bila secawan air kopi diletakkan di atas mejanya.
“dah lama dah terima kasih awak tu” Balqis menutup mulut sendiri. Terlepas cakap pulak. Ridhwan hanya tersenyum mendengar.
“siapa nama awak?”
“Balqis”
“dah lama kerja sini?”
“baru 2 bulan”
“suka?”
“biasa je. Asalkan dapat gaji, suka la” ayat cover line.
“baguslah, jangan lupa buat air untuk saya tiap-tiap hari ye. Nanti saya bagi upah”
“tak payah Encik, saya buat ikhlas”
Suka Balqis bila Ridhwan berkata begitu. Jika sebelum ini dia sediakan kopi sebab teringatkan abah. Kini dia punya kebenaran dari tuan punya badan untuk sediakanya.



“buat apa kat sini?” soal Ridhwan bila melalui tangga untuk turun ke stor ternampak Balqis yang sibuk dengan laptopnya.
“oh Encik, ada kerja sikit”
“kenapa buat kerja kat sini? Kan tak selesa” Ridhwan sudah duduk disebelah Balqis.
“kejap je. Habis waktu rehat ni saya kena sambung mengemas”
“lain kali kalau nak buat kerja, pergi la masuk office saya. Selesa sikit”
“tak payah la”
“betul ni, sebagai upah buat air untuk saya tiap-tiap pagi. Pergi tau.saya turun dulu”


Ridhwan memandang Balqis yang leka menaip dilaptopnya. Tertanya-tanya juga apa yang disibukkan oleh gadis itu setiap hari. Moden sungguh tukang sapu sekarang, datang kerja pun bawa komputer. Dia mengatur langkah ke arah Balqis yang masih tekun.
“sibuk nampak. Tengah buat proposal untuk projek barapa juta ni?”
“siapkan quotation beli mesin baru. Ada la dalam dua tiga juta” selamba Balqis menjawab. Memang itu yang dia sedang usahakan sekarang. Tapi bila melihat Ridhwan menghampiri, terus tetingkap blog dibuka. Mana boleh kantoikan diri sendiri.
“ohhh, memang nampak sibuk benar tu. Nak bantuan saya ke nak hantar mesin baru tu” Ridhwan buat main dengan jawapan Balqis.
“tak pelah, saya guna service lain.”
“sombongnya.”
“mana ada, oklah. Bisnes juta-juta dah siap. Saya nak pergi sambung kerja.”
Balqis bangun dari sofa bila siap kemas begpack.
“tumpang beg saya dekat sini kejap boleh?”
“boleh je”
“thank you” laju Balqis melangkah ke tingkat atas bila jam sudah melepasi pukul dua petang.


“semalam cuti pergi mana?” soal Ridhwan pada Balqis yang tekun mengemas bilik Ridhwan.
“tak ke mana pun”
“kalau tak ke mana kenapa kerap sangat cuti dengan mc sekarang?”
“tak ada apa la”
Ridhwan masih tekun memerhati Balqis melakukan kerja. Sunyi antara mereka.
“boleh tak temankan saya hari ni?” soal Balqis bila mahu berlalu dari bilik Ridhwan.
“saya sibuk”
“hari ni je, janji lepas ni tak ganggu awak dah”
“awak faham tak yang saya ni sibuk. Tak ada masa nak layan perangai budak-budak awak tu” jawab Ridhwan geram bila Balqis tidak menjawab soalannya tadi.
“kalau tak boleh hari ni, esok boleh ye”
“tak boleh”
“esok saya tunggu awak dekat bus stop depan taman perumahan saya ye. Pukul lapan pagi. Saya tunggu sampai awak datang tau” yakin Balqis menutur tanpa menghiraukan tolakkan dari Ridhwan.
“saya tak berminat” tanpa perasaan Ridhwan menjawab
“saya balik dulu. Jumpa awak esok ye. Saya tunggu sampai awak datang” Balqis buat tak endah dengan jawapan Ridhwan. Dia terus melangkah ke kawasan punch card. Hari ini hari terakhir dia bekerja. Kesihatan yang semaki merosot tak membenarkan dia membuat semua kerja berat lagi.
Harapannya, esok dia boleh menghabiskan masa dengan Ridhwan sebelum mendaftar masuk ke wad untuk sesi kimo.


Jam sudah menginjak ke pukul lapan malam. Sudah 12 jam terlewat dari waktu yang ditetapkan oleh Balqis. Oleh kerana hati rasa tak sedap, dia mencapai kunci kereta. Hujan yang mencurah-curah sejak pagi membuatkan pemanduannya sedikit perlahan.
Sampai dikawasan hentian bas, dia memperlahankan kereta. Cahaya yang sedikit suram menghadkan pemandangan. Puas dia amati baru dia yakin yang Balqis masih duduk dibawah hentian bas itu. Ya Allah, kenapa dia keras hati sangat.
“Qis!!!!”
Tergejut Ridhwan melihat wajah pucat Balqis yang duduk disitu. Sejak bila gadis itu menantinya?
Bibir yang terketar-ketar menahan sejuk itu membuatkan dia rasa bersalah sangat-sangat. Pasti Balqis menantinya sejak pagi tadi. Entah makan atau belum.
Segera dia memapah tubuh kecil Balqis ke dalam kereta. Jangan terjadi apa-apa pada gadis itu. Pasti dia berasa bersalah seumur hidup.



“kenapa awak buat macam ni? Kenapa tak cakap yang awak sakit?” soal Ridhwan pada Balqis yang memandang redup wajahnya. Tergejut dia tadi bila doktor menerangkan tahap kesihatan Balqis.
“saya tak nak simpati awak. Saya nak cinta dan sayang awak. Tapi rasanya bukan jodoh kita. Cukup la dengan bahagia yang saya dapat selama menjadi kawan awak”
“awak nak tinggalkan saya?” suara Ridhwan sudah meninggi.
“mana ada tinggal. Selama ni pun mana ada awak suka dengan kehadiran saya. Selalu awak cakap saya susahkan awak. So lepas ni saya takkan susahkan awak lagi”
“jangan cakap macam tu. Saya yang salah, memang saya sayangkan awak. Cuma ego saya yang menjadi halangan selama ni”
“jangan cakap macam tu sebab rasa bersalah Wan. Saya ok. Boleh terima semua keputusan awak”
“kawin dengan saya”
“tak naklah. Saya tak layak” tolak Balqis lembut.
“saya serius Balqis. Kawin dengan saya”
“keadaan saya dah kritikal Wan. Nak angkat tangan sendiri pun dah tak daya. Buat apa saya terima awak? Nanti susahkan awak. Cukuplah saya tau awak pun suka dekat saya. Itupun dah cukup bahagia”
“please Qis. Kita kawin. Biarpun Cuma sehari”
“saya dah tak berdaya Wan. Lupakanlah” dia memejam mata. Sedikit lelah bila banyak berbicara.
“nanti saya bincang dengan Mak Lang dan Pak Lang awak. Kita akan kahwin jugak”
Balqis tak mampu menghalang bila Ridhwan sudah meninggalkan dia sendirian. Nak mengejar lelaki itu? Nak bangun pun dia memerlukan bantuan.


Jari yang sudah merah berinai dipandang dengan hati yang sayu. Mak Lang yang bersungguh-sungguh nak dia jadi macam pengantin yang lain walaupun hakikatnya nak duduk pun dia kurang mampu.
“jangan la menangis Qis. rosak mekap ni nanti. penat kau tahu aku nak cantikkan kau yang comot ni” bebel Maisara bila melihat airmata deras menuruni lekuk pipi sahabatnya.
“sorry ye. Aku tak perasan bila masa aku menangis”
Terasa pipinya disapu lembut dengan tisu oleh Risya. Sejak tadi memang dia bersandar pada Risya.
“kak Qis jangan risau ye. Mesti semuanya selamat. Akak la pengantin yang paling cantik Risya pernah jumpa. Mesti abang Wan tak berkelip mata pandang wajah akak kejap lagi”
“bukan tak berkelip sebab cantik. Tapi sebab dia nampak akak macam mayat hidup je”
“akak, apa cakap macam tu”
“betul la. Mana ada cantik kalau muka akak dah tak ada warna”
“akak tetap pengantin paling cantik di mata Risya”


“kesian dekat awak. Dapat isteri yang nak bergerak pun tak mampu” tutur Balqis perlahan pada Ridhwan yang mengeluarkan baju dari almari.malam pengantin mereka tak seperti pengantin lain. Semuanya terpaksa Ridhwan uruskan sendiri.
“kenapa sayang cakap macam tu.?”
“baju awak pun saya tak boleh tolong siapkan. Kan dah bertambah beban awak”
“setakat baju, abang boleh keluarkan sendiri. Lagipun, sayang bukan beban untuk abang”
“terima kasih Wan”
“abang la sayang. Duk panggil Wan lagi, kita kan dah kahwin lagipun abang ni tua banyak dari sayang”
“tak reti nak panggil awak abang”
“tak reti abang boleh ajarkan. Bukan susah pun untuk orang yang belajar tinggi-tinggi ni nak belajar sebut lima huruf tu”
“pandai la”
“betul la sayang, sanggup tu jadi cleaner sebab nak tengok muka abang. Terharu sungguh ni”
“eh, mana ada. Sapa buat cerita bohong ni?”
“Mak Lang dengan Mia dah cerita semua dekat abang. Ada orang dah jatuh cinta dekat emergency”
“malunya….”
“malu ehhhh? Masa buat dulu tak rasa malu ke?”
“tan nak cakap la. Qis nak tidur”
“ngelat ye”
Balqis buat pekak. Malu pulak bila Ridhwan membangkitkan apa yang dia lakukan dulu.
“tapi abang bahagia sangat dengan tindakan Qis. Sebab tindakan Qis la kita dah jadi suami isteri sekarang”




“abang, dah lama abang tak pergi kerja kan.?”
“cuti abang banyak lagi Qis. Kalau tak cukup abang boleh ambil mc pulak. Sayang tak payah fikir la semua tu”
“esok abang pergi la kerja. Qis rasa dah sihat sikit”
“tak ada benda penting pun. Kerja abang boleh je buat dari rumah”
“pergi la kerja abang. Tengok keadaan pejabat tu. Entah-entah dah penuh dengan spiderweb”
“yelah.”
Balqis tersenyum mendengar jawapan Ridhwan
“nak kemana pulak ni?” soal Ridhwan bila Balqis berpaut pada kepala katil untuk bangun.
“nak ironkan baju kerja abang”
“tak payah la, abang boleh buat sendiri”
“Qis teringin sangat nak buat abang. Boleh ye. Abang papah Qis”
Perlahan Ridhwan bangun. Memapah Balqis ke arah almari baju. Dia hanya memandang wajah Balqis yang tekun memilih baju kerjanya. Tak mampu melarang bila melihat kesungguhan Balqis.
“sayang duduk sini kejap. Abang nak letak iron dekat lantai. Boleh sayang duduk”
Ridhwan mengiringkan silanya. Membolehkan Balqis bersandar pada belakangnya sambil menyudahkan kerja menyerika baju.


“abang kacak sangat bila pakai baju warna pink ni. Pertama kali Qis jumpa abang pun abang pakai warna ni jugak” perlahan Balqis menutur bila melihat Ridhwan bersiap untuk ke tempat kerja. Sungguh dia tak larat nak bangun walaupun dalam hati teringin benar mahu membantu Ridhwan.
“nak ikatkan tie abang?” soal Ridhwan.
Tersenyum Balqis mendengar soalan Ridhwan. “ Qis tak reti ikat tie la abang”
“tak apalah, nanti boleh belajar”
“dah tak sempat kot. Nanti abang cari wife yang pandai ikatkan tie ye”
“Qis cakap apa ni?”
“kita sama-sama tau yang masa Qis dah tak lama abang. Abang kena cari pengganti Qis jugak nanti. Takkan abang nak menduda sampai bila-bila”
“abang dah ada isteri” Ridhwan bangun menuju ke meja solek enggan melayan bicara Balqis lagi. Bimbang andai dia tak mampu menahan air mata.
“cari bahagia abang bila Qis tak ada nanti. Qis minta maaf kalau ada salah Qis selama jadi isteri abang” perlahan suara Balqis menyentuh gegendang telinganya.
“Qis cakap apa ni” Ridhwan kembali duduk disisi Balqis
“terima kasih abang sebab sayang dan terima Qis jadi isteri abang. Boleh tak abang papah Qis keluar, teringin nak sarapan dengan abang dekat luar. Dah jemu makan kat dalam bilik”
“come sayang”


“Qis, kenapa keluar? Mak baru nak hantarkan sarapan”
“nak sarapan dengan abang. Lepas tu nak hantar abang pergi kerja. Rasa sihat sikit hari ni”
“Along dah mula kerja ke?”
“Qis ni mak, beria-ia suruh Along pergi kerja. Dah bosan tengok muka along kat rumah ni kot”
“abang marah ke? Qis minta maaf”
“tak lah, jom kita makan. Nanti lambat pulak abang nak bertolak.”
Dalam diam Balqis memerhati Ridhwan menyuap makan. Sayu hatinya, sejak berkahwin dua bulan lepas tak pernah dia memasak. Semuanya terpaksa mengharap keluarga Ridhwan lakukan.
“abang nak pergi dah ni. Qis duduk baik-baik kat rumah. Kalau ada apa-apa call abang. Takpun panggil mak”
“tahu. Abang jangan risau ok” tangan Ridhwan disalami sebelum dia berpaut pada besi pintu pagar. Bimbang andai Ridhwan ternampak yang kesihatan dia makin merosot. Makin payah dia nak menyuruh Ridhwan ke tempat kerja.


“mak, sibuk tak?” soal Balqis pada Puan Fauziah yang baru masuk ke ruang tamu.
“tak buat apa pun. Kenapa Qis?”
“kalau Qis minta mak bacakan surah Yassin untuk Qis boleh tak?”
“boleh, kenapa pulak tak boleh. Qis tunggu sini kejap, mak pergi ambil wuduk dengan surah Yassin”
Lima minit kemudian, Puan Fauziah mula mengalunkan ayat-ayat suci disebelah Balqis yang bersandar.
“Qis nak baring atas riba mak boleh?”
“boleh sayang”
“Qis rindu dengan arwah mak dan abah. Qis banyak susah mak dan abangkan? Kesian mak kena jaga Qis. Patutnya Qis yang jaga mak”
“Qis, kenapa cakap macam tu? Mak tak pernah rasa susah jaga Qis. Mak dah anggap Qis macam anak mak sendiri.”
“mak…. Lepas Qis tak ada nanti, mak tolong carikan jodoh untuk abang ye. Kesian dia hidup sorang-sorang nanti. Dua kali hilang isteri mesti dia sedih”
“Qis tak payah fikir semua tu. InsyaAllah nanti Qis makin sembuh”
“jangan tipu diri sendiri mak. Kita kena redha dengan ketentuan Ilahi. Mak tolong bacakan Yasin sampai Qis terlena ye. Kirim salam dekat abang bila dia balik nanti. Pesan dekat dia, ambil surat yang ada dalam laci tu. Maaf sebab tak tunggu abang balik kerja”
“Qis, kenapa cakap macam ni?”
“Qis sayang mak.”
“mak pun sayang Qis”
“terima kasih mak”
Balqis merebah kepala diriba Puan Fauziah. Menutup mata dengan tenang.



“Along, ada mana?” lembut suara Puan Fauziah menyapa telinga Ridhwan.
“dekat pejabat mak. Kenapa?”
“Along balik ye. Qis….”
“kenapa dengan dia?”
“dia dah tak ada nak” terkedu Ridhwan mendengar jawapan dari ibunya. Rupanya ini sebab Balqis menyuruh dia masuk kerja hari ni sejak berkahwin dua bulan lepas.
‘Qis tak nak abang ada sebelah Qis masa Qis nazak nanti. Nanti abang menangis. Tak macho la orang kacak macam abang menangis. Janji ye, jangan menangis bila tengok jenazah Qis nanti’ perlahan kata-kata Balqis dulu kembali beralun ditelinga. Membuatkan airmata turun tanpa sedar.
“kenapa tak tunggu abang sayang?”


Surat yang berada ditangan ditatap sayu,

Buat abang Ridhwan tersayang,

Janji dengan Qis abang tak menangis bila baca semua ni. Qis tak ada apa nak cakap, sebab Qis tak pandai buat ayat. Cuma nak ucapkan jutaan terima kasih kerana ambil Qis jadi isteri abang. Walaupun Cuma seketika.kasih sayang abang amat bermakna dalam hidup Qis. Bagi peluang pada Qis bergelar isteri abang.
Dalam envelope ni ada insuran, kunci kereta dan gerannya, geran rumah dan buku simpanan Qis. Qis tahu abang sendiri dah banyak harta, tapi ini saja harta Qis. Terpulang pada abang nak buat apa dengan semua ni. Jangan risau, untuk Mak Lang sekeluarga dah Qis serahkan pada Mai. Jadi yang ini semuanya milik abang.
Terima kasih kerana menjaga Qis selam menjadi isteri abang. Kejar kebahagian abang dan senyumlah. Sebab abang nampak kacak sangat dimata Qis bila abang senyum.
Jaga diri abang. Terima kasih untuk segalanya.

Salam sayang,
Balqis Mohd Kamal.


“abang pun sayang Qis. Maafkan abang sebab lambat sedar dengan kehadiran Qis. Moga Qis berada dalam rahmatNya”

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....