CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, June 10, 2009

epi9--inDahNYA TakDIR

episode 9

Qasedah merenung buku akaun yang baru dihulurkan oleh kak kerani CIMB tu…
RM 2776.93…. kepala yang tak gatal digaru berkali-kali….pening memikirkan duit yang masih tak sebanyak mana walaupun setiap bulan sudah diasingkan untuk disimpan.
‘bila la aku nak kaya neh….penat gila keje tapi duit tak banyak-banyak jugak’

Dengan mata yang masih merenung buku akaun dia menolak pintu kaca.
“adoiiiii” suara yang memang kurang sedap tu membuatkan Qasedah mengalih pandangan pada manusia dihadapannya ‘Ya Allah, aku langgar orang ke? Ke orang tu yang langgar pintu?’

“maaf ye sedara. Saya tak perasan awak tadi” muka pulak dah cuak. Memang dia tak suka la bab-bab langgar orang ni. Rasa macam novel pulak. Dah la lelaki yang dilanggarnya selekeh habis, dengan baju yang penuh dengan minyak hitam + jeans yang berlubang sana –sini + rambut yang macam dah bertahun tak digunting. Nasib baik la kuku tangan dia bersih je.

“tak de apa la kak long. Cuma lain kali mata tu tengok depan kalau berjalan. Nanti langgar orang lagi” lelaki itu sudah tersengih.

Qasedah sudah mengatur langkah bila lelaki itu kembali menolak pintu kaca untuk masuk ke dalam bank. Tak payah nak buat sesi perkenalan kat depan pintu bank yang sentiasa sesak tu. Lagipun dia perlu kembali ke pejabat. Break time dah nak habis.

“kak long…….kak long……” Q buat pekak. Nama aku bukan Kak Long, so memang bukan aku yang lelaki tu panggil

“Qasedah Najwa” langkah yang tadi laju terus terhenti. Siapa yang panggil aku? Bila toleh ke belakang, mamat selekeh tu dah sampai di depan muka.

“aku kenal ko ke?”

“ni ha…..” buku warna biru ditayangkan depan muka Q.
“awak punya kan?”

“thanks” dia segera mengambil dari tangan mamat yang baik hati tu.

“naaaa….takde hal. Laju jugak ko jalan ye. Penat aku nak kejar. Ko nak gi mana?”

“aku nak masuk kerja la. Dah lambat ni”

“ooohhhh, ko keje kat mana? Nak aku hantar?”

Q pandang pelik muka lelaki tu. Kenal pun tak suka-suki dia nak hantar aku

“nama aku Adam. Ko keje kat mana?”

‘ceh….macam dia tau je apa yang ada dalam kepala aku’

“depan tu je” Q menghala pandangan pada bangunan berwarna merah hati tu, yang nampak terlalu ketara warnanya berbanding dengan bangunan berhampiran yang semuanya berwarna kuning cair. Dah macam warna building kat Melaka.

“so nama ko Qasedah Najwa? Panggil apa?”

“sorry la Adam, aku dah lambat ni. Takde masa nak wat sesi berkenalan kat sini” Qasedah segera berjalan bila jam dah tunjuk pukul 2.10 petang. Kalau bapak singa balik nanti tengok dia tak masuk office lagi makin teruk la kena marah.

“aku kerja kat bengkel simpang tu, kalau ko nak jumpa aku cari je kat situ. Bengkel tu tiap –tiap hari bukak” laung Adam pada Qasedah yang sudah menjauh.


*****************---*---****************


“woi Adam,…..ko apa hal? Dari tadi aku panggil ko buat tak tau je” Ajet sudah berdiri didepan Adam yang asyik memandang bangunan Melaka tu.

“mana ada apa……yang ko cari aku ni apa hal?”

“ewah-ewah….. balik dari bank terus hilang ingatan ke?”

“ko nak apa ni Jet?”

“Encik Adam…. Kereta tu petang ni tuan punya dia dah nak ambil. Tapi ko tak siap repair lagi. Ko cakap balik dari bank nak siap kan kereta tu. Ni dah dekat sejam ko balik tapi tangan tak bergerak lagi. Mata je yang dari tadi bekerja keras ushar kota Melaka tu. Sejak bila pulak berminat sangat dengan barang sejarah tu?selalu mengutuk je lebih”

“aku tengah cari ilham la nak betulkan kereta tu”

“woi….sejak bila pulak kena cari ilham dulu baru boleh buat kerja….dah la, cepat siapkan kerja kau tu”


*************--****--****************

“kak Mawar,…… bos dah masuk belum?”

“belum lagi….. dia keluar dengan Encik Faizul. Katanya lambat sikit masuk…. Yang Q balik lambat sangat kenapa?”

“orang ramai la pulak kat bank tadi…..so kena tunggu giliran la Kak….. Q nak ke surau kejap. Tak zohor lagi neh. Kalau bapak singa tu tanya, kak tolong cover line ye”

“oh ye,….tadi kawan Q call. Dia suruh Q call dia balik. Nombor phone akak dah letak kat bawah mouse tu”

“ok……Q g dulu ye”



“Q mana Mawar?” ni lagi satu masalah. Masuk je office mesti tanya budak comey tu. Muka bos besar dipandang penuh minat. Pelik dengan telatah dua orang lelaki itu. Yang sorang suka sangat menyakat, yang lagi satu sentiasa mengambil berat dalam diam. Tapi bila berdepan, bukan main garang lagi. Sampai dapat gelaran ‘bapak singa’.

“dia ke surau. Ada masalah ke bos?”

“tak de apa. Bila dia masuk nanti suruh dia masuk bilik saya”



Qasedah berlenggang lenggok untuk ke pejabat. Malas untuk memulakan kerja. Sampai dipejabat dia singgah di meja Mawar.

“lamanya Q ke surau. Solat apa gini punya lama” dia memandang jam di skrin komputer.

“Q malas nak kerja la hari ni. Otak letih, tak boleh nak fokus buat drawing. Tu pasal lepak lama sikit dalam surau”

“bapak singa kesayangan Q nak jumpa sekarang. Pergi cepat” Qasedah menggaru kepala yang tak gatal. Sejak bapak singa tu tulis ayat pelik tu memang tak pernah lagi mereka berdepan. Segan gila nak menatap muka bapak singa tu.


“Ada apa bos cari saya?”
“awak ke mana tadi? Dah pukul 3 baru nak masuk office” tegas je suara bapak singa tu bila nak marah.

“ke surau.”

“lain kali kalau nak ke surau pun, pergi waktu lunch”

“baik bos…..kalau tak ada apa-apa lagi saya keluar dulu” cepat je kaki nak melangkah keluar.

“siapa suruh awak keluar?....saya tak habis cakap lagi ni….hari Sabtu ni nak saya ambil ke awak nak datang sendiri?”

“sabtu?....bos nak ambil saya gi mana?”

“kan ada dinner,…. Awak ni lupa ke buat-buat lupa?”

“saya pergi dengan Kak Mawar je la”

“betul ni tak nak saya ambil?”

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....