CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, November 26, 2010

~6~

Fikri tersentak mendengar ayat Athirah. Dia perasan jugak isteri tersayang tu dah tutup mulut sendiri. Nak salahkan Athirah pun, memang betul apa kakak tu cakap. Memang dulu dia yang tolak mentah-mentah cadangan mama. Tak nak kenal dulu. Sekarang terima aje la kesan perbuatan sendiri. Lagipun dia nampak yang Athirah tak sengaja. Selama ni pun, tak ada pun layanan buruk mahupun sindiran lahir dari bibir tu. Maknanya memang betul la dia terlepas cakap.

Suasana menjadi sunyi bila masing-masing melayan perasaan. Athirah ralit memerhati lampu jalan. Rasa bersalah tak hilang lagi dari hati. Nak kena minta maaf ke?

Bunyi telefon berdering mengejutkan Fikri yang sedang memandu. Nak tergelak pun ada. Ada lagi orang guna bunyi ni untuk ringtone handphone. Tapi disebabkan tuan punya handphone tu adalah isteri tersayang, haruslah dikawal, jangan sampai Athirah tahu dia nak gelak guling-guling. Makin panjang pulak nanti perang dingin ni. Siapa yang rugi? Dia jugak.

“assalamualaikum. Ada pa weh?” selamba Athirah menyapa pemanggil ditalian.

Fikri tekun mendengar, radio dah diperlahankan. Kononnya tak nak mengganggu perbualan Athirah. Tapi yang sebenarnya, nak mendengar butir bicara isterinya.

“ingat la. Jadi punya. Aku dah apply cuti pun. Hang beli tiket la, aku mana dan nak pi beli. Bos aku tu tangkai jering, takkan dia bagi aku keluar time break. Macam-macam alasan dia bagi nanti”

Diam.

“macam biasa la, untuk kita satu geng”

Diam lagi.

“ok, jumpa selasa ni”

Athirah menyimpan kembali telefon kedalam beg. Serabut betul la. Bila menoleh manusia disebelah baru dia teringat yang nak kena minta izin dekat suami tersayang ni. Nanti marah lagi dengan abah.

“nak minta izin gi Johor. Ok kan?” tutur Athirah tanpa memandang pada orang disebelah. Takut jugak kalau orang sebelah ni tak bagi.

“buat apa?” Athirah dah garu kepala yang tak gatal. Banyak tanya la pulak. Sejak bila jadi prihatin ni?

“lab course”

“bila nak pergi?” senyum dah menguntum dibibir bila dengar soalan Fikri. Nampak gaya macam nak ok je.

“next week”

“abang boleh bagi pergi….. tapi dengan syarat”

“apsal ada syarat lak? Syarat apa?” Athirah dah bengang.

“saja-saja nak letak syarat”

“mengada”

“ala, syarat simple je” ujar Fikri bila dengar suara Athirah dah macam tak nak layan dia.

“mende?” soal Athirah hendak tak hendak.

“kita pergi berdua”

“haaaaaaa?” kuat Athirah menyoal.

“batul la, kita pergi berdua. Kalau tak, tak payah pergi langsung” dan disebabkan ayat tu, Athirah terus diam. Kepala rasa macam nak pecah fikir syarat pelik Fikri. Yang nak ikut orang tu kenapa?

Muka masam Athirah membuatkan Fikri tersenyum sendiri. Penat dia bergaduh dengan mamat tak berapa centre tu. Dah orang cakap minggu depan nak kena gi Johor, dia pulak dengan selamba panda cakap nak ikut. Kalau dia tak ikut tak payah pergi langsung. Ingat orang saja-saja nak pergi ke? Rosak la plan nak gi dengan budak-budak kelas kalau mamat ni ikut. 10 jam duduk dalam kereta taktau berapa banyak nak kena sabar nanti.


“bila nak bertolak ni? abang nak apply cuti” tengok, tak paham bahasa betul. Orang tak kasi ikut pun nak jugak ikut. Kan jimat kos naik bas je, ni kalau dia ikut mestinya naik kereta. Mahal ok. RM500 wajib ada dalam tangan dah. Adeh, kering lagi la bulan ni. Kena catu shopping lagi.

Abang konon. Menyampah. Dulu asyik nak bergaduh, sanggup call nak gaduh je, ni bila dah kawin asyik nak berkepit je. Pelik sungguh penyakit sawan mamat tak centre ni.

“tak baik mengumpat belakang abang. Tak berkat belajar nanti” tengok, dulu masa study dekat U amik psikologi ke hape. Tau je apa yang ada dalam kepala aku.

“ye la abang sayang. Apa aje la”

“ikut abang balik rumah ye. Sunyi la duduk sorang-sorang”

“tak nak la. Esok ada kelas, jauh pulak nak pergi nanti”

“jauh mendenya. Lagi dekat ada la. Tak pun abang hantar esok. Lagipun abang ada seminar kat sana”

“itu lagi la kena pergi asing-asing. Nanti tak sama waktu break and balik”

“kalau macam tu bagi abang kunci motor”

“nak buat apanya kunci motor orang? Orang nak gi kelas naik apa esok?” emo je bila orang minta kunci kekasih awal tu.

“naik kereta abang la. Biar abang bawa motor. Susah hati abang tengok Ira bawa motor tau”

“banyak songeh la awak ni” kunci dari Fikri diambil jugak. Ok jugak sistem batter pakcik ni, Yamaha jadi Honda. Sesekali merasa kereta mahal orang, best jugak.

“bila nak ikut abang balik rumah ni?. Asyik abang je balik sini” Fikri sudah bersandar dikepala katil.

Athirah masih tekun menyiap latihan termodinamik. Malas nak jawab. Apahal lak nak gi umah dia? Lagipun ayat tu macam tipu je, baru dua minggu kawin dan baru sekali balik sini dah guna ayat ‘asyik abang je balik sini’. Macam dah bertahun je kawin dan beratus kali kena balik sini bila hujung minggu. Auta betul.

“Ira dengar tak abang tanya ni?” Fikri dah duduk bersila menghadap Athirah yang tekun menekan kalkulator bila soalannya tak berjawab. Dah rasa macam cakap dengan dinding dah.

“orang banyak soalan lagi ni nak jawab. Esok dah nak kena hantar. Boleh tak abang sayang bagi masa orang buat kerja kejap.? Sejam je”

“nak abang tolong?” Fikri masih belum berputus asa nak mengacau Athirah. Malam ni je masa yang ada nak bersembang dengan isteri tersayang. Esok pagi Athirah dah ada kelas sampai ke petang. Dan dia pun tak pasti lagi habis pukul berapa team building tu.

“tak payah. Boleh je buat sendiri” Athirah kembali tekun mengira. Takde masa nak layan gelagat Fikri. Pening dengan homework Dr Jamal pun tak terlayan dah.

The second law of thermodynamics is an expression of the universal principle of decay observable in nature. It is measured and expressed in terms of a property called entropy, stating that the entropy of an isolated system which is not in equilibrium will tend to increase over time, approaching a maximum value at equilibrium; and that the entropy change dS of a system undergoing any infinitesimal reversible process is given by δq / T, where δq is the heat supplied to the system and T is the absolute temperature of the system. In classical thermodynamics, the second law is a basic postulate applicable to any system involving measurable heat energy transfer, while in statistical thermodynamics, the second law is a consequence of the assumed randomness of molecular chaos, see fundamental postulate” Athirah angkat muka bila dengar pakcik tu asyik membaca nota yang selamat diprint dari internet. Suka hati je amik nota orang. Tak minta izin pulak tu. Ingatkan dah senyap tadi gi tido dah.

“apa barang copy note dari wiki ni. Meh sini abang terangkan bab heat transfer dekat Ira. Lagi senang faham and confirm tak lupa sampai mati. Kacang je bab ni”

“takpe la, dah dengar banyak dah dalam class tadi. Sekarang ni nak transform ke atas kertas ni je. Tolong la jangan kacau”

“boring la abang, takkan nak cakap dengan dinding kot”

“pi la tidoq. Tadi kata letih”

“tengok muka Ira, letih pun hilang. Bila nak bertolak gi Johor ni?” soal Fikri ceria. Dah tukar tajuk dah.

“Jumaat kot. Lab mula hari sabtu” jawab Athirah perlahan.

“ok mem, kalau macam tu hari Jumaat kita bertolak. Nanti abang tempah hotel siap-siap” Athirah angguk kepala. Nak jadi isteri mithali kan, iyakan je cakap suami tersayang. Ok jugak kalau dah ada orang offer diri nak siapkan semua.

Tuesday, November 23, 2010

~5~

Sampai depan pintu pagar rumah bercat hijau gelap tu, Fikri mematikan enjin. Mengambil buah yang dibeli di Kompleks Kailan tadi. Athirah masih kaku ditempat duduk penumpang. Tak bergerak langsung

“tak nak turun ke? Tu, tuan rumah dah tunggu depan pintu tu” bicara Fikri membuatkan Athirah mengangkat muka.Athirah melihat ke arah pintu, berdiri sepasang suami isteri disitu. Nampak macam ok.

“masuk la Fik….. Athirah, jemput masuk. Duk tunggu depan rumah ni bukan boleh makan pun” lelaki yang berdiri dimuka pintu bersuara. Wanita disebelahnya tersenyum manis.

“ni kawan abang, Khairul Hafiz. Panggil Keon je. Ni wife dia, Siti Aisyah” Fikri memperkenalkan Athirah dengan pasangan dihadapannya. Tangan Aisyah disalam.

“jemput masuk ye Athirah.” Aisyah menarik tangan Athirah ke dalam rumah.

“panggil Ira je kak”

“duduk dulu ye Ira, Fik. Akak nak siap makan malam. Ada sikit lagi nak kena buat”

“susahkan Kak je. Jom la Ira tolong”

“takde susah pun. Ni kira nak tebus balik kitaorang tak gi kenduri hari tu. Akak tak sihat sikit. Ira duduk je kat sini. Tinggal nak masukkan dalam pinggan je. Kejap ye”

“kau sakit ke Cah?” Fikri dah kalut bertanya. Aisyah yang sedang melangkah ke dapur hanya tersenyum. Tak payah jawab sebab dah ada tukang tolong jawabkan bagi pihak dia nanti.

“sakit untuk berita baik takpe kot rasanya” Khairul Hafiz dah tersengih memandang Aisyah yang dah menjeling padanya. Kan dah cakap.

“benda baik apanya kalau tak sihat? ” memang tak faham apa yang dicakapkan oleh Keon. Sakit pun benda baik ke? Dah gila gamaknya kawan aku ni.

“aku nak jadi ayah lagi 6 bulan. Berita baik la tu” balas Khairul Hafiz dengan senyum masih dibibir.

“dah tau Cah tak sihat, kau ajak kita orang makan sini buat apa?’ rungut Fikri. Kesian pulak bila fikirkan Aisyah terpaksa menyediakan semua ini.

“dah tu kau makan kat mana?” Khairul Hafiz dah buat muka pelik. Saja nak kenakan Fikri.

“bawa la gi makan kat hotel ke…. Dah nak jadi ayah lagi mau kedekut ke?” Athirah menyiku Fikri disebelah. Ada pulak cakap macam tu. Tak malu betul. Orang ajak makan ni pun kira ok dah apa. Lagi mau demand pulak.

“nak ke? Kalau nak makan kat hotel aku takde masalah. Tapi kau kena tahan telinga dengar Cah merungut la lepas tu. Bini aku tu mana layan benda makan sikit tapi mahal ni. Nanti dia tak kenyang, lagi haru. Dah la Sekarang ni dia makan banyak. Semuanya kena double”

“mengumpat apa duk sebut nama aku?” Aisyah dah berdiri dihujung meja makan. Mata dihala pada Fikri yang tersengih.

“dia suruh kita belanja dia makan kat hotel. Tak standard makan kat rumah kita dia kata” Khairul Hafiz menjawab bagi pihak Fikri.

“ohhhh, kalau macam tu kau jangan makan ye. Biar kita orang je makan. Jom Ira, makan. Biarkan je orang demand tu makan angin. Next week aku suruh Keon belanja kau makan kat hotel. Sekarang ni kau tengok je.”

“ala Cah, aku memain je. Jangan la emo sangat.” Fikri dah bangun mengikut langkah Athirah dibelakang Aisyah. Khairul Hafiz sudah tergelak suka. Bini Khairul Hafiz ni bukan boleh dibuat main, kang naya je kena tengok diaorang makan. Yang bini tersayang pun boleh dengan selambe je mengikut langkah Aisyah. Jangan nanti Athirah masuk geng Aisyah sudah, mati kena buli nanti. Dalam tak kenal dengan Aisyah pun, pandai je membuli.

“duduk aje la, Cah mengusik je tu” Khairul Hafiz bersuara bila tengok muka sayu Fikri. Tau takut kena gertak dengan Aisyah.

“Aku boleh makan tak ni Cah?” Fikri bertanya sopan. Athirah disebelah dah sembunyi senyum. Kelakar pulak tengok gaya kanak-kanak Fikri. Mengelabah jugak rupanya. Ingatkan semedang je berani. Semua kena ikut kepala dia.

“kalau kau tak malu, makan je la”

“kalau dengan kau ni, aku memang tak reti nak malu.” Fikri dah selamat duduk dikerusi. Mengambil pinggan yang dihulurkan oleh Khairul Hafiz.

“jemput makan Ira. Jangan malu-malu, semua ni kitaorang masak untuk raikan pengantin baru. Tak payah kisah dengan Fikri ni, dia dah terlebih biasa dengan rumah kita orang. Sebab tu tak reti malu dah”


“dah lama ke kenal dengan dia orang?” soal Athirah dalam perjalanan balik. Suka sungguh melihat kemesraan pasangan itu. Dah macam diaoang pulak yang baru kahwin.

“lama la jugak. Sebelum Keon kahwin dengan Cah lagi. Kenapa?”

“sweet couple”

“kita pun boleh jadi macam tu” Athirah mengalih pandangan pada Fikri yang memandu. Hilang ingatan ke pakcik ni? Bukan dulu dia tak suka aku ke? Tetiba pulak nak jadi sweet couple.

“nak dengar cerita cinta dia orang?” soal Fikri bila Athirah diam tak menjawab.

“ada cerita ke?” tiba-tiba terjoin joyah kepoh pulak. Sibuk nak tau cerita rumah tangga orang. Tapi suka la tengok kemesraan diaorang. Selambe je.

“diaorang kahwin lepas dua bulan kenal. Lepas kahwin baru mula belajar bercinta. Tapi sekarang nampak bahgia sangat. Abang pun nak kita jadi macam tu jugak”

Athirah hanya membisu. Pening betul dengan perubahan pakcik dekat sebelah ni. Kena angin apa yang tetiba berubah dan terjatuh cinta dekat dia? Rasanya takada pulak jampi apa-apa pun.

“ehhh, bukan awak tak suka saya ke?” Athirah tutup mulut sendiri. Minta-minta la pakcik kat sebelah tak dengar, macam mana boleh terlepas cakap neh??????

Monday, September 27, 2010

dia ~4~

“mana Ira?. Angah balik sorang je?” mama dah terpacak depan pintu menyambut kepulangan anak menantu. Dan riuh mulut mama bertanya bila tengok anak lelaki dia aje yang turun dari kereta. Menantu yang ditunggu tak nampak bayang.

“angah balik kejap je ma, petang ni dah nak balik Perda. Esok kan kerja. Ira duduk rumah sana dulu.”

“kalau iya pun nak balik sat. bawa la dia ke rumah mama dulu. Angah nak balik nanti, hantar la dia balik. Apa yang susah sangat?”

“dia ada hal la ma.”

“dia ada hal ke angah yang tak ajak dia?” mama dah pandang muka Fikri macam penjenayah. Kurang percaya dengan kenyataan anak teruna nan sorang tu.

“betul la ma, Ira ada hal”

“dia dah mula kelas ke?”

“ohhh, mama pun tau la yang menantu mama tu belajar lagi?”

“mestilah tau. Apa pulak tak taunya.” Mama dah berlalu ke dalam rumah bila tengok menantu tak ikut sekali. Pilih kasih betul.


*-*-*-*
Sampai dipejabat pagi tu, senyum penuh makna terukir dibibir Khairul Hafiz. Fikri buat tak nampak. Dah agak dah pakcik sorang tu mesti tunggu dalam pejabat dia punya. Semangat sungguh nak mengusik orang. Sanggup berjalan dari bilik kejuruteraan ke sini semata-mata nak mengusik.

“so macam mana dengan cik kak tiga suku kita?” Khairul Hafiz duduk dihujung meja Fikri. Mengusik replika helikopter Fikri diatas meja.

“hang tak dak keja ka pakcik? Pagi-pagi dah melawat meja aku. Nak aku call Cah bagitau laki dia ni busybody ke?”

“idea mengelak kau tak cukup bernas la. Try la call sayang aku tu, rasanya lagi teruk kau kena sakat nanti. Sayang aku pun tak sabar nak dengar cerita cik kak tiga suku kita”

“jangan main-main la Keon, aku banyak kerja ni. Nanti lunch kita sembang. Aku story dekat kau semua”

“tak payah. Cah ajak dinner kat rumah aku malam sabtu ni, sebagai ganti kitaorang tak pergi kenduri kau. Kat rumah kita boleh sembang panjang-panjang. Jangan lupa bawa Puan Athirah sekali, mengamuk Cah nanti kalau kau datang sorang. Aku balik office aku dulu. Nak buat kerja cepat-cepat, boleh balik awal. Rindu dekat bini aku tu”

“rindu la sangat. Dah bertahun kawin pun, duk gatal tak habis lagi. Mengalahkan orang bercinta. Lain la aku yang pengantin baru ni”

“jangan jeles la kawan. Dah memang kitaorang bercinta, apa kata kau pun belajar bercinta dengan Puan Athirah kita tu. Mesti duk ingat nak balik cepat je”

“tu tengah aku usahakan” jawab Fikri.

“wah, ada peningkatan. Baru seminggu kawin dah jatuh hati ke? Tak sabar aku nak dengar cerita ni” Khairul Hafiz sudah berlalu ke pintu bilik.

“wei, mana hadiah kawin aku?”

“nak hadiah, datang sabtu ni.” Fikri hanya melihat langkah Khairul Hafiz meninggalkan biliknya. Dalam kepala dah pening pikir macam mana nak ajak isteri tersayang tu ke rumah Khairul Hafiz.

*-*-*-*

“nak ke mana tu Ira?” ayah dah menjerit dari dapur bila dengar enjin motor dihidupkan. Buah jambu yang sedang dibasuh dibiarkan dalam sinki.

“orang ada kelas la yah, tak sempat dah nak makan”

“bila masanya ayah ajak makan. Ayah tanya Ira nak ke mana je. Lupa ke hari ni Fikri nak balik?” Pak Man dah berdiri diambang pintu dapur. Pening dengan gelagat anak perempuan sorang ni. Dah jadi bini orang pun duk buat perangai budak tiga suku. Suka hati je nak ke keluar tak cakap.

“ala selalu pun dia sembang dengan ayah kan, so takde masalah la kalau Ira takde. Ira dah lambat la ayah. Gi dulu ye”

“dah bagitau Fikri belum?”

“nanti dia sampai ayah tolong bagitau ye. Kredit Ira habis la. Gi dulu ye yah. Assalamualaikum” tak sempat Pak Man nak menjawab, motor sudah sampai diatas jalan besar. Budak bertuah sungguh. Bab mengelak ni laju je dia. Dengan laki sendiri pun boleh berkira kreadit tu.




Sampai je depan pintu rumah bapak mertua, jam menghampiri pukul 3 petang. letih sebenarnya tapi disebabkan rindu pada isteri yang jual mahal memanjang tu dikuatkan juga semangat balik ke kampung. Mata laju je menjengah ke kawasan letak motosikal. Yang ada hanya EX5 hitam Pak Man. Mana LC hitam putih?

“masuk Fikri, apa yang duk tercegat depan pintu tu?” soal Pak Man walaupun sudah dapat diagak apa yang dicari dek menantunya. Payah jugak penyakit angau ni.

“sihat yah?” dia tunduk mencium tangan Pak Man.

“sihat. Hang dah makan? Sayup sampai hari ni”

“belum lagi yah, dari pejabat tadi terus balik sini. Banyak pulak kerja minggu ni. Tu yang kena masuk pejabat sat, siapkan yang mana boleh”

“pi la masuk bilik dulu, rehat. kalau nak makan, Ira dah masak tadi semua ada atas meja tu. Kalau nak solat dulu, hang tau kan nak cari sejadah dengan kain pelikat dalam bilik bini hang.” Fikri hanya mengangguk. Masih menanti kalau-kalau Pak Man nak cakap ke mana bini tersayang tu pergi. Tapi bila nampak Pak Man dah melangkah ke beranda, terpaksa juga dia tebalkan muka bertanya.

“Ira mana yah?”

“ ohhh lupak pulak nak habaq. dia ada kelas. Sebelum maghrib ni la balik rasanya. Hang tak telefon dulu ka nak balik ni?”

“call jugak semalam tapi Ira dah tidur rasanya. Dia tak jawab pun” Pak Man hanya mengangguk. Dah tak reti nak komen pasal budak berdua tu. Athirah kalau telefon bunyi waktu bila pun, mesti dengar. Ini semua alasan tak nak jawab la tu.

“saya masuk dulu yah. Nak solat kejap” sampai dalam bilik, meja study yang dicari dulu. Nak kena dapatkan jadual kelas Athirah. Takut Nanti terlupa lagi. Nanti terkena macam petang ni lagi. Cik Adik sayang ada kelas. Rugi je pecut macam Hakinen kat atas highway tadi. Nasib baik kelas cik adik sayang sampai pukul 6 petang ja. Kalau tidak lagi pening nak bagitau dekat Khairul Hafiz + Aisyah

*-*-*--*

Fikri pandang je Athirah yang mencari baju dalam almari, masih duk berfikir macam mana nak cakap pasal jemputan pasangan tu. Belakang leher diusap berkali-kali. Cermin mata pun dah jenuh dibetulkan letak duduknya. Tapi masih belum berani nak bersuara. Bila nampak Athirah dah nak melangkah ke bilik air, terpaksa jugak dia bersuara.

“kawan abang jemput ke rumah dia malam ni.” Puhhh!!! Lega. Boleh pun cakap.

“ha…. Apadia?” bulat mata Athirah memandang Fikri yang duduk dibirai katil. Memang dia tak dengar pun apa yang mamat tu cakap. Tengah pening fikir jadual kelas esok.

“lepas maghrib ni, kita pergi rumah kawan abang. Dia jemput makan malam”

“ohhh… dekat mana?”

“Rumah diaorang dekat Bertam Perdana”

Monday, September 20, 2010

~dia~ 3

Athirah duduk bersila diruang tamu. Selalunya kalau tengok tv lagi layan la kalau berbaring santai tapi disebabkan ada perubahan kecil dan penambahan ahli dalam rumah, waktu sanggang menonton terpaksa dikurangkan keselesaan. Memang la sekarang ni, ahli baru tu takde sebab ikut bapak mertua ke surau. Tapi buatnya tiba-tiba diaorang balik, kantoi la nanti.

Baru je nak melayan hero Smallville, suara ayah dah memberi salam. Lambat pulak ayah balik malam ni. Sibuk duk kenalkan menantu dekat semua la tu.

“dah solat Ira?”

“dah yah”

“buatkan ayah kopi. Fik nak ayaq apa, suruh Ira buat” soal Pak Man bila Fikri dah duduk disofa.

“tak payah la yah. Nanti saya ambik sendiri la.” Mendengar jawapan fikri, Athirah terus melangkah ke dapur. Lega.

“dah siap kemas semua barang dekat dapoq Ira?” soal Pak Man bila Athirah meletak cawan di atas meja.

“dah, mak ngah mai tolong tadi. Lagipun tak banyak yang Ira bawak keluaq ari tu. Sat ja nak kemas.”

Selepas menghabiskan secawan kopi, Pak Man terus berlalu ke dalam bilik. Meninggalkan Athirah dan Fikri. Letih dah dengan kenduri siang tadi, malam ni biar la pengantin baru bersendirian pulak. Mungkin banyak benda yang nak dibincangkan.

Dah dekat setengah jam Fikri duduk bersandar pada sofa. Athirah yang duduk dibawah, bersandar pada rak buku tak bergerak-gerak. Dah macam dua orang bisu menonton tv pulak. Tak lenguh ke?

Athirah dah mati kutu, tak tau nak buat apa. Payah betul la nak menghadap suami terchenta ni. Takda topik yang boleh dibualkan. Tengok la tu, boleh duduk kat sofa macam tugu negara dekat sejam dah. Macam ni ke gaya orang baru kawin? Tak best ok. Tension jek. Baik duduk dengan geng kelas, macam-macam cerita boleh dengar.

“aaaa…” Fikri garu kepala yang tak gatal. Nak sebut apa? Aku? Abang? Ah sudah, semalam takde la pulak terfikir bab ni.

Athirah kalih pada manusia yang dah berbunyi tu. Hidup lagi ropenya. “awak nak cakap apa?”

“bila mula kerja?” senang, jangan guna ganti nama lagi. Bina je ayat tanpa subjek.

“rabu”

“nak ikut balik Perda ke? Lusa dah kerja, esok ingat nak balik rumah mama kejap” Fikri dah tepuk dahi sendiri lepas tu. Patutnya cakap, jom balik Perda. Lusa dah kerja, esok nak gi umah mama kejap lepas tu balik rumah kita. Ni buat ayat soal, confirm la cik kak tu tak nak gi punya.

“tak kot. Kesian pulak dekat ayah duduk sorang-sorang” alasan je. Ada pulak Pak Man sunyi duduk rumah. Padahal Pak Man ada kat umah time malam je pun, yang lain semedang je kat luar. Hari-hari sibuk mengalahkan PM sejak mak takde ni.

“ohhh, ok” dengar je jawapan dari cik kak tu, hati dah kecewa.


*-*-*-*

Lepas solat subuh, Fikri duduk dimeja yang penuh dengan segala macam buku dan kertas A4 yang disusun ala kadar. Pelik jugak tengok, macam meja student jek, padahal ni bilik Athirah walaupun tuan punya bilik dah hilang entah ke mana. Siapa yang belajar. Mama cakap cik kak tu kerja kilang dekat Bayan Lepas. Takde pulak cakap tengah belajar ke apa.

Tangan mula membuka buka tebal yang kembung dengan kalkulator yang ditinggalkan dalam buku. Macam tak siap kerja rumah je gayanya ni.

Kertas ujian yang terselit dicelah buku dikeluarkan. Athirah bt Abdul Rahman. 23/25. not bad hah. Cerdik jugak budak nakal ni. Tapi memang dari dulu pun cik kak sorang ni cerdik, Cuma kecerdikan tu kurang menyerlah jika dibandingkan dengan kenakalan yang dah jadi trade mark Ira. Kalau tidak macam mana nak duduk sekelaskan.

Pensil dan kertas dicapai, seronok jugak ni nak test skill. Dah lama tak menjawab soalan sistem paip ni. Entah ingat entah dah terpadam dari dalam kepala. Ralit je Fikri menjawab soalan yang ada dalam kertas kerja rumah tu. Tak sangka masih ingat lagi.

Athirah yang baru nak memanggil Fikri sarapan berhenti dimuka pintu bilik bila nampak lelaki tu asyik menulis. Mulut pulak berbunyi mengeluarkan segala macam rumus. Dasyat la orang kaki study ni, pantang jumpa buku mesti nak membaca je. Jumpa soalan, asyik nak mengira je. Kalah orang duk study ni, keja sekolah pun tak siap lagi.

“emmhhh, eeehhhmmm…” pantas Fikri menoleh bila dengar orang berdehem. Bila nampak Athirah yang berdiri dibelakang, senyum ikhlas dhadiahkan buat isteri tersayang.

“ayah ajak makan”

“kejap ye, nak sattlekan soalan ni dulu”

“tinggalkan je, bukan penting pun” ujar Athirah. Sebenarnya semua nota dengan soalan tu dipinjam dari Shahrul. Untuk study subjek yang nak diambil sem depan. Memang tak penting lagi masa cuti ni.

“sapa study ni?”

“saya” Athirah dah menarik buku didepan Fikri. Tak payah tunjuk rajin la study pagi-pagi ni.

“buat master?”

Athirah dah tersengih dengar soalan Fikri “besar sangat tu. Buat degree je, tu pun lambat lagi nak habis. Merangkak je nak habis satu subjek. Dah la, tinggalkan je. Makan dulu”

Kagum Fikri dengan jawapan Athirah. Sambil kerja, buat part time study lagi. Mencabar betul. Tapi apasal baru sekarang nak buat degree? Nak bertanya tapi Athirah sudah hilang ke dapur.

Wednesday, September 1, 2010

~dia~

Dan dua minggu lepas tu mama bagi nombor telefon tunang dia. Ira. Dan bila diselidik-selidik baru dia perasan siapa Ira tu. Athirah, budak kelas sekolah menengah dulu. Yang memang tak makan saman tu. Yang kuat menyakat orang dalam kelas. Yang tak tau duduk senyap bila takde cikgu dalam kelas. Dan segala macam yang teruk-teruk semua minah tiga suku tu buat. Sampai dia pun malu nak mengaku minah tu budak kelas dia. Sebut je Ira kelas AB satu, semua cikgu kenal. Bukan sebab baik tapi sebab selalu sangat keluar masuk bilik cikgu Jamil, cikgu displin tu.

Yang herannya, macam mana mama boleh jatuh hati nak buat menantu dekat budak macam hantu tu? Masih kasar macam dulu ke? Ke dah jadi wanita melayu terakhir?

*-*-*-*--*
Beg dihempas ke kaki sofa, letih siot kelas hari ni dari pukul 1 petang sampai pukul 10 malam. Berhenti solat je tadi sebab nak habiskan semua bab. Ayah yang duduk menonton tv di sofa panjang dihampiri, tubuh terus dibaring menumpang dipaha ayah. Nak bermanja dengan ayah tersayang kejap.

“pi mandi la dulu. Dah makan belum ni?”

“tak larat la yah. Nak tidur je ni”

“pi mandi dulu. Lepas tu baru tidoq. Esok ada kelas dak?”

“esok pukul 9,adoiiii letihnya”

“tak baik merungut Ira” mata dipejamkan bila ayah dah senyap dan kembali fokus pada tv. “bakal mak dengan bapak mertua Ira datang, nak tetapkan tarikh. Bila final paper Ira”

“ha?????? Takkan cepat sangat. Janji ritu kan tahun depan” topik bakal mak dengan bapak mertua datang ni memang la menghilangkan mengantuk.

“bila-bila pun Ira kena kawin jugakkan. Apa salahnya kalau kita awalkan sikit. Lagipun cuti sem ni sebulan kan. Sempat la nak buat apa yang patut”

Bermula saat itu, memang hidup dah tak aman. Memanjang je mamat skema tu call, mencari sebab untuk bertekak. Macam la aku nak sangat kawin dengan dia.

*-*-*-**

“Hang tak payah risau, aku tak lari la, penat tahu tak nak jawab call ang je. Aku ni banyak benda lagi nak buat. Bukan macam hang, yang semua benda nak harapkan orang buat” hand phone diubah ke telinga kanan. Dah panas telinga mendengar suara yang menjerit macam bercakap dengan orang pekak. Tak reti nak bersopan langsung dengan orang.

“hang tu bukan boleh percaya sangat”

“kalau tak boleh percaya apasal hang nak kawin dengan aku? Pi la cari orang yang boleh dipercayai sangat. Menyampah la cakap dengan hang”

“jangan lupa, esok mekap jangan macam burung hantu. Opera cina pun aku tak mau tengok” mulut menyakitkan hati tu berbunyi lagi.

“aku punya suka la nak mekap macam mana pun, muka aku, bukan muka ang”

“memang la muka hang, tapi termasuk dalam gambar kawin aku. So aku tak mau tengok gambar kawin aku macam gambar badut sarkas” Athirah mengaru kepala yang tak gatal. Sakit otak sungguh cakap dengan mamat tiga suku ni. Tak kering ke idea dia nak bergaduh ni. Hand phone dijauhkan dari telinga, dia melihat tempoh panggilan di phone. 45.10.32. biar benar la mamat ni, tak sayang kreadit langsung. Cakap gini punya lama, tapi bergaduh je dari mula tekan button hijau ni. Nasib baik la, company dia yang bayar bil, kalau kena guna phone aku confirm dah lama terputus sebab prepaid habis.

“hang ada benda yang lagi berfaedah tak nak cakap? Kalau tak dak, aku nak letak. Mak ngah aku dah 65 kali duk hingar suruh pi pakai inai”

“tu lagi satu, jangan duk gatai-gatai pi lukih macam hindu. Aku tak suka”

“suka hati aku la. Aku bukan jadi bini hang lagi. Dah la wei. Aku nak letak dah. Cakap dengan hang sampai bulan depan pun tak habis. Assalamualaikum” lega.



Fikri melempar hand phone ke atas katil. Bengang bila Athirah selambe je putuskan talian. Rasanya banyak lagi yang nak dicakapkan dengan budak tiga suku tu. Tak tahu dekat mana baiknya budak tiga suku sampai mama terlebih berkenan nak dibuat menantu. Dan bila mama berkenan, habis semua kaum kerabat mama gi lobby cakap budak tiga suku tu baik, sopan, cantik dan semua perkataan yang baik-baik je.

Bukan dia tak kenal dengan Athirah, diaorang satu kelas dari form 1 sampai form 3. masuk form 4 dia dapat MRSM Kulim. Memang tak pernah ambik tau pun kisah budak tu sejak tinggalkan Badawi. Lagipun takde topik yang boleh dibawa bincang dengan budak tak pernah serius tu, semua benda dia buat main-main je. Dalam kelas dulu, Athirah lah muka paling kerap melawat bilik displin. Berdiri depan kelas tu dah jadi kerja tetap. Macam mana mama boleh kata budak tu baik?

Tapi memang la, kalau dihitung balik dah dekat 13 tahun tak jumpa face to face. Bersembang pun tak pernah. Sesekali kalau balik kampung ada la dia nampak budak tu lalu dengan LC dia. Bawa mengalahkan nak masuk cup prix. Macam tu mama boleh kata sopan lagi.

Dan macam mana boleh jadi kisah esok hari nikah dengan budak tiga suku tu? Ni semua mama punya drama air mata. Dan sebagai anak yang dididik menghormati dan menurut perintah selagi tak melanggar hukum agama dia balik juga. Menunaikan hajat mama nak bermenantu sebelum pejam mata. Dramatik betul ayat mama guna nak pancing hati dia yang sedia lembut kalau kena ayat dengan mama ni.

“Angah, apa lagi yang dimenungkan tu. Mama panggil turun. Semua ada kat bawah nak jumpa bakal pengantin” Along dah berdiri ditengah pintu bilik. “apahal muka macam mati bini ni?” along dah duduk dibirai katil bila tengok Fikri masih tak bergerak.

“bakal memantu baik mama tu la, cakap semedangnya nak menang. Aku tak tau la kat mana baiknya budak tiga suku tu sampai mama boleh nak buat menantu”

“along tengok ok je Ira tu. Masa angah tak dak. Selalu dia mai temankan mama. Berkampung dekat dapur dengan kak long sekali. Bercakap pun sopan je. Bab masak ni, memang superb. Takde ruginya angah kawin dengan dia”

“habis la, semua orang dalam rumah ni dah kena racun dengan lakonan dia. Dah tak nampak buruk dia”

“apa yang angah cakap macam tu. Kecik hati Ira kalau dengar. Cuba la berbaik dengan dia dulu. Mesti angah jatuh cinta nanti”

“jatuh hati angah tak tau, kalau patah hati memang confirm la bila dapat bini kaki melawan ni”



Majlis akad nikah yang berlangsung di masjid berjalan lancar. Hanya saudara terdekat saja yang menghadiri. Fikri mencapai cincin yang dihulurkan oleh along. Minah tiga suku dari tadi lagi tunduk memandang lantai.

“Ira, hulurkan jari tu, Fik nak sarungkan cincin”

Fikri menghela nafas lega bila melihat hanya hujung jari je yang bersalut inai. Nasib baik tau jugak dengar cakap orang. Ingatkan nak dengar cakap dia je.

“cium tangan suami kamu tu” makcik kat sebelah Athirah sibuk memberi arahan bila pengantin perempuan dah macam tugu je. Tak bergerak dari tadi.

Bila Athirah mendongak, terkaku Fikri. Jauh berbeza muka isteri dedepan mata dengan wajah yang sering tergambar diminda. Ayunya dia dengan anak mata coklat cairnya. Sungguh, dia jatuh cinta dengan isteri sendiri.

“cukup-cukup la tenung tu. Simpan dulu, sekarang ni selesaikan dulu upacara ni” bisikan ditelinga membuatkan Fikri kembali ke dalam masjid, berhadapan dengan Athirah yang merenung resah mukanya. Dengan hati penuh bunga-bunga cinta, dahi si isteri dikucup lembut.

*-*-*-*

“lebarnya senyum, apa yang dikhayalkan tu?” senyuman yang terlukis dibibir terus padam bila mendengar suara garau abah.

“abah, tak tidur lagi?”

“nak tidur macam mana kalau pengantin lelaki duduk tersengih sorang-sorang tengah-tengah malam ni. Heran jugak abah, 3 hari sudah muka kelat je ni balik dari akad nikah senyum tak hilang dari bibir. Kenapa?”

“ntah la abah. Bersyukur dengan ketentuan Ilahi mungkin”

“nak cerita?”

“janji abah tak gelakkan angah”

“tengok la dulu, mana boleh abah janji kalau benda tu abah tak pasti lagi”

“angah jatuh cinta dengan Ira”

“jadi tak salah pihihan mama kamu? Suka juga angah dengan budak tiga suku tu ye” Fikri tersenyum malu bila abah sendiri pun tau gelaran bakal menantu yang dia bagi.

“angah ngaku salah bah”

“abah dengan mama tak kisah. Masalah angah sekarang, Ira. Kan hari-hari angah asyik berperang je dengan dia. Pikir la macam mana nak pujuk dia”

“nak pujuk tu yang masalah”

“pandai-pandai angah la, lagipun Ira tu dah jadi isteri angah pun”



*-*-**
enjoy my merepek.just novel pendek....tapi tak tau la klu terpanjang nanti....
kau ilhamku tgh stuck, so layan je la yg mana ada.....

Monday, August 30, 2010

~diA~

Mata makin memberat lepas makan tengahhari membuatkan Fikri bermain-main dengan jangka lukis diatas meja. Memang kena cari mood nak siapkan layout baru mesin yang akan dipasang minggu depan.

Telefon yang menjerit-jerit dalam poket seluar segera dikeluarkan.

“mama nak pinangkan Ira untuk angah, angah balik tau hujung minggu ni” ayat mama membuatkan mata terus segar.

“Ira mana pulak ni ma, tak payah la. Nanti pandai la angah cari sendiri”

“nak tunggu angah cari sendiri? Kalau si Ijam tu perempuan, percaya la jugak mama yang angah cari sendiri. Ni sah-sah Ijam tu lelaki, memang tak kawin la angah kalau harap angah cari sendiri”

Tuesday, August 10, 2010

post minta tolong

Salam semua kawan-kawan yang tak jemu melawat blog serba serbi simple neh,....
xde entry baru lagi.....
cuma nak meminta jasa baik kawan-kawan yanga ada input pasal kerja kapal.....
tolong ye, email fisha....
nak tulis tapi takut tersalah maklumat....

and satu lagi.....
ada offer utk bukukan cite neh....
apa pendapat org yg mengikuti perkembangan blog neh????
bukukan or teruskan merepek kat sini?????
(ada hati nak tulis pepanjang...padahal nak habiskan indahnya takdir pun sampai setahun...)

papapun....
sgt2 berharap pada respon semua....
ada ke org nak beli buku aku???????

mail me please>>>>>>cutebear4ever@gmail.com

Tuesday, July 20, 2010

~10~

****---***---***
sorry.....sgt2 pendek.........
harap2 lepas ni boleh bg lg pnjg n sattlekan cite ni...
dh makin kosong la cite ni....
xde moral of the story lgsg.....
sesapa yg ada idea.......
email me plz...
cutebear4ever@gmail.com............

******----****----***


Aisyah pandang muka manusia yang bersuara didepan pintu tu, memang macam budak-budak sungguh. Nak ajak gaduh ke apa? Semua benda tak puas hati ni. Ada je modal dia nak sakitkan hati orang. Nak istihar perang ke?

“masuk cepat” Danial dah berlalu ke dalam bilik. Dah keluar gaya cikgu displin panggil anak murid masuk bilik pengetua dah.

“gi masuk cepat. Cik abang kau dah rindu tu, dah tak sabar-sabar nak duduk berdua” usik Anita bila melihat wajah kelat Aisyah. Aisyah buat pekak, malas nak menjawab lawak bijak Anita. Hati tengah bengkek ni.

Melihat Danial yang tekun menatap fail dimeja, Aisyah memandang lukisan dibelakang lelaki itu. Gambar epal hijau disebelah segelas air kosong, nampak sejuk sekali. Berbeza dengan tuan punya gambar tu, panas je memanjang. Tapi dengan je pakcik ni panas, dengan staf lain ok je.

Dah dekat sepuluh minit berdiri depan pakcik serius mius ni tapi dia tekun lagi dengan fail entah apa-apa tu. Nak dera orang ke apa? Kurang-kurang bagi la duduk ke. Ini berdiri terpacak macam tugu negara je. Dah lembut dah lutut ni.

“Sir, anything do you want to say? I still have a lot of job to sattle out there” alasan paling selamat untuk keluar dari bilik tu Aisyah kemukakan.

“duduk Siti Aisyah” boleh pun bercakap, ingatkan bisu tadi, omel Aisyah dalam hati.

Sehelai kertas dihulurkan oleh Danial Farish ke depan Aisyah, sekali pandang Aisyah dah tau isi kandungan kertas warna hijau tu. Borang cuti. Dan yang pastinya, cuti semalam.

“awak tau procedure company bila nak minta cutikan?”

“Saya ada emergency la Encik Danial. Mana sempat nak tunggu Encik Danial balik”

“tapi awak tau phone number saya, patutnya awak call informkan saya atau Encik Zakaria”

“salah saya. Maaf”

“maaf tak boleh nak selesaikan masalah” pergh!!!!! Pedihnya ayat penyata tu. Nasib baik la cuti semalam berbaloi.

“habis tu encik nak saya buat apa? Ganti balik cuti tu?”

“kalau boleh” cepat je Danial jawab.

“ok……. Sabtu ni saya kerja full day” jawab Aisyah selamba. Bukan tak biasa kerja hari sabtu ni, biasa sangat-sangat. “kalau dah takde apa-apa, saya keluar dulu encik” cepat je Aisyah melangkah keluar dari bilik Danial Farish. Telinga yang dah hampir berasap kena sejukkan dulu. Takut nanti tersalah cakap kalau dah terlebih takat lebur.

Danial dah tersenyum suka bila tengok muka kelat Aisyah melangkah keluar dari bilik dia. Suka betul mainkan budak sorang ni. Ni kalau ajak Keon, lagi teruk gamaknya budak ni kena sakat.

*-*-*-**

“uit, gembira nampak. Sejak tukar tempat kerja ni aku tengok kau happy je” Khairul Hafiz dah duduk sebelah Danial Farish. Senyuman dibibir Danial masih belum hilang.

“dah tukar kerja, mesti la happy. Kalau tidak sia-sia la aku usaha bagi dapat kerja baru”

“nak share ke?”

“hehehheheh…kalau kau tak tanya pun aku memang nak cerita….aku ada sorang staf ni. Kerja memang rajin.tolong orang pun rajin jugak, sampaikan vendor kilang aku tunang meninggal pun dia boleh amik emergency leave gi tolong”

“kawan dia kot”

“mungkin la”

“so apa masalahnya?”

“masa dia cabut tu aku takde kat office, so pagi tadi aku panggil la dia menghadap hakim yang terlebih adil dan bijaksana ni. Saja nak kenakan dia”

“kau suruh dia buat apa?”

“macam biasa la. Dia mintak maaf tapi aku saja buat tak paham. So dia offer diri nak ganti kerja balik hari sabtu ni”

“kejam la kau. Ni mesti budak perempuan ni”

“hehhahaheheh”

“bawa-bawa la insaf. Sampai bila kau nak membuli perempuan yang kau jumpa ni? Yang frust separuh nyawa dulu, aku. Ni kau pulak yang melebih”

“kita kan twin….mesti la senstitif tu lebih”

“banyak la kau punya twin”

“teruk la kau Keon, benda kenyataan pun tak nak mengaku”

“kita ni kembar tahun je, yang kau melebih sangat apasal?”

“aku suka kau tau ada abang yang sebaya dengan aku. Semua benda boleh share kecuali bab isteri je yang kena cari asing-asing, lain semua aku memang suka sama dengan kau ”

*-**-*-*--**

Aisyah senyum je menyambut kedatangan Cikgu Mariam dan Hj ISmail bersama Azhar walaupun tergejut dengan kunjungan itu. Entah apa mimpi Azhar bawa mak bapak dia kerumah. Rasanya baru dua kali Azhar bawa mak bapak dia ke rumah. Yang pertama masa kenduri Along, siap bawa Ain lagi. Yang kedua masa hari raya. Lepas tu memang Azhar tak pernah bawa keluarga dia datang. Dan sekarang ni bukannya musim raya. Lagipun selalunya dia jumpa Azhar diluar je.


“jemput masuk Ayah Haji, Cikgu. Mak dengan abah ada kat dapur. Duduk kejap ye, Cah panggilkan dia orang”

Lepas pastikan tetamu dah selesa duduk, baru Aisyah melangkah ke dapur. Sebelum tu tangan cepat je menyambar handpone. Nombor Azhar didail.

“kau apahal bawa orang tua kau datang rumah aku ni?”

"Assalamualaikum. Aku ada depan ni pun kau boleh lagi ye main call-call. Kaya betul. Apasal? Takut nak tanya depan ibu dengan ayah aku? Selalu selambe je tanya depan diaorang” usik Azhar.

“kau ni main-main la Ad. Aku tanya elok-elok bukan nak jawab”

“panggil je la mak dengan abah kau. Tak kesian ke dekat ibu dengan ayah aku ni? Lama dah sampai tapi air pun tak hidang lagi”

“yelah. Mengada, dia yang datang rumah kita, demand lak nak macam-macam”


“kenapa Ad? Aisyah yang telefon kamu?” Soal Cikgu Mariam bila melihat Azhar meletak telefon bimbit di atas meja.

“biasa la Ibu, diakan kalut kalau kita datang tak berjemput ni. Nak tanya depan ibu, segan. Tu yang sanggup call”

“Ad tak cakap dekat dia ke sebelum kita datang?....kan ibu dah pesan suruh cakap dulu dengan Cah”

“saja nak suprisekan dia. Seronok tau ibu tengok dia kelam kabut”

“Ad, Ad benda macam ni pun nak di buat main. Buatnya Cah tak terima kamu baru padan dengan muka nanti”

“ibu ni, jangan la cakap benda negatif. Kita kena positif.”

“positif positif jugak, tapi ni melibatkan hati orang, jangan main redah je”

*-*-*-*-*

“macam mana dengan hajat Pak Cik Ismail kamu, terima tak?” soal Pak cik Bakar pada Aisyah yang termenung ditepi pintu. Senyap je sejak keluarga Azhar meninggalkan rumah 4 jam yang lepas.

“Cik dengan Ad kawan baik je bah selama ni, pelik sangat kalau kami kahwin. Acik takde hati la dekat dia, macammana kami nak kawin?”

“tapi acik tu tetap boleh kawin dengan Azhar”

“apa pendapat mak dengan abah?”

“Acik yang lebih kenal Azhar. Nak tanya mak dengan abah lagi?. Lagipun tak baik hampakan hajat orang. Daripada duk berkawan macam tu saja, lebih baik kawin je. Azhar pun baik budaknya. Kuat bekerja”

“tapi acik tak nak jadi pengganti la abah”

“Azhar tu sayangkan Acik, dia takkan pilih acik kalau setakat nak gantikan tempat Ain. Banyak lagi perempuan lain, tapi dia tetap pilih acikkan. Mesti ada sebab”

“ikut abah dengan mak la. Acik tak kisah”

“abah tak nak buat keputusan untuk acik lagi. Abah nak acik fikir sendiri, lepas tu bagi tau keputusan acik dekat abah”

“abah……..”

“abah bagi masa tiga hari. Lepas tu, abah nak dengar jawapan acik” Pak cik Bakar dah angkat surat khabar minggu lepas. Nampak sangat tak nak bincang persoalan tu. Aisyah garu kepala yang tak gatal.

“mak……..”

“mak tak nak campur, dah abah suruh acik fikir…… terpulang la dekat acik nak terima ke tidak”

Monday, June 21, 2010

~9~

Sedang asyik menyiap pemasangan model baru, Anita dah terpacak depan meja. “kau kenapa makcik?” soal Aisyah bila Anita duk mengipas muka dengan check sheet. Entah berlari dari mana. Berpeluh semacam je. Ke jogging dalam line tadi?

“bos baru dah datang, aku jumpa Kak Ros tadi. Dia bagitau mungkin lepas break nanti bos tu masuk”

“dah tu apa yang kau susah hati sangat? Macam la tak pernah dapat bos baru. Handsome sangat ke sampai kau menggelabah ni?”

“kau ingat tak mamat yang kau tunjuk kat aku tadi, yang kau cakap kau ajak bergaduh pagi tadi kat parking?”

Aisyah dah angkat muka. Memandang Anita, berharap sangat yang Anita takkan cakap mamat tu la bos baru dia orang.

“tu la Encik Danial Farrish”

“Ya Allah……..mati aku”

“memang mati pun………. Padan muka kau, lain kali angin la tak tentu hala dengan orang lagi. Sendiri bawa kereta tak betul, ada hati nak sound orang. Kan dah kena batang hidung sendiri”

“jahat la kau Ta, bukan nak menolong, mengata lagi”

“aku tengah tolong la ni……….”

“tolong la sangat……….tolong mengata, tolong tambah sakit hati aku. Kau memang pakar bab ni”

“kau lupa lagi satu, tolong takutkan kau” tambah Anita, dia dah tersenyum melangkah ke meja. Seronok dapat takutkan Aisyah. Selalunya minah ni berani je mamanjang.

*-*-*-*

Pukul 11 pagi Encik Zakaria masuk bersama dua orang asing. Seorang lelaki, seorang perempuan. Yang lelaki tu memang dia dah kenal rupa, tinggal nama je tak tau. Eeehhh silap, nama pun dah tau sebab mak cik kepoh tu dah tolong cakapkan. Kejap lagi mesti kena berkenalan, dah adat kat office ni, ada je orang baru masuk mesti Encik Zakaria bawa round semua department untuk berkenalan.

Bila mata beralih pada wajah pakcik tu, pakcik tu pun tengah pandangan Aisyah. Ahhh, sudah. Confirm pakcik tu kenal dia. Memang cari nahas betul. Muka pun tengok macam nak makan orang je tu. Nampak sangat aura tak puas hati tu. Nak cari gaduh ke apa?

“Perhatian semua, minta berkumpul sebentar” suara encik Zakaria dah bergema dalam pejabat. Semua yang rancak membuat kerja terhenti, bangun mengelilingi 3 makluk yang berdiri diruang tengah pejabat.

“saya nak kenalkan bakal bos baru kamu semua. Encik Danial Farish dan ini purchasing baru kita Cik Suraya Hani. Encik Danial akan mula ambil alih semua kerja saya secara berperingkat hingga hujung bulan. Dan seperti yang kamu semua sedia maklum yang hari terakhir saya disini adalah 30 April”

Semua staf dah mengambil giliran untuk bersalam dengan bakal bos. Sampai giliran Aisyah, dia Cuma tunduk “Siti Aisyah Abu Bakar” senafas dia menyebut. Nasib la dengar ke tidak. Lagi bagus kalau dia tak dengar.

“Siti Aisyah” perlahan terdengar namanya diulang oleh pakcik tu. Macam menghafal je gayanya. Gerun ok! Jangan dia duk baca manderam sudah. Maunya lepas ni tak berani nak marah orang dah.


“nice to meet you here” sambung pakcik tu. Apasal nada dia lain macam je? Mak, tolong acik!!!!! Acik dah dapat musuh kat kilang ni.


*-*--*-*-*

Bilik mesyuarat terasa panas walaupun aircond dah dipasang seminimum mungkin. Makin merah dan panas telinga Aisyah bila bos baru tu asyik je mencari salah pada projek yang dikendalikanya. Ni kes nak balas dendam ke hapa? Tak puas hati pasal keta yang bercalar tak sampai 0.1mm dia punya kedalaman tu.

“why this measurement for actual part different from drawing?” Danial dah sibuk mengzoomkan pada laptopnya. Muka Aisyah dipandang meminta penjelasan.

“Sir, this model are transfer model, so we have to follow actual part, then follow by outer the drawing. For your info, we just receive 1st sample and not confirm yet. So drawing still follow actual drawing from HQ. nothing are changed.”

Danial teranguk-angguk mendengar penerangan Aisyah. Sesekali dia tersenyum bila melihat Aisyah tunduk menconteng kertas, nampak sangat bengang dengan dia. Tapi dia ada banyak lagi idea nak kenakan kakak harimau ni.

Baru dia nak bersuara, Encik Zakaria pula melangkah masuk “Danial, sorry I interrup.we have discussion with MD now”

Aisyah melepas nafas lega. Bukan senang nak dapat peluang macam ni.terus dia kemas kertas-kertas yang digunakan tadi.

“we not finish yet girl. I will arrange new date to finish this problem ASAP” ujar Danial berlalu dengan laptop ditangan kiri.

“yes sir” terus je dia melangkah keluar dari bilik yang serba panas tu. Lega. Bala betul bila tersilap cari pasal dengan bos ni. Asyik jadi point salah je. Orang lain buat salah takde pulak kena panggil. Projek dah tertangguh sampai sebulan pun relaks lagi. Ni baru drawing tak sama dengan barang dah kena panggil menghadap. Kalau lari banyak lain cerita la, ni lari 0.01mm je. Gila betul.

*-*-*--*

“Ti, kau kat mana?” perlahan suara Azhar menyapa telinga.

“kilang la pakcik ooooiii. Hari ni Rabu ok. Aku kerja”

“Ain dah takde Ti…….dia dah tinggalkan aku”sebak suara Azhar membuatkan Aisyah hairan. Perang apa pulak kali ni sampai Azhar cakap macam tu.

“kau buat lawak apa ni? Hari ni bukan 1 April. Ain nak gi mana tinggalkan kau?” balas Aisyah, macam tak logik je jawapan Azhar. Tapi kan tak elok bab mati ni dibuat main.

“dia dah takde”

“kau ada mana ni?” soal Aisyah, payah sungguh nak cakap dengan mamat ni dalam telefon.

“aku kat hospital, tengah tunggu nak bawa balik jenazah dia”

“kau tunggu situ, nanti aku sampai” kelam kabut Aisyah mengemas meja sebelum mengisi borang cuti. Macam tak percaya pulak dengar jawapan Azhar. Mendadak betul pemergian Ain. Mesti Azhar tak boleh terima. Sedangkan dia yang memang kurang rapat dengan Ain pun tergejut, apatah lagi tunang sendiri.

“Ta, aku half day hari ni. Ada emergency la” teruk la macam ni, dalam setahun berapa kali duk ambil emergency leave. Buruk la attandace rekod lepas ni.

“Pakcik Skema takde, dia meeting. Encik Serius keluar jumpa customer. Kau tinggal la form tu kat aku, nanti aku bagitau dia”

“thanks Nita. Esok aku cerita kat kau k. aku blah dulu”

“drive hati-hati”

*-*-*-*-*

Wajah sugul Azhar dipandang penuh simpati. Berat dugaan yang menimpa sahabatnya ketika kebahgian sudah didepan mata. Azhar masih lagi berteleku ditepi kubur Ain. Tekun menghabiskan bacaan Yassin. Aisyah hanya membiarkan Azhar sendiri. Mungkin Azhar memerlukan masa menerima kehilangan Ain.

“Ad, balik jom. Dah nak maghrib ni” ajak Aisyah bila Azhar masih tidak berganjak dari kubur Ain bila kedengaran ayat-ayat Al Quran sudah mula dibaca.

“aku tak sampai hati nak tinggalkan dia. Lagipun aku tak minta maaf lagi dekat dia pasal kami gaduh 2 hari lepas”

“percayalah, dia dah maafkan semuanya. Aku rasa lagi baik kau doakan kesejahteraan dia. Dah la, balik jom.aku dah kebulur ni” muka sehabis sedih ditayangkan depan Azhar. Biar lelaki tu sedar yang kawan dia ni tak makan dari pagi tadi. Perut dah main macam-macam lagu ni. Lain cerita la kalau dia puasa.

“kau tak makan lagi ke Ti?” soal Azhar, tergejut dengan bicara Aisyah sebentar tadi.

“kau call aku tadi kul 10, mana sempat nak break. Dekat hospital sibuk nak uruskan prosedur, takkan nak makan kat rumah arwah pulak.”

“jom aku belanja kau makan”

“kita balik la Ad, aku nak mandi. Dah melekit ni.”

“tapi kau kan tak makan lagi” risau pulak bila memikirkan Aisyah yang belum makan dari pagi. Buatnya gastrik makcik ni datang, lagi haru.

“takpa, aku boleh makan dekat rumah, kau tu…….. balik ni rest. Tak payah duk fikir sangat”

“thanks Ti, kaulah kawan terbaik aku”

*-*-*-*-*

Mata yang agak bengkak membuatkan Aisyah malas nak beramah mesra dengan staf-staf lain, malu. Orang lain yang hilang tunang, dia yang bengkak mata. Anita dah gelak sakan bila tengok mata dia pagi tadi. Padahal, takde pun dia menangis beria pun semalam.

“Kak Cah, Encik Danial panggill” Aisyah pandang Siti, kerani bahagian kejuruteraan tu. Bala apa pulak la kali ni.

Sebelum ke bilik Danial, Aisyah singgah dekat meja Anita. Kakak sorang tu sibuk menyiapkan dokumen APQP.

“Ta, aku punya cuti kemarin dah bagi belum dekat bos?”

“dah, aku bagi dekat Pakcik petang semalam. Apasal?”

“Encik serius mius tu nak jumpa aku. Entah apa hal la pulak”

“dia rindu kat kau kot” Anita dah tergelak suka.

“kau ni…….”

“Siti Aisyah, pejabat saya kat sini, bukan dekat meja Anita. Awak ada masalah ke nak bezakan semua tu” suara Danial terlebih dahulu memotong ayat Aisyah.

Wednesday, June 9, 2010

Alasanmu - Exists

Friday, June 4, 2010

~8~

Ruang tamu sunyi, hanya suara Norazlina Redzuan, pembaca berita TV3 saja memenuhi suasana. Pak cik Bakar dan Mak cik Rokiah khusyuk bebenar menatap skrin tv. Aisyah pandang muka mak dan abah dia, berfikir macam mana nak cakap pasal berita tu. Ada kemungkinan tak mak dengan abah kena heart attack?

“mak…….abah…….Acik ada benda nak cakap ni”

“cakap je la, sejak bila acik pandai mintak izin ni? Selalu main cakap je” Mak cik Rokiah dah mula keluarkan ayat yang tak sedap di dengar. Panas je telinga kena perli.

“kalau……. Kalau….kalau”

“kalau apanya? Sejak bila acik jadi gagap ni?” kan dah kena sergah dengan Mak cik Rokiah. Bengang la tu bila kena kacau time layan berita. Macam la kalau tak tengok berita sehari TV3 boleh bankrup.

“kalau Acik tak jadi kawin ok tak?”

“tu je nak cakap?????” tanya Makcik Rokiah selamba. Aisyah dah pelik dengan reaksi maknya. Tak tergejut, terjerit pun tak. Pelik ni.

“mak dengan abah tak tergejut ke?”

“makcik kamu dah bagi tau mak semalam. Sebelum dia bagitau kamu. Nak tergejut apanya lagi. Dah bukan jodoh kamu dengan si Imran tu, nak buat macammanakan, redha aje la”

“adoi………penat je acik pikir cara nak bagitau dekat mak dengan abah”

“lain kali, cakap je tak payah nak fikir pasal nak jaga hati kami. Lagipun ni pasal masa depan Acik. Jadi mak dengan abah dah buat salah dengan terima pinangan Imran. Sekarang ni kami dah tak paksa Acik, kami bagi acik pilih jodoh sendiri”

“walaupun banyak mulut yang mengata nanti?”

“biar orang mengata sekarang daripada mak dengan abah menangis tengok hidup acik tak bahagia kemudian hari”

“acik sayang mak dengan abah”

“dan-dan sayang ye bila tak jadi kawin dengan budak Imran tu. Sebelum ni nak cakap sayang mak dengan abah pun macam tak ikhlas” komen Pak Bakar bila tengok Aisyah dah peluk Makcik Rokiah.

*-*-*-*-*

“uiiii makcik, mana janji manismu?” Anita dah mengejar Aisyah yang berjalan laju untuk ke bilik QA. Memang tak puas hati selagi tak dengar cerita kes semalam.

“aku tengah busy ni Ta, petang nanti aku cita la. Tak menyabar sungguh, tak ke mana la cerita tu. And don’t worry, aku tak lupa”

“aku kenal kau dah lama Cah, bab ngelat cerita ni kau memang pandai. So aku tak nak banana friut two time” Aisyah dah tergelak dengar ayat Anita. Ni la padahnya kalau terlebih tengok filem. Ayat pun dah melingkupkan bahasa.

“aku janji…….petang ni ok. Sekarang bagi aku gi buat kerja dulu.”

“kalau kau lupa, siap la kau. Aku gores dan menang Vios putih kat parking tu”

“mengugut nampak”

“terpulang pada penilaian kau, aku Cuma buat ayat penyata je. Jumpa petang ni ye, sekarang aku nak pergi buat kerja dengan senang hati” cepat je Anita langkah ke pejabat. Tersengih Aisyah dengan gelagat Anita, macam-macam la kawan aku sorang ni.


Anita dah terpacak dekat sebelah kereta masa Aisyah berjalan keluar dari kilang. Betul-betul punya semangat nak menuntut janji ni.

“Calar tak kereta aku?” soal Aisyah sambil tunduk memeriksa body kereta. Saja nak menyakitkan hati Anita.

“kau jangan CAh, aku ada banyak duit syiling ni. Aku buat sungguh kang”

“ala………emo lak pulak. Dah jom…nak gi mana ni?”

“kau hantar aku balik aje la. Nak keluar makan dah tak sempat, baby aku kena bawak gi klinik malam ni. So mulakan cerita kau sekarang”

“kau nak tau apa ni Ta?”

“dalam mula kau jawab call sampai pagi tadi”

“kena bagi detail ke?”

“agak-agak la”

“k…….aku dah putus tunang” selamba Aisyah menutur.

“kau biar benar Cah”

“benar la……ini bukan cobaaaaannn”

“kenapa?”

“dia dah kawin dengan barbie doll tu. So aku terselamat la. Rasanya tu je yang kau nak tau kan”

“leganya aku dengar. Kau cari orang lain ye lepas ni”

“amboi cakap, macam nak beli baju je. Aku ni perempuan, tua pulak tu…… mana ada orang nak”

menyampah la aku cakap dengan kau………..eh, mak abah kau tak kata apa ke? Diaorang tak marah?”

“diaorang cool je, bukan macam kau, gelabah”

“aku memang gelabah untuk kawan yang aku sayang, k la, jumpa esok. Terima kasih ye hantar aku balik”

“bukan aku nak hantar sangat tapi terpaksa sebab kau dah terpacak sebelah kereta aku….. kirim salam dekat Zahar and baby Balqis ye” dan disebabkan ayat menyakitkan hati tu, satu cubitan singgah dilengan.

“Assalamualaikum”

*-**-*-*

Hari-hari yang dilalui selepas putus tunang seperti biasa. Tak ada yang berubah. Kerja pun macam biasa. Makin seronok pulak bila dah tau tak payah kawin dengan orang yang tak sudi dengan kita. Dah macam ada taman bunga dalam hati bila memikirkan masa untuk balik ke rumah. Ceria sokmo. Sampai production down pun dia boleh senyum lagi. Sampai kena perli dengan line leader la tapi langsung dia tak terasa hati.

Jam di dashboard dah menginjak ke 8.27 pagi. Ni la padahnya kalau terlambat keluar dari rumah, jadi Micheal Schumacer kat hinghway pun tak boleh nak awal jugak. Aisyah dah kelam kabut nak parking kereta. Nampaknya hari ni merah la punch card. Kereta yang berada dihadapan masih terhegeh-hegeh mencari petak kosong. Nama je pakai kereta mahal tapi nak parking pun tak reti.

Mata menilau mencari petak kosong yang ada. Memang harapan la nak dapat yang dekat dengan pintu masuk kalau dah datang lambat macam ni. Baru mata menghala ke depan balik, bahagian depan kereta dah selamat cium bunper kereta dihadapan. Mampuss!!!!!

Cepat je Aisyah melangkah ke luar. Nak tengok teruk ke tidak objek yang bercium tu. Kalau teruk mampus nak kena bayar keta mahal orang. Kereta sendiri jangan tanya la, confirm dah kemek.

“macam mana bawa kereta ni? Tiba-tiba je break. Tak belajar undang-undang ke?” tinggi je suara AIsyah bila tengok kereta dia je yang kemek, bumper pakcik ni Cuma calar je. Bukan ke barang import ni lagi berkualiti dari tempatan? Apasal boleh kemek pulak? Nak kena keluar duit lagi ni. Aisyah dah merungut dalam hati.

“Cik……..saya dah bagi signal nak masuk kanan. Cik tak nampak ke?”

Iye ke?, Aisyah pandang signal kereta pakcik depan tu, memang duk berkedip pun. Mati lah. Nampak sangat salah diri sendiri.

“so macam mana sekarang?” soal pakcik tu.

“macam mana apa?” soal Aisyah pulak. Buat berani sikit. Dalam kawasan kilangkan. Apa –apa jadi mesti guard datang tolong punya.

“kereta kita ni la, nak sattle macam mana?”

“bukan kereta kita ye, kereta saya. Kereta pakcik ok je” lelaki tu dah pandang Aisyah atas bawah bila Aisyah panggil dia pakcik. Macam ni punya muka, selamba je perempuan depan dia panggil pakcik.

“awak nak bayar ke tidak ni?”

“tak nak” Aisyah dah pandang ke lain. Takde masa nak bayarkan kereta yang tak rosak satu benda pun. Takat calar pun nak bising.

“suka hati awak la. Saya dah lambat, lepas ni kita sattle balik” terus je pakcik tu masuk dalam kereta.

“takde nak sattle-sattlenya, dah naik kereta besar mesti duit pun berkepukkan, lagi mau minta duit orang ke?” jerit Aisyah.

Wednesday, May 5, 2010

~7~

“Yang, you betul ke nak kawin dengan budak kampung tu?” soal Sofea yang duduk bertentang dengan Imran di Starbuck. Susah hati pulak bila terserempak dengan tunang Imran tu. Rasa macam tergugat walaupun Imran tak pandang pun muka perempuan tu. Tapi lelaki kan, mana boleh tak terdetik langsung dalam hati kalau dah tengok perempuan yang air muka punya la lembut. Dia yang perempuan ni pun suka sangat tengok muka tunang Imran tu.

“you ni kenapa tanya pasal dia pulak? You taukan hati I untuk you je. I tunang dengan dia pun sebab mak dengan ayah I yang berkenan sangat dengan dia”

“dah tu…… lepas ni you nak kawin dengan dia la?”

“I akan usahakan supaya tak terkawin dengan dia”

“betul ni???.............sikit pun you tak pandang dia?”

“yang you jelous sangat ni kenapa?”

“sebab dia cantik………dan I tak suka perempuan lebih dari I rapat dengan you”

“you je kat hati I sayang……….”

“then..prove it to me”

“jom ikut I,kita kawin.”

“I memang dah lama ajak you kawin, You je yang takutkan ibu dengan ayah you. Sekarang ni you dah berani ke?”

“lets go, I buktikan cinta I pada you” Imran menarik tangan Sofea keluar dari Starbuck.


*-*-*-*-*-*

Telefon yang berbunyi didalam laci meja segera diambil bila semua mata dalam pejabat memandang pada Aisyah. Gangguan bunyi betul. Melihat nama bakal mak mertua yang berkedip-kedip, pantas je slide telefon ditolak ke atas.

“Aisyah apa khabar nak?” sayu je suara Hajah Sharifah bertanya selepas menjawab salam. Selalu ceria je suara Hajah ni kalau bersembang dengan dia.

“baik makcik”

“kerja ke hari ni?”

“kerja mak cik, kenapa suara makcik sedih sangat ni?”

“mak cik tak tau macam mana nak cakap dengan Aisyah, tapi mak cik kena cakap jugak”

“cakaplah makcik, kalau boleh Cah tolong…Cah tolong”

“makcik sayang sangat tak Aisyah tapi nampaknya memang bukan jodoh Aisyah nak jadi menantu makcik………..”

“apa maksud makcik?”

“Imran…… dia dah kawin dengan Sofea, baru semalam kami tahu. Pakcik suruh makcik bagitau Aisyah sebab Ahad ni kami nak pergi ke rumah, nak putuskan cara beradat”

“tak pe la makcik, dah bukan jodoh CAh dengan Imran”

“makcik minta maaf Aisyah”

“takpe makcik, Cah faham. Makcik jaga diri ya, Cah letak dulu, ada banyak lagi kerja nak disiapkan ni”

Handphone dah selamat letak atas meja tapi otak Aisyah tiba-tiba je jadi kosong. Tak tau nak fikir apa. Sedih ke?

“kau kenap Cah?” Anita dah duduk disebelah. Memandang pelik pada Aisyah yang merenung dinding sejak 10 minit yang lalu.

“uittttt….ok ke tak ni?”

“aku ambik half day hari ni. Kau tolong bagitau kat pakcik ye” cepat je Aisyah beralih ke rak yang menyimpan form cuti. Mengisi dan serahkan pada Anita.

“oiiii, kot iya pun cerita la dulu dekat aku apa masalahnya”

“esok aku story dari A to z, sekarang bagi aku keluar dari kilang ni dulu……..bye Nita”

*-*-*-*-*

Sudah sejam Aisyah duduk bertenggek atas batang pokok di tepi highway tu. Telinga pulak dah kena sumbat dengan lagu walaupun tak pasti sangat siaran radio mana yang tengah memekak ditelinga. Earphone ditelinga dibetulkan, macam best pulak rentak lagu ni, dia tekun mendengar lagu yang sedang diputarkan

Ikhlasnya hati
Sering kali disalah erti
Tulusnya budi
Tidak pernah engkau hargai

Berlalu pergi dengan
Kelukaan ini
Kumengalah... ku bersabar

Bertentang mata seolah-olah tiada apa
Berpaling muka ada saja yang tidak kena
Mencari sebab serta alasan yang kukuh
Supaya tercapai hajatmu

Manis dibibir memutar kata
Malah kau tuduh akulah segala penyebabnya
Siapa terlena pastinya terpukau
Pujukmu, rayumu, suaramu
Yang menagih simpati dan harapan

Engkau pastinya tersenyum
Dengan pengunduran diriku
Tetapi bagi ku pula
Suatu ketenangan

Andai kita terus bersama
Belum tentu kita bahagia
Selagi tidak kau ubah
Cara hidupmu

Ada rahmatnya
Bila tidak lagi bersama
Terasa jauh
Diriku ini dengan dosa

Ku tinggalkanmu walau tanpa kerelaan
Yang nyata kau tidak berubah...

Katalah apa yang kau ingin
Selagi kau dapat berkata
Memang begitu sikapmu
Semenjak dahulu

Sentap jugak dengar lagu macam ni, ada part yang macam kena dengan keadaan sekarang. Ya mungkin ada baiknya dia dan Imran tak bersama.

Bunyi langkah seseorang di kiri dipandang sekali lalu. Memang takde hati nak ambil tau hal orang lain pun. Cuma nak tenangkan hati sendiri. Hampir setengah jam memandang kenderaan yang bertali arus, dia meraup muka.

“berat benar masalah dalam kepala tu, nak share?” Aisyah berpaling pada arah suara disisi. Seorang lelaki yang mungkin sebaya dengan dia relaks menyandar pada badan kereta.

“takde apa la.” Takkan nak cerita masalah dekat orang tak kenal kot.

“cerita la, mana tau ringan sikit kepala kau. Aku tengok dah makin kembang dah tu. Meletup nanti, susah” lelaki masih cuba mencungkil masalah Aisyah.

Senyum sumbing tergaris dibibir. Sedikit tercuit dengan cara lelaki tu bercakap. Selamba sungguh. Lama Aisyah membisu, memandang kosong ke arah lebuhraya.“aku dah putus tunang dengan Imran ” perlahan Aisyah berbicara. Seolah bercakap dengan diri sendiri. Tapi masih dapat ditangkap oleh telinga Hafiz. “dia dah kawin dengan Sofea dekat Siam minggu lepas” gaya Aisyah bercakap macam mamat sebelah dia kenal semua watak yang dia sebut.

“kau ok tak?”

“ntah, aku tak tau. Nak kata sedih, serius memang aku tak sedih langsung. Kecewa pun tak.Tapi otak aku blank.langsung tak boleh nak function”

“kau tak sayang dekat that guy ke?”

“tak”

“dah tu, apa yang kau fikir sekarang? Kalau dah tak sayang memang tak payah nak serabutkan kepala la. Biar aje la.kalau aku mesti tengah bergumbira dah sekarang.”

“mak dengan abah aku”

“kenapa?”

“aku tak tau macam mana nak bagitau diaorang. Aku tak sampai hati nak kecewakan diaorang. Ibu dia yang call aku, bagitau semua ni. Diaorang terpaksa terima sebab Imran dah kawin”

“nak aku tolong cakapkan?” mamat kerek ni dah keluarkan idea pelik.

Aisyah ketawa kecil. Lawak la mamat ni, suka hati je nak tolong bagitau dekat mak dengan abah macam diaorang dah kenal lama.“takpe, nanti aku cakap sendiri”

“betul?”

“betul la………kalau kau yang cakap mau aku kena tembak… datang entah dari mana…. Ehhhh….kau ni suka suki je sembang dengan aku ni, kau sapa ha?” soal Aisyah garang.

“lawak la kau ni…….. dah lama sembang dengan aku baru nak sedar. Kalau aku nak culik kau pun dah lama lepas. Punya la tak alert……. Aku hafiz….nice to meet you…..nama kau apa?”

“Cah…..thanks ye dengar masalah aku”

“benda kecik je…..aku memang suka lepak sini. Dah nampak kau macam nak pecah kepala tu pasal aku tegur. Kurang-kurang boleh jugak tolong jadi pendengar. Hilangkan bosan aku ni. Lagipun bukan aku tolong apa pun, cakap je idea merapu dalam kepala aku…. Lagi aku suka, mengisi masa lapang aku yang kosong ni”

“macam-macam la kau ni”

“oklah, aku nak blah dulu. Harap jumpa lagi lepas ni” Aisyah memandang langkah Hafiz yang semakin jauh. Pelik macam mana dia boleh bercerita masalah pada orang yang tak sampai sejam dia kenal. Betul la orang cakap, lagi senang sembang dengan orang yang kita tak kenal. Tak payah nak jaga hati.


*-*-*--*-***

“Ti ada ada mak cik?”soal Azhar bila mendengar mak Aisyah yang menjawab panggilannya.

“dia tak balik kerja lagi. Kenapa? Ada hal mustahak ke cari Acik?”

“takde apa la mak cik.terima kasih ye… Assalamualaikum” telefon ditangan direnung. Dah banyak kali dia cuba call handphone Aisyah tapi tak berjawab. Bila call office, Anita cakap Aisyah cuti setengah hari ni. Ke mana pulak hilang minah ni. Hari selasa dah cuti ni apa kes. Selalu hari Jumaat dengan Isnin je Aisyah ambil cuti.

Melihat jam dah hampir ke pukul 4, cepat–cepat dia mengemas meja. Risau pulak memikirkan kawannya tu. Entah apa masalahnya, bukan nak bercerita dekat orang. Semua nak simpan sendiri. Tapi kalau masalah orang pandai pulak dia tolong selesaikan.

Selalunya kalau ada masalah satu je tempat yang selalu Aisyah lepak. Terus je Azhar memandu ke situ. Melihat kereta Vios yang terparkir, membuatkan senyum terukir dibibir Azhar. Lega bila orang yang dicari ada disitu

“kau apahal makcik? Tiba-tiba hilang” Azhar duduk disebelah Aisyah. Kadang-kadang Azhar hairan dengan gadis itu, orang selalunya kalau ada masalah nak cari tempat yang sunyi untuk bertenang, tapi ni terbalik pulak. Aisyah suka sangat pandang kenderaan di lebuhraya kalau ada masalah. Boleh tahan berjam-jam duduk merenung kenderaan yang bertali arus. Makin pening kepala ada la.

“uitttt” tangan Aisyah dicuit dengan kunci kereta bila gadis itu masih diam. Enggan melayaninya. Asyik dengan highway yang tak pernah sunyi tu.

“jangan kacau aku la Ad. Kau nak apa cari aku ni? Aku tengah tak de mood nak bercakap ni. Nak bercerita pun aku malas ni”

“kau apahal ni? Ada masalah?”soal Azhar bila tengok muka Aisyah yang kelam. Nampak sangat muka orang ada masalah besar. Dan apa yang difikir oleh Aisyah memang tak dapat nak diteka.

“tak de apa lah…. Aku ok”

“kalau kau ok, takdenya kau nak lepak kat sini”

“dah settle pun masalah aku. Sekarang ni saja je duduk tunggu hari malam. Habiskan cuti aku hari ni”

“pulak?”

“iyeeeeeee,………aku nak relax kejap. Kalau kau nak duduk sini, tolong diam”

“yelah, kau relax la aku tak kacau” Azhar dah bangun menuju ke kereta, ingatkan nak balik tapi mamat tu boleh pulak duduk sebelah Aisyah sambil main PSP.

“la…….. bukan nak balik ke?”

“aku temankan kau relax”

“huhuhuhu……….sweetnya kau hari ni”

“tau tak pa. jangan jatuh cinta kat aku pulak. Aku ni setia ok”

“eeeehhhhmmmmm, perasan tahap tenuk”

Wednesday, April 28, 2010

~6~

Dah dua minggu Aisyah sibuk menyiapkan lukisan model baru. Kerja lain pulak memang bertimbun-timbun. Memang tak sempat nak bertanya khabar dengan Azhar. Panggilan Azhar pun dijawab sekadar perlu. Memang tak ada hati nak melalut-lalut bila beban kerja dah lebih berat dari tuan.

Tak sedar jam dah menginjak ke pukul 12.30 tengahhari. Anita dah siap berlenggang kangkung nak keluar makan. Member ada lunch date dengan hubby tercinta hari ni. Nampak gayanya terpaksa la Aisyah makan sorang-sorang.

Baru nak mengambil beg duit, Anita kembali terjengul dimuka pintu pejabat. “kau tinggal apa lagi makcik?” soal Aisyah. Selalunya ada saja benda yang Anita tinggal. Nyanyuk mengalah nenek padahal umur tak sampai 35 lagi.

“boyfriend gelap kau tunggu kat depan. Dia kata call phone kau tak dapat. Dia suruh aku tolong panggilkan kau keluar, nak ajak pergi makan kot”

Aisyah garu kepala yang tak gatal, sapa pulak boyfriend gelap ni? Aku ada boyfriend gelap ke? Yang gelap si Raju budak stor je dia kenal, sejak bila pulak si Raju tu jadi boyfriend dia? Siap berani ajak keluar makan lagi.

“sapa boyfriend gelap aku?”

“blur betul la kau ni……….. Si Ad tu yang tunggu. Lampi sungguh, tu la asyik sangat dengan software drawing sampai otak pun pikir macam software. Kena kona sikit pun dah tak boleh nak tangkap” bebel Anita.

“lain kali cakap je terus terang, duk kona sana sini buat aku pening je la.”

“dah, jalan cepat. Aku nak gi date dengan abang sayang pun lambat nanti. Bukan senang nak dapat peluang macam ni”


Baru je nak melangkah handphone pulak berbunyi, Anita dah laju menonong ke pintu pagar kilang. Melihat nama yang tertera membuatkan Aisyah segera menjawab.

“yes bos”

“saya nak user name and password untuk access file dekat server company” direct je Encik Zakaria bercakap. Mamang takde mukadimah dah.gaya bos yang sibuk.

“saya SMS bos sekarang” cepat je jari menekan key pad.

Sampai depan gate, Azhar dah siap melangkah ke kereta. Nampak sangat memang menunggu dia je. Tak banyak cakap terus Aisyah masuk dan duduk diam-diam dalam kereta. Tangan laju je menaip SMS. Takut terlupa nak hantar.

“weh mak cik, memang la aku nak ajak kau pergi makan tapi takkan nak buat aku macam driver kau pulak” mendengar ayat tu terus Aisyah angkat muka dari handphone. Alamak! Macam mana boleh tersalah buka pintu ni, terduduk kat seat belakang la pulak.

“sorry la Ad, aku tak perasan tadi. Sibuk send masej ni. Aku pindah ye…jangan marah tau”

“busy sangat ke sakarang Ti? Payah sungguh aku nak jumpa kau, aku gi company kau pun tak jumpa. Kau tengah handle projek apa?”

“ada projek baru, tengah siapkan final drawing, memang tak sempat nak joli pun” jawab Aisyah perlahan. Tangan sibuk menukar frekuensi radio. Mana boleh blah kepala tengah serabut layan Fly. Mau dengan dia sekali terfly nanti.

“weh….. jangan la ubah. Bising Ain nanti” tangan Aisyah dah diketuk dengan cermin mata hitam Azhar.

“ala….nanti kau tukar la balik. Serabut la kepala aku kalau dengar lagu yang kena translate dulu baru tau makna ni” Azhar dah menggeleng dengar jawapan ntah apa-apa dari AIsyah. Macam la dia tak faham bahasa Inggeris tu.

“nak makan kat mana ni?” soal Azhar bila Aisyah dah duduk senyap disebelah.

“mana aku tau, kau yang ajak aku keluar mesti dah pikirkan tempat nak makan”

“nasi kandar nak?”

“aku dah muak la tengok muka mamak Ad. Tekak pun dah kembang asyik kena kari je. Cari tempat lain la.”

“kita pergi makan kat tempat selalu je la”

“ok”



*-*-*-*-*-

Kepala dah berat sangat dengan segala macam lukisan. Makin serabut bila server terkena virus. Sakit jiwa bila nak buat kerja tapi asyik tertangguh. Sementara menunggu computer loading nak buka software yang sangat berat sejak ada virus ni sempat Aisyah termenung memikirkan peristiwa ketika makan tadi.

Masih terbayang muka mencuka Ain bila tengok dia makan dengan Azhar.

“kau cakap dekat Ain tak kau keluar makan dengan aku ni?”

“sejak bila nak kena report aku nak keluar makan dengan sapa ni? Makan je la”

“aku nak telan pun dah tak boleh ni, tunang kau tu dah macam nak telan aku ni” cepat je Azhar pusing belakang. Ain dah terpacak dengan muka masam. Confirm lepas ni gaduh lagi. Baik blah sebelum kena sergah. Pelik betuk perangai Ain sejak dah dekat nak kawin ni, dulu ok je boleh lepak sekali.

“Ad, aku blah dulu la. Jangan gaduh tengah public ni pulak” nasi yang baru suku terusik ditinggalkan. Cepat je dia melangkah sebelum Azhar sempat bersuara menahan. Tak sanggup nak berdepan dengan Ain yang marah semacam. Malu je nanti. Padahal bukan dia suka dekat Azhar pun….. rugi oooo kalau kena fire free.


“wehhhhh…….termenung je” sergah Anita entah dari mana mengilangkan bayangan Ain dari minda.

“kau ni Ta, cuba la tegur baik-baik. Aku semput nanti baru kau tau”

“aku panggil dari tadi lagi kau tak dengar. Duk teringat kat sapa? Takkan dah makan berdua pun rindu lagi”

“banyak la kau, aku duk teringat kat muka masam Ain tadi”

“laaaaaaa……..jumpa Ain ke? Dah tu kena serang la ni????? Haru betul la tunang Ad ni, dia tak tau ke kau dah tunang?”

“entah……..aku tak pernah tanya Ad pulak.”

“suruh Ad cakap la, sampai bila dia nak buat kau musuh dia? Dulu ok je berkawan”

“aku ingat lepas ni kena kurangkan jumpa Ad la. Penat la nak tengok muka orang tak suka kita ni”

“kau pikir la jalan yang paling baik…….oh lupa pulak, pak cik skema nak jumpa kau sekarang”

*-*-*-*-

Kain yang tergantung didepan mata, dipegang satu demi satu. Kaki dah lenguh sebenarnya. Penat rupanya nak cari baju untuk nikah ni. Tambahan pulak jalan dengan mamat yang boleh tahan cerewetnya. Semua nak kena berkenan dimata dan dihati dia dulu. Bunga banyak sangat la, warna tak sesuai la, kerawang dia tak matching la. Naik berpinar dah mata tengok segala macam jenis kain ni.

“kau nak amik warna apa ni Ad? Penat la macam ni”

“tak sure lagi”

“what???? Dah dekat dua jam berjalan baru kau cakap tak sure.kenapa tak bagitau esok je?”

“dah kau tak tanya” Aisyah menjeling pakcik disebelah. Selambe je jawab macam tu, tahulah tak sayang pun tapi jangan la sampai mendera orang. Kalau menyusahkan cik kak yang nak pakai baju ni ok la jugak, ni aku yang separuh nyawa dah ni. Dah berjam-jam berjalan kat butik pengantin ni.

“kau suka warna apa Ti?”

“aku suka putih tapi kalau untuk baju ni memang cantik sangat warna gold ni…… ehehhhhh apahal lak tanya kau, patutnya tanya Ain la dia suka warna apa…….”

“mana masuk warna gold dengan aku. Dah macam negro pakai je”

“ok je aku tengok, kau je yang perasan kulit kau gelap. Tanya Ain la Ad.”

“warna lain?” soal Azhar. Malas nak dengar Aisyah menceceh. Cadangan Aisyah dibiarkan tak berjawab.

“tu….biru laut. Cantik sangat”

“blue tu ok…..”


“Ti, kau sure ke nak kawin dengan dia tu” tiba-tiba Azhar kembali bersuara bila melihat Aisyah ralit melihat kain yang bergantungan.

“apahal lak tanya aku macam tu? Kau tak suka aku kawin ke?” Aisyah dah hairan bila tiba-tiba Azhar tanya soalan macam tu.

“bukan aku tak suka, tapi kita tak kenal la mamat tu. Entah macam mana la sikap dia, tiba-tiba nak jadi laki kau”

“baik lah kot, tu pasal la mak ngan abah aku terima. Lagipun abah aku kenal dengan mak dia. Kawan dia dulu”

“kalau baik, takkan dia nak keluar dengan perempuan jalan peluk-peluk macam tu” ujar Azhar, mulutnya sudah dimuncungkan ke luar kedai. Pasangan yang asyik bergurau senda disitu hanya dipandang sekilas. Kenal dah siapa wanita disisi Imran. Si Barbie yang cantik menawan.

Kadang-kadang dia hairan macam mana Imran boleh suka dengan wanita itu. Pakaian yang cukup seksi, rambut dah bertukar warna, kuku panjang merah bersinar dan mekap dua inci tebal membuatkan Aisyah gerun nak menegur. Ke semua lelaki memang suka tengok perempuan macam tu?

“kau kawin dengan aku je lah Ti”

“kalau aku kawin dengan kau, Cik Kak sayang kau tu nak letak mana?”

“kuota aku kosong 3 lagi Ti,….”

“sorry la Ad, aku lagi sanggup tak kawin dari share. Dah la aku ni kurang cantik, buatnya kau asyik duk dengan Ain Batrisya aku jugak yang makan hati. Lagi baik kalau aku tak kawin langsung”

“dah tu, dengan cikgu tu kau tak makan hati ke?”

“entah…tapi rasanya tak la sampai bermadu kot”

“tak nak gi jumpa bakal madu dulu? Boleh ajak pilih kain untuk korang sekali” usikan Azhar membuat dia menerima satu tumbukan dibahu.

“sakit la Ti, kau ni kan. Ganas sangat, naya la siapa jadi madu kau. Free je kena wrestling”

“kau ni apasal hah? Dari tadi tak habis-habis topik madu ni. Nak kena belasah ke apa? Kau tak tau ke perkataan tu sesangat sensetif dengan orang perempuan?”

“ohhh iye ke? Aku rasa macam best je”

“kau nak kena penyepak ke apa” Azhar gelak je tengok muka bengang Aisyah. “apasal kau tak ajak Ain je beli kain ni Ad?”

“aku dah ajak, ntah la sejak dua menjak ni Ain dah berubah. Payah sangat nak jumpa aku. Macam-macam alasan dia bagi kalau nak ajak keluar.”

“kau sakitkan hati dia kot? Ke bergaduh lagi?”

“mana ada, kitaorang bergaduh pun tak pernah. Bukan macam kau, memanjang cari sebab nak gaduh dengan aku”

“blah la kau,tak pernah bergaduh konon. Dan yang lebih penting lagi apahal lak kaitankan aku bab gaduh ni”

“kau cantik Ti baik pulak tu, jangan la musnahkan masa depan kau dengan kawin dengan orang macam tu” tutur Azhar lembut pada Aisyah yang leka melihat kain. Dia tahu Aisyah dengar apa yang dia cakap walaupun Aisyah langsung tidak menjawab atau menoleh.

Thursday, April 8, 2010

~5~

note***** n3 yg sgt pendek, idea semua dh terbang sebab beban kerja yg melampau. hanya membayar utang utk n3 mggu ni.....sorry

Balik dari kursus kahwin tu Aisyah termenung sendiri. Terfikir tentang masa depan sendiri. Betul ke nak kawin dengan Si Imran tu? Macam pelik je. Lagipun Encik pensyarah tu dah ada pilihan hati, macam kacau daun pulak. Hidup ni bukan macam cerita novel yang kawin dengan orang yang tak kenal lepas tu jatuh cinta dan bahagia.

Ad pun dah nak kawin dengan Ain. Dia jugak yang masih di awangan- awangan. Tak tau betul ke tidak pilihan sendiri bila serahkan semua pada mak dan abah. Memang hati takde langsung dekat Imran. Tapi selalu dengar orang cakap, cinta tu boleh dipupuk. Betul la kot.

Dari terus mengelamun, Aisyah mencapai remote TV. Mencari rancangan yang kena dengan selera mata dan otak. Tapi petang-petang Ahad ni mana la nak ada cerita yang best. Balik-balik game show cina je. Menyampah.

Susunan DVD di dalam rak dipunggah keluar. Satu demi satu cerita diteliti. Akhirnya berhenti pada cerita Adnan Sempit. Ok jugak nak layan cerita lawak ni. Walaupun mesej yang nak disampaikan tu berat tapi gaya persembahan santai habis membuatkan dia dan Along ketawa sakan kali pertama menonton dulu.

‘walaupun muka gua rock habis tapi dalam hati tetap ada taman’…….. Aisyah senyum sendiri bila teringat ayat terakhir dari hero cerita tu. ‘sama la, aku pun macam tu. Cuma taman tu dah tak indah sejak usia makin meningkat ni’

*-*-*-*-*

Langkah Along yang baru keluar dari bilik diperhatikan. Hairan pulak Along tak keluar hari ni. Kalau tidak tu pantang je ada masa terluang mesti nak jumpa kawan-kawan. Tapi Aisyah faham dengan hati Along. Mesti sunyi sejak bercerai dengan Kak Jasmin setahun lepas. Sebab tu bila Along keluar enjoy dengan kawan-kawan dia, mak dengan abah memang tak bising.

“tak keluar ke Long?” soal Aisyah bila melihat Umar melabuh duduk di ruang tengah berhadapan tv.

“malam ni Along nak temankan Acik kat rumah. Esok Long dah nak ke Port Klang.” Jawab Umar sambil tangan sibuk merampas kacang ditangan Aisyah

“eehhhh, cepatnya. Kan Long punya cuti panjang lagi”

“kawan Long minta tolong gantikan dia, adik dia nak masuk University. lagipun Along bukan ada kerja nak buat pun. Apa salahnya tolong kan”

“nak Acik hantarkan ke airport ke pagi esok?”

“tak payah la, Along pergi sendiri. Flight pukul 10, nanti Acik lambat pulak nak masuk kerja”

“betul ni?”

“betul la”

“along nak gi naik apa?” soal Aisyah. Kesian pulak bila fikir pagi-pagi esok nak dapatkan teksi. Memang azab.

“Ad yang nak tolong hantarkan, dia kata dia ada kerja luar esok”

“patut la…….. mamat senget tu memang memanjang keluar pun. Bukannya duduk dalam kilang sangat. Memang takde hal la nak hantar long”

“amboi mulut…..sapa ajar ni mengata orang macam tu?...........senget-senget dia pun baik hati. Payah nak cari lelaki macam tu. Hairan Along apasal la korang tak bercinta. Selalu kan korang jumpa?”

“tolong la long, jangan wat Acik muntah kat sini……..” Aisyah dah pegang leher, rasa loya pulak bila dengar cakap Umar.

“betul la…… korang sepadan sangat”

“tak yah la Long. Ad tu dah ada pilihan hati, cantik lagi berpelajaran tinggi. Rendah benar adik long ni kalau nak dibandingkan dengan tunang Ad. Setakat nak berkawan ni ok…..lagipun cik pensyarah tu Acik nak letak mana?”

“buang dalam tong sampah je….tak pun dalam gaung. Along tak berkenan la dengan budak Imran tu. Macam mana mak dengan abah boleh terima dia?”

“ntah……….biar je la long. Fikir pun buat sakit kepala je.”

“nak along kenalkan dengan kawan along? Dah naik pangkat sekarang. Gaji dia lagi banyak dari along. Senang la idup Acik kalau kawin dengan dia. Muka pun handsome” Umar dah teruja kelaurkan pendapat. Kenapa la selama ni dia tak terfikir idea yang super gempak tu.

“tak nak la Acik, duit banyak tapi selalu kena tinggal. Nanti anak-anak Acik tak kenal bapak diaorang. Lagipun, cadangan Along tu dah terlambat la. Acik dah tunang pun dengan dia”

“tunang pun boleh putus la adik ku sayang”

“tak payah la. Jangan duk bagi cadangan pelik-pelik lagi….dengar kat mak nanti kecik pulak hati dia”

Tuesday, March 30, 2010

~4~

Mata Imran memandang pada Anita yang duduk bertentang dengan Aisyah. Paham dengan pandangan tu segera Anita bangun.

“aku gi toilet jap”

Bila Anita dah bergerak agak jauh baru Aisyah kembali memandang pasangan ditepi mejanya. Muka dah wat tanda soal…..
“ni Sofea, kekasih saya” bagaikan mengerti mimik muka Aisyah, Imran memperkenalkan wanita disisinya.

“ohhh…hai. Aisyah” tangan yang dihulur dipandang sinis oleh Sofea. Aisyah jungkit bahu. Malas nak tambahkan dosa kutuk orang.dah orang tak nak salam takkan nak paksa pulakkan “so, nak cakap apa dengan saya”

“just nak kenalkan awak pada Sofea, senang nanti kalau jumpa lagi” selambe je Imran menutur. Aisyah dah kerut dahi, macam ni punya orang pun ada ka? Ingatkan ada benda pentng sangat nak cakap sampai kena halau Anita. Ni kes nak menunjuk awek ke apa? Ke Nak bandingkan dengan dia yang agak kuno ni dengan barbie doll tu?

“so dah kenal dah. Ada apa-apa lagi?” reputasi depan orang kena jaga walaupun dalam hati dah menyampah gila. Bahasa masih sopan.

“takde….awak boleh sambung lunch” tangan Imran dah berada dibahu Cik kak yang cantik tu. Mula untuk melangkah.

“ok”


“cantik madu kau” ayat pertama Anita ketika kembali duduk didepan Aisyah. Aisyah buat pekak. Anita ni bukan boleh dilayan sangat, nanti makin panjang dia punya tahap merapu. Takut gak nanti ada yang kena balik jalan kaki.

“takkan dah bisu kot jumpa dengan madu”

“sekali lagi keluar perkataan manis tu dari mulut kau, aku tinggal kau kat sini. Kau balik kilang sendiri”

“Ala Cah, takkan nak gurau sikit pun tak boleh”

“ala fedup la asyik cakap pasal mamat dengan minah tu.biar aje la. Aku pun bukannya ada hati dengan Imran tu. Ada jodoh ada la. Kalau takde pun bukannya aku rugi apa pun”

“kau memang, entah kat sapa kau bagi hati pun aku tak tau. Payah sungguh nak jumpa balik….. nak kena wat iklan dah ni. Takut aku kalau kau tak jumpa balik hati kau, kempunan aku nak makan nasi pengantin kau”

“kau mulut memang tak sayangkan”

“apahal angin sangat hari ni? Hormon tak stabil ke apa?” sengih Anita dah sampai ke telinga bila tengok Aisyah dah bangun.

“kau dah sudah makan lum?”

“dah”

“kalau dah jom blah. Aku ada banyak kerja lagi nak buat. Takde paedah langsung duk layan kau punya merapu kat sini”

*-*--*-*-*-*

Mata yang pedih lepas solat subuh membuatkan Aisyah kembali merebahkan badan ke sofa diruang tamu. Mak yang sibuk menyediakan sarapan pagi tak daya nak dibantu. Ni la bahananya kalau tekun sangat menyiapkan lukisan semalam. Macam dah tak boleh nak ditunggu siang.

“Acik, jom jogging kat stadium” Along dah siap dengan pakaian sukan berdiri dihujung sofa.

Aisyah membuka sedikit kelopak mata, memandang Along yang bersemangat. “Acik ngantuk la long. Nak tengok muka along pun dah tak nampak ni. Macam mana nak pergi lari”

“mengantuk?????? Semalam bukan awal lagi ke dah masuk bilik. Sampai Knight Rider pun tak sempat nak habis tengok”

“memang la, tapi pukul 1 acik dah jaga. Tak boleh nak lelap balik lepas tu, acik buat la kerja sampai subuh. Ni yang mengantuk teruk ni”

“iye ke buat kerja? Ke duk khatam novel”

“novel mende……. Novel pun dah lama tak beli. Acik dah tua la along nak layan novel-novel cinta tu”

“betul jugakkan, adik along ni dah tua. Patutya duk baca La Tahzan je sekarang.”

“amboi………pedasnya bahasa”

“uitttt…….. terasa ke? Betul ni tak mau ikut” Aisyah dah malas nak menjawab. Cuma tangan diangkat melambai pada Umar. Mata kembali dipejam. Hari ahad yang indah haruslah digunakan sebaik-baiknya.

*-*-*-*-*

Azhar pandang Ain yang sedang berdiri. Penat dah memujuk si kekasih yang entah kenapa tiba-tiba sentap lagi. Rasanya dah semua kehendak Ain dituruti. Petang ni terpaksa juga memujuk Ain untuk menghadiri kursus kahwin yang sudah didaftar.

“Please Dear, Bie dah bayar semua. Tinggal nak pergi je. Kalau tak gi esok bila pulak nak pergi. Majlis kita pun dah nak dekat. Umi Bie dah bising dah. Cuba Dear bagi tau kenapa Dear tak nak pergi esok?”

“Dear dah janji dengan kawan la nak ke Perlis. Takkan nak suruh diaorang ubah tarikh pulak” jawab Ain selamba.

“Dear, hari tu Bie tanya tarikh ni Dear cakap ok. Takkan tiba-tiba je nak ikut diaorang pergi Perlis pulak. Sayang la walaupun boleh tunda tarikh tapi lepas ni Bie memang sibuk dengan kerja.”

“kalau macam tu Bie gi sendiri la, bila Dear lapang nanti Dear pergi” monotone Ain menjawab. Takde rasa bersalah langsung.

“tapi Bie bayar untuk dua orang la Dear”

“kalau macam tu ajak je Cah, Biekan suka sangat berkepit dengan si CAh tu. Mana pergi pun nak bawa dia, so ajak je la dia pergi, mesti dia suka”

“tapi Bie nak kawin dengan Dear, bukan dengan Ti, patutnya kita pergi berdua la”

“tengok….. orang lain panggil Cah, Bie je yang panggil dia Ti. Entah apa la yang istimewa sangat dengan budak tu pun Dear tak tau”

“Dear…. Isu kita sekarang, kursus kawin esok. Bukan pasal Bie dengan Ti”

“Dear tak boleh pergi, Dear nak ke Perlis” putus Ain dengan nada yang tegas.

“kalau macam tu, jangan marah kalau Bie ajak Ti” Ain pandang muka Azhar yang sedang merenung ke padang. Dah agak dah jawapan Azhar.



*-*-*-*-*

Sayup-sayup terdengar muzik intro lagu Lady Gaga, handphone yang berada di dalam bilik membuatkan Aisyah malas untuk bergerak. Dibiarkan saja, sapa la semangat sangat nak telefon awal-awal pagi sabtu ni. Kerja mengoreng pisang diteruskan. Hari cuti haruslah dinikmati sepenuhnya. Memasak sarapan yang best adalah perlu.

Baru nak menjerang air, suara abah pulak memanggil dari ruang tamu. “napa bah?” jerit Aisyah dari dapur.

“ni Ad nak cakap, penting katanya”

Lepas Pak Bakar melangkah keluar baru Aisyah bersuara. Ntah apa la yang Azhar nak call pepagi macam ni. Dia tak tau ke hari ni hari cuti. Kot iya pun tak sabar nak sattlekan masalah part, tunggu la hari Isnin.

“Ya Encik Azhar, ada apa yang boleh saya tolong di awal pagi ni?” soalan skema kakak reception Aisyah cilok.

“kau cuti kan hari ni Ti?”

“dah tau lagi mau tanya ka?”

“lagi setengah jam aku sampai, pakai baju kurung ok”

“ewah-ewah, suka hati kau je nak arah aku. Sapa kata aku nak keluar dengan kau? Dengan tak bagi tau nak ke mana”

“please Ti, takkan aku nak pergi sorang-sorang pulak. Aku tak bawa lari kau la. Bersiap ok, jap lagi aku sampai”

“aku malas la nak keluar hari ni. Aku nak duduk lepak dirumah je”

“kau tak payah buat apa pun, aku gi amik kau kat rumah, nanti balik aku hantar. Kau Cuma duduk temankan aku je…. Lagipun abah kau dah bagi kebenaran tadi”

“yelah…..cepat. kalau kau lambat aku cancel ikut”

“thanks sayang.”

*-**-*-**-*

“kau nak makan apa Ti?” soal Azhar ketika sampai di kawasan food court. Jam baru menginjak ke angka 6 ketika itu. Tapi disebabkan Azhar nak bayar upah temankan dia, awal la Aisyah makan malam ni.

“tekak aku rasa nak makan pizza la” mata dah meneroka pada kawasan medan selera. Ramai jugak orang. Mana best nak berasak-asak dengan orang ramai ni.

“pizza pulak? Kan kita dah sampai depan ni. Makan la apa yang ada. Banyak lagi yang kau boleh makankan. Penat nak gi pizza ni, jauh”

“yelah, berkira nak mampus dengan aku. Kalau aku tau macam ni, baik aku keluar dengan along je tadi, biar padan muka kau pergi kursus sorang-sorang”

“weh…….merungut nampak, siap mengungkit lagi”

“memang merungut pun, dah ajak aku temankan berkira pulak nak belanja makan. Semua kena ikut tekak melayu kau je. Sesekali nak jugak aku makan yang mahal sikit. Ni asyik-asyik nasi goreng. Tau la duit duk simpan nak wat kawin tapi takkan dengan kawan sendiri pun nak berkira”

“memang la kau temankan aku tapi semua guna duit aku tau. Kau jangan nak banyak songeh pulak, dah terlebih murah hati dah ni belanja kau makan dengan kursus tu. Kau ingat kursus tu murah ke? RM 80 tau”

“lagi sekali kau mengungkit, aku blah balik. Esok Kau gi la kursus tu sorang-sorang. Aku bukan rugi apa pun. Lapan puluh ringgit bising macam lapan ribu”

“serius ni nak makan pizza?” tiba-tiba Azhar menyoal Aisyah yang masih mencari tempat duduk.

“apasal? Kau dah ubah fikiran?”

“baik kau jawab sebelum aku ubah keputusan aku”

“nak la wei……. Aku nak pizza yang bayak layer tu…. Jom cepat” lengan baju Azhar dah ditarik menuju ke arah kereta. Bukan senang nak dapat peluang Azhar belanja makan kat tempat agak mahal ni.

Azhar Cuma menggeleng. Lucu dengan telatah Aisyah. Gaya macam takde duit je nak makan pizza sendiri. Nak kena tunggu orang belanja bagai.

Thursday, March 18, 2010

~3~

Anak mata yang sedang memerhati part ditangan Aisyah jatuh pada cincin dijari, panahan cahaya menarik minat Azhar untuk terus memandang, rasanya dia tak pernah tengok Aisyah pakai cincin tu. Tapi disebabkan Encik Zakaria turut sama dalam perbincangan, niat untuk bertanya terpaksa disimpan dulu. Takpe, banyak masa lagi nak soal siasat kakak ni.

Aisyah pulak asyik je dengan caliper. Mengukur segala macam sisi. Nampak sangat macam ada yang tak kena. Kejap lagi mesti berkajang la dia punya komen. Cerewet Aisyah kalau bab kerja ni memang dasyat. Semua nak sempurna je.

“ada masalah ke Cik Aisyah?”

“saya kena hantar ke QC dulu. Nak minta diaorang measure guna profile. Dapat result nanti kita discuss balik” putus Aisyah bila ukuran yang diperolehi tidak sama dengan lukisan asal. Pening kepala dengan masalah ni. Tak tau bila boleh selesai. Naik menyampah dah bila supervisor production duk kejar nakkan jawapan.

“kalau semua dah selesai, saya minta diri dulu, Aisyah make sure semua follow schedule. Jangan ada delay lagi, nanti banyak pula masalah yang timbul” Encik Zakaria dah bangun bila nampak semua dah selesai.

“baik Encik”

“jumpa lagi Encik Azhar” kedua-dua lelaki itu berjabat tangan sebelum Encik Zakaria melangkah keluar.

“cantik cincin kau Ti, bila beli?” tegur Azhar bila Encik Zakaria dah selamat keluar dari bilik mesyuarat.

“kau ni, mata macam perempuankan. Benda alah kecik macam ni pun kau boleh perasan.” Jawab Aisyah endah tak endah sambil mengemas barang-barang yang digunakan di atas meja.

“kerja akukan membelek segala macam benda-benda halus ni. Ring tu kira besar ok….tak yah nak mengelak. Mana kau dapat? Sapa yang bagi?”

“cincin tunang aku” selambe je Aisyah menjawab. Macam jawab soalan dah makan ke belum je. Takde langsung riak dimukanya. Nak diteka pun susah.

“kau tunang tapi tak cakap kat aku? Sampai hatinya”

“balik nanti aku cerita la. Sekarang kau balik kilang kau dulu. Time keje neh” elak Aisyah bila Azhar makin rancak menyoal. Dia takde hati nak bercerita tentang lelaki yang dia kurang kenal tu.

“nak balik office apanya. Ofiice hour aku dah habis. Aku tunggu kau, kita keluar petang ni” selambe je Azhar mengeluarkan cadangan.

“kepoh……macam pompuan” Azhar senyum je dengar komen Aisyah. Dah biasa sangat dengan ayat pedas cik kak sorang ni.

*-*-*-*-*

Ombak yang menghempas batu ditepi pantai dipandang kosong. Malas pulak nak memikir petang-petang ni. Lagu yang mendayu-dayu ditelinga macam memdodoi pulak. Best sangat kalau boleh tido je kat sini. Penat menunggu Azhar yang ke masjid menunaikan solat Asar.

“berangan” sergah Azhar pada Aisyah yang asyik memandang ke laut lepas. Cepat je tangan mencari sasaran, nasib baik Azhar sempat mengelak. Kalau tidak memang selamat la makan penampar dia hari ni.

“kau memang nak merasa kena ketuk kepala dengan aku kan. Tak reti nak bagi salam langsung”

“relaks la Ti, emo la pulak petang-petang ni. Macam tu pun nak marah. Aku kan dah expert bab mengelak ni. Tak kena la”

“emo tak emo, cepat la nak cakap apa. Aku dah lapar ni” perut yang tinggal sekeping digosok menunjukkan dia memang lapar.dari tadi asyik berbunyi je.

“kau dah tau kan aku nak tanya apa. So cerita aje la siapa lelaki bertuah yang kau terima tu. Yang berjaya bertapak kat hati batu tu”

“ntah…aku pun tak kenal sangat. Anak kawan abah aku. Pensyarah. Dah abah aku kata ok, so ok aje la. Tak payah nak pikir teruk-teruk nak cari kat mana calon suami aku. Orang kata jodoh mak ayah carikan ni kekal”

“nama dia apa?”

“Mohd Imran”

“sapa handsome lagi? Aku ke dia?”

“ni apahal nak compare sapa lagi handsome? macam la kau tengah bercinta dengan aku sampai kena pilih sapa lagi kacak bergaya”

“ni confirm aku lagi menawan ni.” Aisyah buat pekak. Kalau dilayan penyakit perasan Azhar, sampai ke malam terpaksa dengar dia punya bangga. “macammana kau boleh terima dia?” soal Azhar bila usikannya tidak dilayan.

“kena ada sebab ke untuk aku terima dia?”

“aku kenal kau Ti. Kau takkan buat apa-apa tanpa sebab.”

“kau kenal aku kan. So kau mesti dapat agak sebab aku” senang je dia jawab. Biar Azhar pulak yang sakit kepala pikir sebab dia terima Imran. Sebab dia sendiri tak de jawapan untuk soalan tu.

“jangan macam tu Ti. Ni hidup kau. Takkan sebab mak abah kau, kau main terima je budak tu. Kau yang nak hidup dengan dia nanti”

“aku yakin dengan jodoh. Dah la, banyak cakap pulak kau. Aku nak balik ni, lapar. Ingat kenyang ke setakat duduk makan angin tepi laut ni”

“jom, aku belanja kau makan” ajak Azhar bila Aisyah dah bangun. Tangan mengibas pasir yang lekat pada jeans.

“tak payah. Kalau keluar makan dengan kau Nanti lambat lagi aku sampai rumah. Malam ni aku nak tido awal. letih”

“kalau macam tu gi la balik, berehat. Aku tengok kau dah macam rangka bergerak je sekarang. Kerja macam takde hari esok. Bawak-bawak la berehat sama. Nanti Prof Imran tengok pun takut. Dah tak macam orang dah aku tengok”

“ mulut kau memang tak insurankan, sedap je mengutuk aku. Sapa yang selalu timbulkan masalah kat aku? Bagi aku pening kepala? Kena OT memanjang?”

“ehhh, salahkan aku pulak”

“tak betul ke?”

“kilang aku bukan produce part untuk kau je. Aku ada banyak lagi customer lain. First come first serve la. Lagipun, mesin ni tak boleh nak jangka bila dia rosak. Dia takde mulut nak bagi tau, bukan macam kau yang kuat merungut ni”

“blah la kau punya first come first serve, kalau bab bagi alasan kau memang master. dah, aku nak balik. Malas nak layan kau”

“betul ni taknak makan dengan aku?” soal Azhar bila Aisyah dah membuka pintu kereta.

“kau gi dating dengan Ain la. Nanti dia merajuk lagi kalau tau kau keluar dengan aku. Aku ok je makan dengan mak abah aku. Sesekali nak jugak bermanja dengan diaorang. Nanti dah kawin tak boleh dah nak buat macam tu”

“semangat nampak nak kawin”

“suka hati aku la…..gerak dulu. Assalamualaikum”

“hati-hati drive……….waalaikummusalam. sampai rumah jangan lupa mesej aku” Aisyah Cuma mengangkat tangan tanda paham dengan mesej terakhir Azhar. Risau sangat dia tak sampai ke rumah.



*-*-*--*-*-*

Langkah yang diatur laju ke dalam restoran terhenti bila ditarik oleh Anita. Aisyah dah pandang pelik muka kakak sorang tu. Apahal lak nak wat road block tengah-tengah pintu kedai makan ni. Perut dah la lapar sesangat ni. Nanti ada jugak yang kena makan depan ni.

“apasal?”

“tu bukan tunang kau ke?” soal Anita sambil menghala pandangan pada pasangan yang sedang makan bersuap. Romantik la sangat.

“dia la tu. Kenapa? Tergejut? Tak percaya?”

“mak ai, coolnya. Tak jelous langsung tunang tersayang makan bersuap dengan orang lain. Tergejut pun tak”

“lantak dia la Nita, aku malas nak kacau” walaupun dalam hati memang tergejut sangat tengok Imran dengan perempuan tu.

“kau kenal ke dengan girl tu?”

“tak…….”

“tak nak gi berkenalan?” Aisyah pandang muka Anita. Tak percaya dengar cadangan bijak tu keluar dari mulut temannya. Berkenalan? Nak buat apa?

“malas aku nak jumpa dia…..eh dah la, aku lapar ni. Kau nak makan ke tak ni?”

“nak la. Tapi kita nak makan kat sini ke nak cari kedai lain?”

“sini ajelah. Malas aku nak berpanas lagi”

“sure?” Anita dah pandang muka Aisyah tak berkelip.

“apa yang tak sure nya. Kita memang datang sini nak makan, kalau dah nak jumpa dengan mamat tu buat tak tau dah le. Janji aku dapat makan”


Nasi masih separuh pinggan lagi ketika Imran berdiri ditepi meja Aisyah. Suapan terhenti bila perempuan disisi Imran dah mula buat muka tak siap. Malas nak cari gaduh sebab lelaki yang memang dia tak sayang. Bukan dia yang pergi kacau diaorang makan.

“saya ada benda nak cakap dengan awak” Imran membuka bicara bila Aisyah kembali meneruskan suapan.

“saya tengah makan ni. Tak boleh tunggu ke?”

“5 minit….penting”

“ok…….cakap la”

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....