CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, September 27, 2010

dia ~4~

“mana Ira?. Angah balik sorang je?” mama dah terpacak depan pintu menyambut kepulangan anak menantu. Dan riuh mulut mama bertanya bila tengok anak lelaki dia aje yang turun dari kereta. Menantu yang ditunggu tak nampak bayang.

“angah balik kejap je ma, petang ni dah nak balik Perda. Esok kan kerja. Ira duduk rumah sana dulu.”

“kalau iya pun nak balik sat. bawa la dia ke rumah mama dulu. Angah nak balik nanti, hantar la dia balik. Apa yang susah sangat?”

“dia ada hal la ma.”

“dia ada hal ke angah yang tak ajak dia?” mama dah pandang muka Fikri macam penjenayah. Kurang percaya dengan kenyataan anak teruna nan sorang tu.

“betul la ma, Ira ada hal”

“dia dah mula kelas ke?”

“ohhh, mama pun tau la yang menantu mama tu belajar lagi?”

“mestilah tau. Apa pulak tak taunya.” Mama dah berlalu ke dalam rumah bila tengok menantu tak ikut sekali. Pilih kasih betul.


*-*-*-*
Sampai dipejabat pagi tu, senyum penuh makna terukir dibibir Khairul Hafiz. Fikri buat tak nampak. Dah agak dah pakcik sorang tu mesti tunggu dalam pejabat dia punya. Semangat sungguh nak mengusik orang. Sanggup berjalan dari bilik kejuruteraan ke sini semata-mata nak mengusik.

“so macam mana dengan cik kak tiga suku kita?” Khairul Hafiz duduk dihujung meja Fikri. Mengusik replika helikopter Fikri diatas meja.

“hang tak dak keja ka pakcik? Pagi-pagi dah melawat meja aku. Nak aku call Cah bagitau laki dia ni busybody ke?”

“idea mengelak kau tak cukup bernas la. Try la call sayang aku tu, rasanya lagi teruk kau kena sakat nanti. Sayang aku pun tak sabar nak dengar cerita cik kak tiga suku kita”

“jangan main-main la Keon, aku banyak kerja ni. Nanti lunch kita sembang. Aku story dekat kau semua”

“tak payah. Cah ajak dinner kat rumah aku malam sabtu ni, sebagai ganti kitaorang tak pergi kenduri kau. Kat rumah kita boleh sembang panjang-panjang. Jangan lupa bawa Puan Athirah sekali, mengamuk Cah nanti kalau kau datang sorang. Aku balik office aku dulu. Nak buat kerja cepat-cepat, boleh balik awal. Rindu dekat bini aku tu”

“rindu la sangat. Dah bertahun kawin pun, duk gatal tak habis lagi. Mengalahkan orang bercinta. Lain la aku yang pengantin baru ni”

“jangan jeles la kawan. Dah memang kitaorang bercinta, apa kata kau pun belajar bercinta dengan Puan Athirah kita tu. Mesti duk ingat nak balik cepat je”

“tu tengah aku usahakan” jawab Fikri.

“wah, ada peningkatan. Baru seminggu kawin dah jatuh hati ke? Tak sabar aku nak dengar cerita ni” Khairul Hafiz sudah berlalu ke pintu bilik.

“wei, mana hadiah kawin aku?”

“nak hadiah, datang sabtu ni.” Fikri hanya melihat langkah Khairul Hafiz meninggalkan biliknya. Dalam kepala dah pening pikir macam mana nak ajak isteri tersayang tu ke rumah Khairul Hafiz.

*-*-*-*

“nak ke mana tu Ira?” ayah dah menjerit dari dapur bila dengar enjin motor dihidupkan. Buah jambu yang sedang dibasuh dibiarkan dalam sinki.

“orang ada kelas la yah, tak sempat dah nak makan”

“bila masanya ayah ajak makan. Ayah tanya Ira nak ke mana je. Lupa ke hari ni Fikri nak balik?” Pak Man dah berdiri diambang pintu dapur. Pening dengan gelagat anak perempuan sorang ni. Dah jadi bini orang pun duk buat perangai budak tiga suku. Suka hati je nak ke keluar tak cakap.

“ala selalu pun dia sembang dengan ayah kan, so takde masalah la kalau Ira takde. Ira dah lambat la ayah. Gi dulu ye”

“dah bagitau Fikri belum?”

“nanti dia sampai ayah tolong bagitau ye. Kredit Ira habis la. Gi dulu ye yah. Assalamualaikum” tak sempat Pak Man nak menjawab, motor sudah sampai diatas jalan besar. Budak bertuah sungguh. Bab mengelak ni laju je dia. Dengan laki sendiri pun boleh berkira kreadit tu.




Sampai je depan pintu rumah bapak mertua, jam menghampiri pukul 3 petang. letih sebenarnya tapi disebabkan rindu pada isteri yang jual mahal memanjang tu dikuatkan juga semangat balik ke kampung. Mata laju je menjengah ke kawasan letak motosikal. Yang ada hanya EX5 hitam Pak Man. Mana LC hitam putih?

“masuk Fikri, apa yang duk tercegat depan pintu tu?” soal Pak Man walaupun sudah dapat diagak apa yang dicari dek menantunya. Payah jugak penyakit angau ni.

“sihat yah?” dia tunduk mencium tangan Pak Man.

“sihat. Hang dah makan? Sayup sampai hari ni”

“belum lagi yah, dari pejabat tadi terus balik sini. Banyak pulak kerja minggu ni. Tu yang kena masuk pejabat sat, siapkan yang mana boleh”

“pi la masuk bilik dulu, rehat. kalau nak makan, Ira dah masak tadi semua ada atas meja tu. Kalau nak solat dulu, hang tau kan nak cari sejadah dengan kain pelikat dalam bilik bini hang.” Fikri hanya mengangguk. Masih menanti kalau-kalau Pak Man nak cakap ke mana bini tersayang tu pergi. Tapi bila nampak Pak Man dah melangkah ke beranda, terpaksa juga dia tebalkan muka bertanya.

“Ira mana yah?”

“ ohhh lupak pulak nak habaq. dia ada kelas. Sebelum maghrib ni la balik rasanya. Hang tak telefon dulu ka nak balik ni?”

“call jugak semalam tapi Ira dah tidur rasanya. Dia tak jawab pun” Pak Man hanya mengangguk. Dah tak reti nak komen pasal budak berdua tu. Athirah kalau telefon bunyi waktu bila pun, mesti dengar. Ini semua alasan tak nak jawab la tu.

“saya masuk dulu yah. Nak solat kejap” sampai dalam bilik, meja study yang dicari dulu. Nak kena dapatkan jadual kelas Athirah. Takut Nanti terlupa lagi. Nanti terkena macam petang ni lagi. Cik Adik sayang ada kelas. Rugi je pecut macam Hakinen kat atas highway tadi. Nasib baik kelas cik adik sayang sampai pukul 6 petang ja. Kalau tidak lagi pening nak bagitau dekat Khairul Hafiz + Aisyah

*-*-*--*

Fikri pandang je Athirah yang mencari baju dalam almari, masih duk berfikir macam mana nak cakap pasal jemputan pasangan tu. Belakang leher diusap berkali-kali. Cermin mata pun dah jenuh dibetulkan letak duduknya. Tapi masih belum berani nak bersuara. Bila nampak Athirah dah nak melangkah ke bilik air, terpaksa jugak dia bersuara.

“kawan abang jemput ke rumah dia malam ni.” Puhhh!!! Lega. Boleh pun cakap.

“ha…. Apadia?” bulat mata Athirah memandang Fikri yang duduk dibirai katil. Memang dia tak dengar pun apa yang mamat tu cakap. Tengah pening fikir jadual kelas esok.

“lepas maghrib ni, kita pergi rumah kawan abang. Dia jemput makan malam”

“ohhh… dekat mana?”

“Rumah diaorang dekat Bertam Perdana”

Monday, September 20, 2010

~dia~ 3

Athirah duduk bersila diruang tamu. Selalunya kalau tengok tv lagi layan la kalau berbaring santai tapi disebabkan ada perubahan kecil dan penambahan ahli dalam rumah, waktu sanggang menonton terpaksa dikurangkan keselesaan. Memang la sekarang ni, ahli baru tu takde sebab ikut bapak mertua ke surau. Tapi buatnya tiba-tiba diaorang balik, kantoi la nanti.

Baru je nak melayan hero Smallville, suara ayah dah memberi salam. Lambat pulak ayah balik malam ni. Sibuk duk kenalkan menantu dekat semua la tu.

“dah solat Ira?”

“dah yah”

“buatkan ayah kopi. Fik nak ayaq apa, suruh Ira buat” soal Pak Man bila Fikri dah duduk disofa.

“tak payah la yah. Nanti saya ambik sendiri la.” Mendengar jawapan fikri, Athirah terus melangkah ke dapur. Lega.

“dah siap kemas semua barang dekat dapoq Ira?” soal Pak Man bila Athirah meletak cawan di atas meja.

“dah, mak ngah mai tolong tadi. Lagipun tak banyak yang Ira bawak keluaq ari tu. Sat ja nak kemas.”

Selepas menghabiskan secawan kopi, Pak Man terus berlalu ke dalam bilik. Meninggalkan Athirah dan Fikri. Letih dah dengan kenduri siang tadi, malam ni biar la pengantin baru bersendirian pulak. Mungkin banyak benda yang nak dibincangkan.

Dah dekat setengah jam Fikri duduk bersandar pada sofa. Athirah yang duduk dibawah, bersandar pada rak buku tak bergerak-gerak. Dah macam dua orang bisu menonton tv pulak. Tak lenguh ke?

Athirah dah mati kutu, tak tau nak buat apa. Payah betul la nak menghadap suami terchenta ni. Takda topik yang boleh dibualkan. Tengok la tu, boleh duduk kat sofa macam tugu negara dekat sejam dah. Macam ni ke gaya orang baru kawin? Tak best ok. Tension jek. Baik duduk dengan geng kelas, macam-macam cerita boleh dengar.

“aaaa…” Fikri garu kepala yang tak gatal. Nak sebut apa? Aku? Abang? Ah sudah, semalam takde la pulak terfikir bab ni.

Athirah kalih pada manusia yang dah berbunyi tu. Hidup lagi ropenya. “awak nak cakap apa?”

“bila mula kerja?” senang, jangan guna ganti nama lagi. Bina je ayat tanpa subjek.

“rabu”

“nak ikut balik Perda ke? Lusa dah kerja, esok ingat nak balik rumah mama kejap” Fikri dah tepuk dahi sendiri lepas tu. Patutnya cakap, jom balik Perda. Lusa dah kerja, esok nak gi umah mama kejap lepas tu balik rumah kita. Ni buat ayat soal, confirm la cik kak tu tak nak gi punya.

“tak kot. Kesian pulak dekat ayah duduk sorang-sorang” alasan je. Ada pulak Pak Man sunyi duduk rumah. Padahal Pak Man ada kat umah time malam je pun, yang lain semedang je kat luar. Hari-hari sibuk mengalahkan PM sejak mak takde ni.

“ohhh, ok” dengar je jawapan dari cik kak tu, hati dah kecewa.


*-*-*-*

Lepas solat subuh, Fikri duduk dimeja yang penuh dengan segala macam buku dan kertas A4 yang disusun ala kadar. Pelik jugak tengok, macam meja student jek, padahal ni bilik Athirah walaupun tuan punya bilik dah hilang entah ke mana. Siapa yang belajar. Mama cakap cik kak tu kerja kilang dekat Bayan Lepas. Takde pulak cakap tengah belajar ke apa.

Tangan mula membuka buka tebal yang kembung dengan kalkulator yang ditinggalkan dalam buku. Macam tak siap kerja rumah je gayanya ni.

Kertas ujian yang terselit dicelah buku dikeluarkan. Athirah bt Abdul Rahman. 23/25. not bad hah. Cerdik jugak budak nakal ni. Tapi memang dari dulu pun cik kak sorang ni cerdik, Cuma kecerdikan tu kurang menyerlah jika dibandingkan dengan kenakalan yang dah jadi trade mark Ira. Kalau tidak macam mana nak duduk sekelaskan.

Pensil dan kertas dicapai, seronok jugak ni nak test skill. Dah lama tak menjawab soalan sistem paip ni. Entah ingat entah dah terpadam dari dalam kepala. Ralit je Fikri menjawab soalan yang ada dalam kertas kerja rumah tu. Tak sangka masih ingat lagi.

Athirah yang baru nak memanggil Fikri sarapan berhenti dimuka pintu bilik bila nampak lelaki tu asyik menulis. Mulut pulak berbunyi mengeluarkan segala macam rumus. Dasyat la orang kaki study ni, pantang jumpa buku mesti nak membaca je. Jumpa soalan, asyik nak mengira je. Kalah orang duk study ni, keja sekolah pun tak siap lagi.

“emmhhh, eeehhhmmm…” pantas Fikri menoleh bila dengar orang berdehem. Bila nampak Athirah yang berdiri dibelakang, senyum ikhlas dhadiahkan buat isteri tersayang.

“ayah ajak makan”

“kejap ye, nak sattlekan soalan ni dulu”

“tinggalkan je, bukan penting pun” ujar Athirah. Sebenarnya semua nota dengan soalan tu dipinjam dari Shahrul. Untuk study subjek yang nak diambil sem depan. Memang tak penting lagi masa cuti ni.

“sapa study ni?”

“saya” Athirah dah menarik buku didepan Fikri. Tak payah tunjuk rajin la study pagi-pagi ni.

“buat master?”

Athirah dah tersengih dengar soalan Fikri “besar sangat tu. Buat degree je, tu pun lambat lagi nak habis. Merangkak je nak habis satu subjek. Dah la, tinggalkan je. Makan dulu”

Kagum Fikri dengan jawapan Athirah. Sambil kerja, buat part time study lagi. Mencabar betul. Tapi apasal baru sekarang nak buat degree? Nak bertanya tapi Athirah sudah hilang ke dapur.

Wednesday, September 1, 2010

~dia~

Dan dua minggu lepas tu mama bagi nombor telefon tunang dia. Ira. Dan bila diselidik-selidik baru dia perasan siapa Ira tu. Athirah, budak kelas sekolah menengah dulu. Yang memang tak makan saman tu. Yang kuat menyakat orang dalam kelas. Yang tak tau duduk senyap bila takde cikgu dalam kelas. Dan segala macam yang teruk-teruk semua minah tiga suku tu buat. Sampai dia pun malu nak mengaku minah tu budak kelas dia. Sebut je Ira kelas AB satu, semua cikgu kenal. Bukan sebab baik tapi sebab selalu sangat keluar masuk bilik cikgu Jamil, cikgu displin tu.

Yang herannya, macam mana mama boleh jatuh hati nak buat menantu dekat budak macam hantu tu? Masih kasar macam dulu ke? Ke dah jadi wanita melayu terakhir?

*-*-*-*--*
Beg dihempas ke kaki sofa, letih siot kelas hari ni dari pukul 1 petang sampai pukul 10 malam. Berhenti solat je tadi sebab nak habiskan semua bab. Ayah yang duduk menonton tv di sofa panjang dihampiri, tubuh terus dibaring menumpang dipaha ayah. Nak bermanja dengan ayah tersayang kejap.

“pi mandi la dulu. Dah makan belum ni?”

“tak larat la yah. Nak tidur je ni”

“pi mandi dulu. Lepas tu baru tidoq. Esok ada kelas dak?”

“esok pukul 9,adoiiii letihnya”

“tak baik merungut Ira” mata dipejamkan bila ayah dah senyap dan kembali fokus pada tv. “bakal mak dengan bapak mertua Ira datang, nak tetapkan tarikh. Bila final paper Ira”

“ha?????? Takkan cepat sangat. Janji ritu kan tahun depan” topik bakal mak dengan bapak mertua datang ni memang la menghilangkan mengantuk.

“bila-bila pun Ira kena kawin jugakkan. Apa salahnya kalau kita awalkan sikit. Lagipun cuti sem ni sebulan kan. Sempat la nak buat apa yang patut”

Bermula saat itu, memang hidup dah tak aman. Memanjang je mamat skema tu call, mencari sebab untuk bertekak. Macam la aku nak sangat kawin dengan dia.

*-*-*-**

“Hang tak payah risau, aku tak lari la, penat tahu tak nak jawab call ang je. Aku ni banyak benda lagi nak buat. Bukan macam hang, yang semua benda nak harapkan orang buat” hand phone diubah ke telinga kanan. Dah panas telinga mendengar suara yang menjerit macam bercakap dengan orang pekak. Tak reti nak bersopan langsung dengan orang.

“hang tu bukan boleh percaya sangat”

“kalau tak boleh percaya apasal hang nak kawin dengan aku? Pi la cari orang yang boleh dipercayai sangat. Menyampah la cakap dengan hang”

“jangan lupa, esok mekap jangan macam burung hantu. Opera cina pun aku tak mau tengok” mulut menyakitkan hati tu berbunyi lagi.

“aku punya suka la nak mekap macam mana pun, muka aku, bukan muka ang”

“memang la muka hang, tapi termasuk dalam gambar kawin aku. So aku tak mau tengok gambar kawin aku macam gambar badut sarkas” Athirah mengaru kepala yang tak gatal. Sakit otak sungguh cakap dengan mamat tiga suku ni. Tak kering ke idea dia nak bergaduh ni. Hand phone dijauhkan dari telinga, dia melihat tempoh panggilan di phone. 45.10.32. biar benar la mamat ni, tak sayang kreadit langsung. Cakap gini punya lama, tapi bergaduh je dari mula tekan button hijau ni. Nasib baik la, company dia yang bayar bil, kalau kena guna phone aku confirm dah lama terputus sebab prepaid habis.

“hang ada benda yang lagi berfaedah tak nak cakap? Kalau tak dak, aku nak letak. Mak ngah aku dah 65 kali duk hingar suruh pi pakai inai”

“tu lagi satu, jangan duk gatai-gatai pi lukih macam hindu. Aku tak suka”

“suka hati aku la. Aku bukan jadi bini hang lagi. Dah la wei. Aku nak letak dah. Cakap dengan hang sampai bulan depan pun tak habis. Assalamualaikum” lega.



Fikri melempar hand phone ke atas katil. Bengang bila Athirah selambe je putuskan talian. Rasanya banyak lagi yang nak dicakapkan dengan budak tiga suku tu. Tak tahu dekat mana baiknya budak tiga suku sampai mama terlebih berkenan nak dibuat menantu. Dan bila mama berkenan, habis semua kaum kerabat mama gi lobby cakap budak tiga suku tu baik, sopan, cantik dan semua perkataan yang baik-baik je.

Bukan dia tak kenal dengan Athirah, diaorang satu kelas dari form 1 sampai form 3. masuk form 4 dia dapat MRSM Kulim. Memang tak pernah ambik tau pun kisah budak tu sejak tinggalkan Badawi. Lagipun takde topik yang boleh dibawa bincang dengan budak tak pernah serius tu, semua benda dia buat main-main je. Dalam kelas dulu, Athirah lah muka paling kerap melawat bilik displin. Berdiri depan kelas tu dah jadi kerja tetap. Macam mana mama boleh kata budak tu baik?

Tapi memang la, kalau dihitung balik dah dekat 13 tahun tak jumpa face to face. Bersembang pun tak pernah. Sesekali kalau balik kampung ada la dia nampak budak tu lalu dengan LC dia. Bawa mengalahkan nak masuk cup prix. Macam tu mama boleh kata sopan lagi.

Dan macam mana boleh jadi kisah esok hari nikah dengan budak tiga suku tu? Ni semua mama punya drama air mata. Dan sebagai anak yang dididik menghormati dan menurut perintah selagi tak melanggar hukum agama dia balik juga. Menunaikan hajat mama nak bermenantu sebelum pejam mata. Dramatik betul ayat mama guna nak pancing hati dia yang sedia lembut kalau kena ayat dengan mama ni.

“Angah, apa lagi yang dimenungkan tu. Mama panggil turun. Semua ada kat bawah nak jumpa bakal pengantin” Along dah berdiri ditengah pintu bilik. “apahal muka macam mati bini ni?” along dah duduk dibirai katil bila tengok Fikri masih tak bergerak.

“bakal memantu baik mama tu la, cakap semedangnya nak menang. Aku tak tau la kat mana baiknya budak tiga suku tu sampai mama boleh nak buat menantu”

“along tengok ok je Ira tu. Masa angah tak dak. Selalu dia mai temankan mama. Berkampung dekat dapur dengan kak long sekali. Bercakap pun sopan je. Bab masak ni, memang superb. Takde ruginya angah kawin dengan dia”

“habis la, semua orang dalam rumah ni dah kena racun dengan lakonan dia. Dah tak nampak buruk dia”

“apa yang angah cakap macam tu. Kecik hati Ira kalau dengar. Cuba la berbaik dengan dia dulu. Mesti angah jatuh cinta nanti”

“jatuh hati angah tak tau, kalau patah hati memang confirm la bila dapat bini kaki melawan ni”



Majlis akad nikah yang berlangsung di masjid berjalan lancar. Hanya saudara terdekat saja yang menghadiri. Fikri mencapai cincin yang dihulurkan oleh along. Minah tiga suku dari tadi lagi tunduk memandang lantai.

“Ira, hulurkan jari tu, Fik nak sarungkan cincin”

Fikri menghela nafas lega bila melihat hanya hujung jari je yang bersalut inai. Nasib baik tau jugak dengar cakap orang. Ingatkan nak dengar cakap dia je.

“cium tangan suami kamu tu” makcik kat sebelah Athirah sibuk memberi arahan bila pengantin perempuan dah macam tugu je. Tak bergerak dari tadi.

Bila Athirah mendongak, terkaku Fikri. Jauh berbeza muka isteri dedepan mata dengan wajah yang sering tergambar diminda. Ayunya dia dengan anak mata coklat cairnya. Sungguh, dia jatuh cinta dengan isteri sendiri.

“cukup-cukup la tenung tu. Simpan dulu, sekarang ni selesaikan dulu upacara ni” bisikan ditelinga membuatkan Fikri kembali ke dalam masjid, berhadapan dengan Athirah yang merenung resah mukanya. Dengan hati penuh bunga-bunga cinta, dahi si isteri dikucup lembut.

*-*-*-*

“lebarnya senyum, apa yang dikhayalkan tu?” senyuman yang terlukis dibibir terus padam bila mendengar suara garau abah.

“abah, tak tidur lagi?”

“nak tidur macam mana kalau pengantin lelaki duduk tersengih sorang-sorang tengah-tengah malam ni. Heran jugak abah, 3 hari sudah muka kelat je ni balik dari akad nikah senyum tak hilang dari bibir. Kenapa?”

“ntah la abah. Bersyukur dengan ketentuan Ilahi mungkin”

“nak cerita?”

“janji abah tak gelakkan angah”

“tengok la dulu, mana boleh abah janji kalau benda tu abah tak pasti lagi”

“angah jatuh cinta dengan Ira”

“jadi tak salah pihihan mama kamu? Suka juga angah dengan budak tiga suku tu ye” Fikri tersenyum malu bila abah sendiri pun tau gelaran bakal menantu yang dia bagi.

“angah ngaku salah bah”

“abah dengan mama tak kisah. Masalah angah sekarang, Ira. Kan hari-hari angah asyik berperang je dengan dia. Pikir la macam mana nak pujuk dia”

“nak pujuk tu yang masalah”

“pandai-pandai angah la, lagipun Ira tu dah jadi isteri angah pun”



*-*-**
enjoy my merepek.just novel pendek....tapi tak tau la klu terpanjang nanti....
kau ilhamku tgh stuck, so layan je la yg mana ada.....

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....