CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, June 26, 2011

~diA~- 15

“Duduklah, Ira panaskan nasi dan lauk kejap. Abang nak air apa?” dia sudah berlalu ke kabinet dapur. Menyediakan air milo untuk Fikri.

“Tak kisah. Apa yang Ira buat semua abang makan”

Langkah Athirah yang cekap ke sana ke mari dipandang dengan hati berbunga. Siapa sangka, gadis yang dulu cukup kasar zaman sekolah menjadi isteri yang cukup sempurna bagi dirinya.

“Kenapa senyum?” soal Athirah bila melihat senyum lebar Fikri.

“Senyum sebab bahagia ada isteri yang sangat sempurna untuk abang”

“Jangan puji lebih-lebih sangat, nanti kecewa”

“InsyaAllah, kalau kita usaha Allah akan mudahkan jalan, mesti takkan kecewa. Lagipun, memang abang rasa cukup bahagia dengan Ira”

“Silalah” Pinggan berisi nasi diletakkan dihadapan Fikri.

“Ira pun duduklah, kita makan sama-sama. Abang tahu Ira tak makan lagi” Tangan Athirah ditarik supaya duduk disebelahnya.

“Tak apalah, abang makan dulu”

“Duduk sayang. Abang suapkan”

“Ehhh, tak payah. Ira boleh makan sendiri”

Cepat Athirah mencapai pinggan. Mengisi nasi dan sedikit lauk. Fikri hanya tersenyum dengan gelagat Athirah. Comel betul.



Fikri hanya melihat Athirah tekun mengemas pinggan mangkuk yang sudah digunakan. Hendak ditolong, Athirah sudah melarang.

“Barang Ira dah siap kemas ke?” soal Fikri bila dah bosan membisu.

“Barang?” Muka Fikri dipandang hairan. Barang apa pulak?

“Lupa dah? Kan petang ni nak balik rumah abang. Ira tak dengar ke apa yang abang cakap semalam?”

“Ada cakap ke?”

“Abang cakapkan semalam? Tido ke apa ni?”

“Dah terlelap kot masa abang cakap tu”

“Sampai hatinya biar abang cakap sorang-sorang”

“Letih, abang cakap lama sangat. Tu pasal boleh terlena”

“Banyak alasan dia. Dah jom abang tolong kemaskan barang” Dalam terpaksa Athirah mengikut jugak langkah Fikri ke dalam bilik.



“Bila beli baju ni?” Soal Fikri bila memunggah baju dari dalam almari.

Athirah mengalih pandang pada baju ditangan Fikri. Berfikir sebelum memberi jawapan. Memang dia jarang memakai baju kurung. Hari berkerja, memang kilang dah sediakan uniform. Ke kelas, dia lebih selesa dengan jeans dan T-shirt.

“Raya tahun lepas. Kenapa?”

“Cantik. Mesti makin lawa kalau Ira pakai.”

“Merapu je”

“Sungguh la. Siapa lagi nak puji wife abang kalau abang tak puji”

“Tak payah puji. Diam je”

“Ni kenapa angin sangat ni? Dari tadi tak senyum langsung dekat abang. Marah?”

“Nak marah kenapa?”

“Marah sebab kena tunggu lama sangat. Sampai terlena. Sorry ya sayang”

“Siapa marah?”

“Kalau tak marah kenapa muka masam je?”

“Memang muka Ira macam ni la”

“Tak lah, muka sayang abang ni manis je selalu. Hari ni je nampak masam. Mesti marahkan abang ni. Salah Ira la”

“Apasal pulak” Athirah sudah berlalu ke meja tulisnya. Mengemas buku yang hendak dibawa. Malas nak melayan Fikri.

“Yelah, patutnya kalau abang tak sampai lebih dari sejam tu, call. Tanya abang dekat mana. Bukan duduk diam dalam bilik. Mana tau, abang accident ke. Mati ke?”

Tergejut Fikri bila buku ditangan Athirah jatuh ke lantai. Segera dia bangun. Menghampiri Athirah yang kaku menghadap dinding. Langsung tak bersuara.

“Ira….isshhhhh, kenapa menangis ni? Abang minta maaf ok” laju jemari Fikri mengelap air mata yang mengalir dipipi. Tersalah cakap ke?

“Ira, sayang. Abang minta maaf. Abang terlepas cakap.niat nak melawak je dengan Ira” tutur FIkri perlahan bila Athirah masih membisu. Hanya sedu yang kedengaran.

“Benda mati tolong jangan nak buat lawak. Cukup Ira pernah hilang mak dulu. Ira tak sanggup nak hilang orang yang Ira sayang lagi”

“Ira menangis beria-ia ni, takut abang mati ye… sayang jugak Ira dekat abang. Ingatkan sampai tua baru abang boleh tahu Ira sayang abang”

“Abang!!!!!!!”

“Ye sayang” lembut Fikri menjawab.

“menyampah…”

Laju Athirah berlalu dari dalam bilik. Ya Allah malunya. Macam mana boleh terlepas cakap ni.


p/s: sorry...cuma boleh buat n3 pendek je skrg...xcukup masa.masih cuba menyesuaikan diri ditempat baru...dan perkara paling tension adalah, tempat duduk baru adalah sangat tak strategik...:(
Enjoy...

Friday, June 24, 2011

~dIA~- 14

Pak Man hanya melihat tingkah Athirah yang keluar masuk rumah sejak sejam setengah jam yang lepas. Dah sakit kepala bila tengok Athirah asyik berulang-alik didepannya. Tapi bila makin kerap Athirah lalu didepannya, memang dia dah tak boleh nak tutup mulut. Rimas.

“Ira, ni kenapa dah macam kucing nak beranak ni? Sakit kepala abah tengok kamu, tunggu sapa”

“Takde apalah Bah.”

“Kalau tak ada pa takkan kamu jadi macam ni. Tunggu Fikri ka?”

Athirah hanya membisu. Betul ke dia tunggu Fikri? Tapi kalau tak tunggu apa halnya sejak dari tadi duk berkawad keluar masuk rumah. Ni semua Fikri punya pasal. Semalam, janji nak balik pukul lapan pagi. Ini dah pukul sepuluh tak nampak bayang lagi. Sesat ke?

“Orang tanya, dia boleh duk menung pulak”

“takde apalah Abah. Ira masuk dulu.”

“Kalau dah dia tak sampai, cuba la kamu telefon. Duk ulang alik macam ni bukannya dia tau pun”

Athirah berlalu ke dalam bilik. Berbaring di atas katil. Dah penat berkawad tadi. Tangan diletakkan diatas dahi. Tabiat yang sukar dibuang walaupun sudah jenuh arwah menegur dulu. Teringat kembali usaha Fikri untuk merapatkan jurang mereka.
Setiap malam mesti lelaki itu menelefon, berbual sampai dia terlelap. Kadang-kadang dia sendiri tak ingat apa yang dibicarakan berjam-jam dengan Fikri. Banyak sungguh modal Fikri bersembang. Mengalahkan budak sekolah bercinta pulak gayanya. Bertanya segala macam aktiviti yang dilakukan. Kalau boleh nak saja dirakam apa yang dibuat. Senang.

Itu tak termasuk lagi dengan masej yang perlu dijawab selang sejam. Bertanya soalan budak darjah satu. Kalau tak dibalas, nanti di telefon pulak. Haru sungguh penyakit orang angau ni.



“Masuk Fik” jemput Pak Man bila Fikri sudah berdiri dihadapan pintu rumah. Memang dia nantikan menantunya itu.

“Sunyi je bah”

“tak payah nak cover line, macam abah tak tahu kamu nak tanya mana isteri kamu tu. Duduk dulu, abah nak cakap sikit”

Fikri mengikut langkah Pak Man ke ruang tamu. Menanti apa yang bakal dibicarakan oleh bapa mertuanya. Nampak muka serius semacam je.

“Ada apa bah?”

“Apa yang Fik dah janji dengan Ira?”

“janji?”

“iye, janji. Dah lupa?”

“kenapa Abah?”

“Penat abah tengok dia ke hulu kehilir tunggu Fik tadi. Mengalahkan tunggu orang datang meminang”

“Fik minta maaf Abah, patutnya Fik sampai awal tadi. Janji dengan Ira nak sarapan dengan dia. Tapi lepas subuh tadi boleh terlelap balik. Tak sedar dah terlajak. Yang Ira pun, takada nak call ke apa”

“patutlah ada orang buat nasi lemak pagi ni tapi tak makan. Nak tunggu suami tersayang rupanya. Abah sebenarnya tak mahu campur dalam rumahtangga kamu, pandai-pandailah uruskan tapi Abah nak ingatkan Fik yang Ira tu satu-satunya anak yang abah ada. Memang dia nampak kasar tapi hati dia lembut sangat. Dah banyak dia berubah sejak mak kamu meninggal. Dia dah cuba jadi anak yang baik untuk abah. Sayangilah dia, tegur andai ada yang tak kena. Dia bukan jenis yang pandai nak tunjuk perasaan dia, tapi kalau kena caranya dia akan sayang sampai mati”

“Fik minta maaf Abah”

“Tak payah nak minta maaf dengan abah. Pergi pujuk orang dalam bilik tu. Dah merajuk agaknya tunggu kamu. Senyap je lepas masuk tadi. Abah nak keluar ni, pesan dekat Ira tak payah masak. Abah makan dekat kedai je”

“Yelah bah, Fik masuk dulu”



Menjengah ke dalam bilik, Athirah sudah terlena di atas katil. Gaya macam letih sangat. Kesian pulak bila tengok Athirah. Tak sampai hati nak kejutkan bangun, dia pulak yang turut berbaring disisi Athirah. Melayan sisa kantuk yang masih berbaki.
Athirah membuka mata bila terasa keadaan dalam bilik makin membahang. Peluh sudah membasahi baju. Rumah kampung kalau sudah hampir tengahhari memang panas. Lagipun mana ada aircond, Cuma harapkan kipas angin memang mandi peluh kalau duduk dalam bilik.

Tapi dia makin berpeluh sebab pelukan yang erat ditubuh. Dia memandang wajah yang berada disisi. Masih lagi nyenyak tidur. Entah bila Fikri balik. Memang dia tak sedar langsung.

“Dah puas tilik muka abang? Handsome tak? Boleh buat Ira mimpi tak?” soal Fikri perlahan. Nasib baik dia tak tumbuk muka Fikri. Suka sangat buat orang tergejut.

“Bila sampai?”

“Lama dah. Sempatlah bermimpi seround” ujar Fikri. Dia melihat sekilas jam ditangan. Pukul 11.35 pagi. Sejam jugak dia terlelap.

“Kenapa tak gerak orang tadi?”

“Nak gerak buat apa, lagi best Ira tidur. Boleh abang peluk-peluk macam ni. Kalau dah jaga macam ni, nak cuit sikit pun dah banyak bunyi”

“gatal”

“Bangun jom, abang lapar ni. Dengar cerita ada orang masak nasi lemak ”

“Nasi lemak apa lagi kalau dah tengahhari macam ni. Tunggu Ira buat lunch je la”

“tak payah, kita makan yang mana ada je. Lagipun abah cakap tak payah masak. Petang nanti dah nak balik rumah mama pulak”

“Betul ni?”

“Betul la. Ira masak apa pun abang makan je. Mesti sedapkan”

“Ntah”

Fikri hanya tersenyum mengikut langkah Athirah. Kalau hati dah sayang, kena marah pun boleh lagi senyum sampai telinga.

Monday, June 13, 2011

~diA- 13~

“Apa yang Ira rasa berbaloi dengan harga buku tebal stok kamus dewan tu?” soal Fikri tanpa menghabiskan ayatnya. Suka bila tengok muka Athirah yang dah mencuka, tak puas hati la tu.

“Dapat gaji nanti orang belanja makan. Ok?”

“Kalau setakat makan, sekarang pun abang boleh bayarkan. Apa kata offer yang lagi best? Baru sedap sikit dengar. Berbaloi abang keluarkan duit tu”

“tak tahulah” Athirah sudah bergerak ke kerusi yang terletak ditepi koridor. Duduk tengok orang lalu lalang lagi best dari semakkan kepala fikir apa nak bagi dekat pakcik ni. Dia bukan jenis stock pandai buat penghargaan pun. Memang selalu fail bab bagi hadiah dekat orang ni.

“Abang nak cinta Ira boleh?” soal Fikri perlahan. Terkedu Athirah. Tak tahu nak jawab apa. Kenapa suka tanya soalan luar alam macam tu?

“How about, Ira pindah duduk dengan abang?” tutur Fikri bila soalan yang pertama tadi hanya dibiarkan sepi oleh Athirah.

Hampir terlompat Athirah bila tiba-tiba Fikri bersuara disebelahnya. Suka sangat buat orang tergejut. Ingatkan bila orang dah senyap dia takkan menyoal lagi.

“Nantilah, lepas exam” sambil lewa Athirah menjawab.

“exam tu bila?” Soal Fikri. Dia memang kurang gemar kalau orang suka bagi jawapan kurang tepat ni. Rasa macam jawapan tak mengikut kehendak soalan.

“Bulan depan”

“Lambat lagi tu. So abang kena pegang buku ni sampai bulan depan lah?”

Athirah pandang geram pada Fikri. Ni apa kes ni? Dah belikan lepas tu mintak balik? Nak buruk siku ke? Saman baru tahu.

“Habis tu bilanya orang kena pindah?” soal Athirah tak puas hati.

“Hari Sabtu ni? Ira cuti, abang pun cuti. Boleh kita kemas barang Ira sama-sama. Lagipun tak banyak barang pun nak kena bawakkan. Baju dengan buku Ira ajekan”

Athirah pandang muka Fikri. Memang tak reti putus asa punya orang la pakcik ni. Banyak benar idea dalam kepala tu. Rasanya semua dah siap ter ‘plan’ dalam kepala, Cuma tunggu masa nak luahkan.

“tengoklah macam mana nanti. Jom balik.”

“nak balik dah? Baru pukul lima” tty masih santai memandang pada orang ramai yang lalu lalang dihadapan mereka.

“Asar belum lagi ni”

“Kita ke surau je. Nanti boleh ke Taman Belia pulak. Abang tengok macam sesuai je pakaian Ira ni kalau kita ke sana”

Ya Allah, banyak betul la idea dia. Nak ke taman pulak. Nak buat apa? Bersenam? Apa tak cukup keding lagi ke badan ni? Dah macam tulang bergerak pun dah ada ni. Tapi disebabkan malas nak bersoal jawab, diikutkan saja cadangan bijak tu.



Mereka sampai ketika orang sudah ramai membanjiri taman reakasi itu. Nak cari lot parking pun jenuh berpusing. Lepas lima belas minit baru dapat.

“Jom” ajak Fikri. Dia dah mencapai botol air mineral kecil tu. Punya la bijak pergi beli satu je air. Takkan nak kena kongsi kot.

Langkah Fikri diekori jugak. Sejuk kawasan yang penuh dengan pokok-pokok dikaki bukit ni. Tenang dan mengasyikkan jika diabaikan kelibat orang yang lalu lalang dihadapan mereka.

“Ni kenapa lambat sangat jalan ni” Fikri sudah mencapai jemari Athirah. Berjalan seiringan dengannya.

Bila ternampak banyak monyet yang berkeliaran, terus Athirah merapatkan diri pada Fikri. Memang dia gerun sikit dengan haiwan kecil ni. Ganas semacam.

“Takut dengan monkey ke?” soal Fikri bila perasan tingkah Athirah.

“Bukan takut, seriau je”

Fikri hanya tersenyum, bagus juga takut dengan monyet. Dapat dia berjalan rapat-rapat dengan Athirah. Bukan senang nak dapat peluang manja-manja macam ni.

“Kita nak buat apa kat sini?” soal Athirah bila dah setengah dari kawasan itu dijelajah. Dah berpeluh tangan kena gengam dengan Fikri.

“Saja, belajar bercinta. Ni kira keluar dating la. Jalan-jalan sambil berbual dekat taman yang cantik ni”

Athirah pandang ke arah hutan. Malu sungguh bila ada yang memandang mereka. Mana pernah dia berjalan macam ni sebelum ni.

“duduk sana jom” ajak Athirah. Dia dah lenguh berjalan dari tadi.

“penat dah?”

“ye”

“naik air?” botol air sudah Fikri letakkan didalam pegangan. Tak banyak soal terus Athirah minum. Kemudian dia bermain-main dengan tudung botol air. Memang tak tahu nak buat apa kalau duduk sebelah pakcik ni. Lain cerita kalau datang dengan geng tiga suku dia. Confirm dah berkejar bola dekat padang yang luas tu.

Terkedu Athirah bila Fikri turut minum air dari botol yang sudah dia minum. Patutlah dia beli satu je tadi. Nak berkongsi rupanya. Romantik tahap cipan la pakcik ni.

“nak berjalan lagi?”

“Tak mo. Penat”

“habis tu nak buat apa?”

“duduk sini tengok budak-budak main”

“Ok jugak, lepas ni boleh bawa anak sendiri pulak main dekat sini. Sekarang tengok dulu” selamba Fikri bersuara.

“Angan-angan, jauhnya”

“Tu bukan angan-angan, tu namanya perancangan. Hala tuju rumahtangga kita”

“Abang yakin kita boleh bahagia?”

“Selagi Tuhan izinkan, dah Ira bukakan hati untuk terima abang, InsyaAllah semuanya baik-baik saja”

“Bagi Ira masa”

“Nak bagi masa tu tak ada masalah, tapi Ira kenalah belajar terima abang. Dan langkah pertama adalah, kena pindah duduk dengan abang. Boleh?”

“Ira ada pilihan lain ke?”

Soalan dari Athirah mengundang senyum dibibir Fikri. Andai ini harga yang perlu dibayar untuk segala kesilapan lalu, dia akan terus bersabar untuk hari bahagia itu. Dan dia sudah nampak sedikit penerimaan Athirah. Dia perlu lebih peka dan bijak mengambil peluang untuk mencuri hati isteri sendiri.

Friday, June 10, 2011

~diA-12~

“Tak nak terangkan maksud ayat terakhir tu ke?” soal Athirah bila Fikri dah bangun. Menyimpan botol minyak ke atas meja solek. Tak ada tanda-tanda nak sambung perbincangan yang tergendala.

“Dah lewat ni. Tidurlah. Esok nak pergi rumah Mak Ngahkan”

“Apa ngelat neh. Terangkan dulu la.”

“Lain kalilah, abang dah mengantuk ni” cepat Fikri membaringkan badan ke tilam, nak mengelak selagi boleh. Lain kali je terangkan semua tu. Sebab malam ni dia nak mimpi indah-indah tentang Athirah. Dada dah rasa lapang bila dengar cerita Athirah tadi.


Fikri menjengah ke dapur, mencari kelibat Athirah. Hairan jugak ke mana hilang isterinya. Lepas subuh dah hilang. Tak padan dengan sakit.

“Cari apa Fik? Dah macam kucing hilang anak mama tengok”

“Nampak Ira tak ma?”

“Balik rumah bapa mertua kamu rasanya. Dia ada cakap tadi tapi mama yang tak berapa nak jelas”

“Dia tak cakap apa pun”
“Dia tak cakap ke kamu yang tak dengar?”

“entah. Fik gerak dulu ma. Nak ke rumah abah kejap. Cari Ira”

“Dah tak boleh berenggang ke sekarang? Kalau dulu, asyik nak bergaduh je. Semuanya buruk bagi kamu”

Fikri hanya tersenyum mendengar sindiran mamanya. Tak boleh nak kata apa. Memang semua tu betul dulu. Sekarangkan dia dah sayang terlebih dekat budak comel tu.



“Abah ni, dengan anak sendiri pun berkira tahap tenuk. Bolehlah abah” Pujuk Athirah pada Pak Man yang masih asyik menyiram pokok bunga.

“Tak senang abah nak hantar Ira, abah nikan sibuk”

“Sibuk menda, asyik mengikut Pak Kasim pergi sembayang mayat je. Alah, ponteng sehari je. Bolehlah bah. Ira ada kelas petang ni ja”

“Anak manja sayang, Ira tu dah kahwin, ada suami sendiri. Minta Fikri hantar. Bukan dia kerja pun hari ni. Kesian dekat orang, abah dah janji”

Athirah duduk di depan pintu. Geram betul dengan abah ni. Berkira sangat kalau nak menghantar dia. Kalau dengan orang lain laju je abah menolong.

“Ha, panjang umur laki Ira tu. Baru disebut dah sampai” ujar Pak Man bila Fikri memberhentikan motosikal dihadapan rumah.

“Ni kenapa muka muncung macam donald duck ni bah?”

“Kamu tanya sendiri Fik, malas abah nak melayan. Merengek mengalahkan budak kecik. Tak sedar yang dia dah boleh jadi mak orang”

“Abahhhhhh.”

“Menjerit macam tu, nak kena tape mulut?” Pak Man dah jegil mata.

“menyampah”

“Ni kenapa menyampah dengan abah pulak ni?” soal Fikri. Dia duduk disebelah Athirah.

“Ha, eloklah tu. Pagi-pagi dah bersanding depan pintu. Fik tolong hantarkan Ira pergi kelas petang ni boleh? Abah dah janji nak ke Kepala Batas sembahyang mayat pukul sebelas nanti. Tak tahu pukul berapa nak sampai rumah.”

“Tak ada masalah.”

“tengok, bukan susah pun. Saja mengada”

“Dah sarapan?” soal Fikri. Athirah hanya mengeleng.

“Nak pergi rumah Mak Ngah dulu atau nak makan dulu?”

“Jumpa Mak Ngah dulu”

“Kalau macam tu, jom cepat”

Athirah pandang tiga kali Fikri yang sudah menghampiri motosikal milik Abang Long. Takkan nak kena naik motor dengan pakcik ni. Tak pernah dibuat selama kahwin ni.

“Kita jalan kaki ajelah” Cadang Athirah.

“Tak naklah, nanti balik panas”

“Tak mau sudah, Ira jalan sorang. Abang naik la motor.”

“Ni kenapa degil sangat ni. Nak abang cakap dekat abah ke?” ugut Fikri. Dah malas nak bertelingkah dengan Athirah. Dengan Pak Man je Athirah takut pun. Biar dia kena marah dengan Pak Man.

“yelah, yelah.” Athirah memanjat jugak dibelakang Fikri.

“Abah, jangan lupa masak tau. Ira nak sarapan dekat sini” pesan Athirah sebelum Fikri berlalu ke rumah Mak Ngah.


Kelibat Mak Ngah yang sibuk menyapu daun kering sudah dapat dilihat dari jauh. Rajin betul Mak Ngah ni, macam arwah mak dulu. Muka pun nak sama macam arwah mak sebab Mak Ngah kakak arwah. Jadi tiap kali rindukan mak memang dia datang bermanja dengan Mak Ngah. Tapi kena sabar sikit dengan mulut laser tak ada filter tu.

“Hai pengantin basi, awal pagi dah merempit. Ira jangan duk ajar Fikri jadi mat rempit pulak”

“Apa ni Mak Ngah. Orang baru sampai ni cubalah sambut dengan ayat yang sedap sikit. Bagi makan ke? Ini asyik nak perli je”

“Tak betul ke? Selama hari ni mana pernah Fikri ni naik motor. Sejak kahwin dengan kamu je dia dah tertukar, mengikut meroyan kamu”

“Apa ajelah”

“Jom masuk. Fikri, masuklah”

Fikri mengikut langkah Athirah yang sudah masuk. Memang tak reti malu sungguh la isteri dia ni. Main redah masuk je dalam rumah orang.

“Hai Ira, awal datang.” Tegur Azmi, sepupu Athirah.

“Biasa la aku rindu dekat hang. Bila balik?”

Riuh ketawa Azmi bila mendengar jawapan Athirah “Aku balik malam tadi. Ni laki hang ka?.” Soal Azmi. Tangan dihulurkan pada Fikri.

“Ops lupa yang hang tak pernah jumpa dia lagi. Nilah Fikri. Abang ni anak bongsu Mak Ngah. Azmi nama dia. Masa kita kahwin dulu dia ada dekat Lubnan”

“Oh, Army la ni?” tengok gaya rambut pun dah boleh agak kerja apa.

“Prebet cabuk je. Ni apahal awai sampai sini dah?”

“Bahu Ira terkehel” jawab Fikri.

“Bergaduh lagi?”

“Mana ada”

“Dah tu? Bersilat dengan Fikri ke?”

“Hang nak kena sekeh? Cakap merapu”

“Duduk sini Ira, nak bercakar je kamu berdua ni. Pantang sungguh berjumpa.”
Athirah duduk senyap dihadapan Mak Ngah. Kalau bab mengurut ni Mak Ngah memang serius. Tak boleh diajak melawak langsung. Kalau sibuk buat lawak nanti, naya je Mak Ngah tekan. Jenuh nak menjerit sakit.

“urut kuat-kuat sikit mak, biar dia menjerit macam orang gila” ujar Azmi. Dia duduk disebelah Fikri. Saja nak sakitkan hati Athirah.

“Ni bila lagi nak ada anak ni? Dah enam bulan kahwin takkan tak ada apa-apa lagi?” bebel Mak Ngah. Athirah dah tunduk , pandang hujung seluar sendiri. Nak jawab apa? Memang tak pernah ada dalam plan pun. Rasa macam bujang lagi pun ada jugak.

“InsyaAllah, esok-esok ada la. Bagi la peluang kami bercinta dulu”

“Banyak la alasan kamu Fikri. Jangan diikut sangat sewel si Ira ni. Tak terlayan nanti.”

“Tak adalah Mak Ngah” Fikri pandang Athirah yang senyap. Tak menyampuk langsung. Diam mendengar bicara Mak Ngah dan dia.

“Dah makan?” soal Mak Ngah bila selesai mengurut. Memandang wajah anak saudara yang senyap. Athirah kalau ditanya pasal benda yang dia tak suka, memang dia akan diam.

“Belum, nanti balik makan dengan abah”

“sudah-sudah la manja dengan abah kamu tu, sekarang ni dah kena bermanja dengan suami. Biarlah abah kamu tu bergembira dengan kawan-kawan dia pulak. Ingat sikit yang kamu dah kahwin, jangan nak duduk bawah ketiak abah lagi.”

“yelah”

“jangan iyakan saja. Bila nak pindah duduk dengan Fikri?” Serius Mak Ngah bertanya.

“Apa ni Mak Ngah”

“Betul la. Dah abah kamu tak kuasa nak menegur biar Mak Ngah yang cakap sebelum orang lain mengata”

“Nanti orang pindah la. Sekarang ni tengah sibuk nak periksa. Tak ada masa nak mengemas”

“Banyak sungguh alasan kamu Ira.”

“Kami balik dululah” cepat Athirah berlalu ke pintu rumah.

“Macam tulah kamu, bila orang tegur mula la nak lari”

“Taklah, memang nak balik pun. Kejap lagi abah nak keluar dah. Ira pun ada kelas petang ni”

“Esok nak urut tak?”

“Esok orang kerja la Mak Ngah. Nanti malam la orang datang”

“Yelah”




Mereka sampai ditengah jambatan bila Athirah mendapat SMS dari Fatimah. Kelas petang ni dibatalkan. Geram betul, bukan nak inform awal-awal.
“Ni kenapa muka macam arnab hilang carrot neh?”

Athirah pandang muka Fikri. Apa punya pelik peribahasa dia guna ni? Tak pernah dengar pun.

“nanti pusing balik la. Class cancelled”

“Oh, patutlah. Bukan kalau tahu kelas takde muka kena happy ke?”

“memang happy la kalau duduk dekat rumah lagi, ni dah atas bridge. Apa barang”

“Oklah tu, boleh kita pergi dating”

“Dating????????” macam tak percaya Fikri bagi idea macam tu dekat dia.

“yelah. Gi pantai seagate nak?”

“Seagate? Takde tempat best sikit ke? Seagate tu zaman tok kaduk je orang pergi. Sekarang orang lepak depan Quensbay la”

“Kalau macam tu kita pergi situ jelah”

“Tak nak la, panas” ada ke ajak lepak tepi pantai pukul 2 petang. Mahu berkilat dia esok.

“Habis tu nak pergi mana?”

“Shopping”

“Ok”



“Nak beli apa?” soal Fikri bila dah setengah jam asyik berpusing dalam mall. Tapi tak beli apa benda pun. Tadi dia yang cakap nak shopping.

“Tak ada yang berkenan”

“Baju?”

Athirah hanya menggeleng.

“Jeans?”

Athirah tetap menggelang. Nak beli menda kalau hari ni 28 haribulan. Gaji mana masuk lagi. Duit yang ada cukup-cukup sampai 31 ni. So sekarang jamu mata sudah.

“Jom cari baju kerja abang la. Dah lama tak beli kemeja baru”

Athirah mengikut langkah Fikri ke dalam Jusco. Temankan aje. Bukan susah pun. Boleh jugak jamu mata.

Boleh tahan cerewet Fikri memilih baju. Ada saja yang tak kena dimata. Patutlah banyak bunyi sangat masa mama pinangkan dia dulu. Semua tak kena di mata.

“Ira, ok tak?” sehelai kemeja berwarna kuning air diacukan pada badan.

“Ok je”

“Ok, abang ambil yang ini.”

“Kita nak ke mana lagi? Ira tak nak beli apa-apa? Don’t worry, abang bayarkan”

“Takpelah”

“serius ni. Tak payah nak malu”

Baru nak menolak lagi, mereka melewati dinding pameran Border. Buku ‘Doctor in the house’ macam melambai-lambai suruh beli. Dia dah baca satu chapter dekat popular hari tu. Nak beli poket dah kering. Ni bila ada yang offer takkan nak tolak lagi.

“Nak buku tu boleh?”

Fikri pandang muka Athirah. Dalam banyak-banyak benda, buku yang Athirah minta.

“Takde hal. Jom masuk”

Senyum lebar Athirah bila buku sudah berada ditangan. Free lagi.

“So apa balasan abang dapat belikan buku untuk Ira?”

“nak kena bayar ke?”

“mestilah”

Athirah dah muncung. Ingatkan ikhlas nak bayarkan. Ada dinasour dibalik Jusco rupanya.

“Nak apa?”

“abang nak…”

Thursday, June 9, 2011

diA~11~

“Boleh suap makanan sendiri tak ni?” Soal Fikri bila tengok pelik semacam Athirah suap nasi lemak ke mulut. Lagi banyak jatuh ke pinggan balik dari masuk ke dalam mulut.
“Boleh”
“Sure? Abang tengok lagi banyak keluar dari masuk dalam mulut tu. Bilanya nak kenyang?”
“Tak apa, slow-slow”
“Bak sini abang tolong suapkan” Fikri dah ambil sudu dari tangan Athirah. Kesian pulak tengok Athirah yang terkial-kial nak makan.
“Eh, tak payah” Cepat Athirah bangun dari kerusi. Tak payah nak buat drama dekat dapur mama ni. Buat malu je kalau ada yang ternampak nanti. Malu terpegang tangan tadi pun tak habis lagi.
“Duduklah, nak malu dekat siapa? Kita ni dah kahwin tahu. Bukannya zaman bercinta”
“Ira, dah sudah makan ke?” Mama dah terpacak dekat pintu.
“Dah mama” Athirah menghela nafas lega. Nasib baik mama muncul tepat pada masa.
“Abah Ira datang tu”
“Hah? Abah?” ini betul-betul bala dah datang. Macam mana Pak Man tahu dia balik ni, perit kejap lagi telinga nak mendengar nasihat biasa.
“Iya, abah Ira ada kat depan dengan papa. Pergilah. Fikri, dah sudah belum? Dari tadi makan tak sudah-sudah”
“Dah lama sudah. Temankan isteri tersayang je”
“kalau dah, pergi layan bapa mertua kamu tu. Tak payah nak jadi ulat bulu dekat dapur ni”
“jom sayang. Jumpa abah” Fikri menarik tangan kiri Athirah ke ruang tamu. Kelat muka Athirah bila ditarik ke hadapan. Nak kena betul pakcik ni, tak tahu ke orang tengah susah hati ni. Nak jawab dekat abah kejap lagi?

“Abah, bila sampai?” Athirah tunduk menyalami tangan Pak Man diikuti oleh Fikri.
“Baru ja. Dah baik tangan Ira tu?” Tu dia, soalan membunuh yang pertama. Terus ke tajuk utama. Dah tak ada kona-kona.
“Baik dah Bah. Mak Ngah dah urut tadi”
“Berlanggar dengan apa pulak kali ni? Dari dulu abah cakap jangan main game yang boleh cederakan Ira lagi. Ingatkan bila dah kahwin tak ada dah terkehel ni. Ni kenapa buat balik perangai dulu? Dah lupa apa yang arwah mak pesan?” tanpa henti Pak Man bersuara. Meluahkan segala yang terbuku dihati.
“Abah, Fik yang izinkan Ira main dengan kawan-kawan dia. Abah jangan lah marah Ira” Bela Fikri bila tengok Athirah Cuma diam memandang lantai.
“Kamu jangan nak sebelahkan dia Fikri. Nanti makin melampau dia. Sampai bila dia nak buat lupa yang dia tu dah kahwin. Asyik sangat berseronok dengan kawan-kawan bujang dia. Kamu pun dia buat tak tahu”
Athirah tunduk menekur lantai. Kelu nak menjawab, bila abah dah sebut nama arwah mak memang tahap kesabaran abah dah sampai ke puncak.
“Ira nak macam mana lagi? Tak cukup baik ke Fikri ni? Suka sangat ke hidup tak ada hala tujuan tu. Tak puas lagi nak susahkan hati abah? Ni nak libatkan suami sendiri pulak?”
“Abah, Ira minta maaf. Ira tak sengaja, bukan Ira nak susahkan abah.”
“Entahlah Ira. Abah pun dah tak tahu nak cakap apa”
“Abah, Fik janji ini kali terakhir abah tengok Ira cedera macam ni. Lepas ni dah tak ada macam ni. Ini janji Fik”
Fikri pandang muka sedih Pak Man. Sungguh ini janjinya. Dia sendiri tak sanggup nak tengok Athirah cedera lagi. Kesian sungguh tengok Athirah yang membisu. Langsung tak mengangkat muka.
“Terpulanglah pada Fik. Isteri Fik, Fik ajelah yang bentuk. Abah dah serahkan dia pada Fik.”
“Abah jangan marah-marah lagi ye. Kesian dekat Ira, dah la sakit abah pulak marah-marah macam ni. Mesti dia lagi sakit. Tak ada pun abah nak peluk dia macam selalu”
Isteri yang berada di sisi ditarik ke dalam pelukan. Tak sampai hati nak tengok mata yang dah merah tu. Tak pernah selama ni dia tengok budak degil ni menangis. Selalu muka tak perasaan je yang Athirah usung.
“Abah nak balik dah, ada meeting. Jangan lupa pergi urut dengan Mak Ngah sampai baik” Pesan Pak Man. Dia sudah bangun menuju ke pintu.
Athirah mengikut langkah Pak Man. Bila Pak Man sudah duduk di atas motor baru dia mendekat. Tanpa kata dia memeluk tubuh abahnya. Dan airmata laju menuruni ke pipi.
“Abah, Ira minta maaf. Bukan nak susahkan hati abah, tapi Ira ada game semalam. Kesian dekat diaorang kalau Ira tarik diri. Janji lepas ni tak main dah”
“ikut Iralah”
“Ira janji ni. Abah janganlah marah”
“Buat dulu baru cakap, jangan pandai berjanji saja”
“Ira sayang abahhhhhhh”
Fikri hanya tersenyum di depan pintu melihat Athirah memeluk Pak Man. Siapa kata orang ganas macam tu tak manja. Ni dah terlebih manja pulak dia tengok. Bila Athirah nak manja macam tu dengan dia pulak?


Hampir lima minit Fikri berdiri ditepi pintu. Memerhati gelagat Athirah dibirai katil. Ingatkan dah tidur. Tapi yang pasti dia nampak Athirah mengesat mata. Ni mesti menangis. Masih terasa hati dengan kata-kata Pak Man pagi tadi agaknya.
“Ira…buat apa?”
“Tak buat apa” cepat Athirah mengalih pandang dari wajah Fikri. Segan andai Fikri nampak dia menangis. Mana pernah dia menangis depan orang lain kecuali abah.
“Kenapa tak tidur lagi?”
“Ni tidur la ni”
“Dah sapu minyak dekat bahu?”
“Belum” Dia sendiri dah terlupa dengan bahu yang sakit bila teringatkan arwah mak.
“Sini abang tolong”
“Eh, takpelah. Ira buat sendiri” segan okey! Nanti entah sampai ke mana tangan tu menjalar. Jenuh nak bersilat nanti.
“Lenguh nanti. Duduk sini diam-diam. Abang sapukan minyak” dalam terpaksa Athirah duduk jugak dihadapan Fikri. Sejak bila pakcik ni pandai memaksa ni?
“Nak cerita dekat abang kenapa Ira menangis tadi?” soal Fikri perlahan.
“Mana ada”
“Tak payah nak tipu. Abang ni tempat Ira bergantung harap, berkongsi susah dan senang. Jangan buat abang macam orang asing dalam hidup Ira. Ira boleh kongsi apa saja dengan abang”
Lama Athirah diam. Cuba memahami apa yang cuba disampaikan oleh Fikri.
“Menung pulak dia. Abang tengah cakap dengan Ira ni”
“Dengar”
“So, kenapa menangis?”
“Teringat mak”
“sebab abah marah pagi tadi?”
“Lebih kurang”
“Dah lama abang nak tanya, tapi tak pernah ada peluang. Macammana Ira boleh berubah?”
“berubah?” Soal Athirah hairan. Berubah benda? Dia tak rasa pernah tukar apa-apa pun.
“Ok-ok, kita mula dari awal cerita. Boleh?”
“Ira ada pilihan ke?”
Fikri senyum dengar soalan Athirah. Comel sungguh bila Athirah buat muka kanak-kanak tak bersalah tu.
“Bila last sekali kita jumpa sebelum kahwin?” soal Fikri.
“Eeeemmmm, hari raya tahun lepas” jawab Athirah lepas lama berfikir.
“Raya? Bilanya?”
“Dekat kubur. Tak ingat ke?”
“Serius? Kenapa abang tak ingat?”
“Mana tau”
“Ira kenal abang masa tu?”
“Kenal sebab nampak mama ada sebelah abang”
“Maknanya, budak perempuan yang mama peluk masa tu Iralah?”
“Eh, ingat pulak?”
“Tapi kenapa masa tu nampak lain?” berkerut-kerut dahi Fikri bila cakap ‘lain’ tu.
“Lain?”
“Orang yang mama peluk tu nampak comel, lembut dan ayu sangat”
“menyampah, nampak sangat gatal walaupun ada dekat kawasan kubur. So dalam ingatan abang bila kali terakhir kita jumpa?”
Tersenyum Fikri bila Athirah turut bertanya. Ingatkan dah tak mahu ambil kisah.
“Bulan pertama tingkatan empat. Sebelum dapat masuk MRSM. Hari terakhir abang dekat sekolah tu, Ira kena denda berlari keliling padang sebab tak bawa kerja rumah”
Athirah dah tergelak riuh. Buruk sungguh memori Fikri tentang dirinya. Patutlah asyik ajak bergaduh masa bertunang dulu. Semua yang buruk je Fikri ingat pasal dirinya.
“Tu sebab marah mama pinangkan Ira untuk abang? Dan asyik nak gaduh dengan Ira”
“Salah abang, terlalu mengikut perasaan. Tak selidik langsung pasal Ira, tapi terus nak marah dan salahkan Ira dan pilihan mama”
“Tahu, Kak Long dengan mama selalu cerita pasal abang. Suruh bersabar dengan angin putting beliung tak tahu dari mana tu”
“Iye? Malunya.”
“Kenapa tak suka Ira?”
“Mungkin sebab dalam kepala Cuma ada kenangan lama. Cuma nampak yang buruk-buruk pasal sejarah Ira. Tiga tahun kita sekelas, kira sejarah kalau Ira tak buat masalah. So bila mama cakap Ira baik, benda tu macam mustahil. Rasa macam Ira berlakon depan dia orang je”
“Memang Ira bukan budak baik pun, tu sebab mak meninggal dan abah marah sangat dekat Ira” Perlahan Athirah menutur.
“Ira, abang tak bermaksud macam tu” serba salah Fikri bila Athirah cakap macam tu.
“Serius, kalau abang kenal Ira empat tahun lepas memang apa yang ada dalam memori abang tu semua betul. Lepas SPM dulu, Ira memang tak sambung study dekat mana-mana. Seronok dengan dunia remaja. Merempit, bergaduh tu perkara biasa. Terkeluar sendi sana sini tu dah kerap sangat. Sampai Mak Ngah pun dah boring nak betulkan. Mak yang selalu menangkan Ira bila abah marah. Ada satu hari tu, kita orang bergaduh teruk, parah jugak kena hentak sampai masuk ICU. Dan bila mak dapat berita tu, mak jatuh. Ira tak pernah tahu mak ada sakit jantung. Mak meninggal sehari lepas tu. Memang itu penyebab Ira tinggalkan semua benda buruk tu. Ira sambung study balik, jadi anak yang baik untuk abah sebab Ira tahu abah kecewa dengan sikap Ira dulu. Dah lama Ira main futsal, tak pernah pulak cedera. Mungkin sebab sendi Ira dah banyak kali terkehel, langgar sikit pun dah masalah sekarang. Maaf menyusahkan abang dan mama”
“Ira, abang tak marah la. Ira yang ada depan abang sekarang dah cukup baik. Abang dah jatuh cinta dekat Ira sejak hari akad nikah kita lagi. Cuma Ira yang jual mahal”
“Eh, salahkan kita pulak.”
“Iyelah”
“Jatuh cinta sejak hari akad nikah?” soal Athirah pelik. Fikri dah garu kepala. Macam mana boleh terlepas cakap ni? Patutnya kena simpan sampai Athirah cakap sayangkan dia dulu.

Wednesday, June 8, 2011

~ diA - 10 ~

Athirah menoleh sekilas pada Fikri yang dah terlentok ke tingkap, patutlah senyap, tidur rupanya. Kesian pulak tengok. Muka letih sungguh. Perjalanan yang baru melepasi Air Keroh membuatkan dia menambahkan kelajuan. Mengantuk sungguh memandu ikut had laju highway ni. Siapa la engineer yang bertanggungjawab letak speed limit 110 ni? Ingat bawa motor ke? Motor pun orang tak bawa 110 km/j kat jalan lurus lagi benar ni. Bosan!

“Dah banyak ke kumpul surat cinta?” tergejut Athirah dengar suara garau tu. Buka mata je dah menyakitkan hati orang. Mata dilarikan pada panel meter…. Huhuhhuhu..150km/j. Patut la pakcik ni berbunyi. Tapi rasa macam slow je bawak. Ke sebab bawa kereta mahal jadi rasa pun macam slow. Selalu kalau bawak kereta wira tu, baru nak lepas 130 dah macam-macam bunyi.
“Banyak dah. Jangan lupa bayar nanti” jawapan tak nak kalah. Saja nak sakitkan hati orang tu. Ingat dia sorang pandai sakitkan hati, ini lagi la pandai bab tu.
“Setakat kena saman abang tak kisah, duit boleh cari. Takut accident je, jenuh abang susah hati kalau jadi apa-apa dekat Ira”
Terdiam Athirah dengar jawapan Fikri. Ingatkan nak ajak bergaduh tadi, rupanya orang tu bertanya ikhlas. Sayang jugak dekat bini dia ni.
“Tak lapar ke?” Soal Fikri bila suasana kembali sunyi.
“Abang lapar ke? Kalau lapar kita berhenti la dekat R&R lepas ni”
“Ok lagi rasanya. Sampai Skudai nantilah kita makan. Ira tak penat ke? Bagi Abang drive la”
“Tak pa, Ok lagi. Takda masalah”
Keadaan kembali sunyi. Hanya lagu perlahan memenuhi ruang. Athirah tekun dengan pemanduan.
“Oh nenek kau!” kuat Athirah melatah. Tergejut bila terasa jemari Fikri singgah di atas jemarinya. Nasib baik tak tertarik stering sekali, kalau tidak dah selamat langgar divider jalan.
“Sorry, Abang tak tahu pulak Ira tergejut”
Athirah hanya membisu, dia buat dah. Ingatkan selamat la dari penggoda kelas pertama ni sampai ke Johor. Ini dia dah buat perangai terlebih hormon ulat bulu. Dia jugak yang geli. Kadang-kadang dia hairan jugak macam mana Fikri boleh berubah hati terima dia lepas kahwin padahal sebelum tu dah macam nak membunuh. Nak kata dia bomohkan Fikri, langsung tak ada.
“Fikir apa sampai berkerut-kerut dahi macam tu?”
“Pasal abang” Athirah tutup mulut sendiri. Apasal la mulut ni selalu terlepas cakap. Tak reti nak cover tuan langsung.
“Topik menarik tu. Tapi kenapa berkerut teruk sangat?”
“tak ada apalah”
“Cakaplah”
“tak ada apa. Mana kad tol?”
“Kad? Mana ada kad, kan abang lalu smartag tadi. Pening betul la Ira ni” jawab Fikri bila mereka sudah sampai di Plaza tol Skudai. Fikri senyum sendiri, jarang nak tengok Athirah gelabah macam tu.


“Abang hantar Ira pergi lab, nanti lunch abang jemput”
“Tak payah , tak tahu pukul berapa nak siap. Nanti nak balik Ira call. Abang pergilah bersuka ria kat mana-mana dulu”
“Tak apa, abang hantar Ira lepas tu abang nak balik tidur kat hotel. Claim balik semua tidur yang dah lepas”
“Ikut suka la”

Handphone yang bergetar di atas meja menarik minat Fatimah yang tekun menulis keputusan ujikaji. Athirah masih bertungkus-lumus memasang radas untuk ujikaji esok. Dijengah pada skrin.
“Ira, Encik Fikri called” Jerit Fatimah.
Merah muka Athirah, memang nak kena la Cik Timah ni. Tak boleh ke cakap slow-slow sikit. Ini, satu lab boleh dengar suara dia.
“Ira, tak habis lagi ke lab?” serak suara Fikri menyoal. Baru bangun tidur ke apa pakcik ni.
“Lagi setengah jam.”
“Kalau macam tu, nanti Ira keluar lab abang ada park kereta belah kiri.”
“Abang ada kat mana ni?”
“Kat luar lab”
“Ya Allah. Kenapa tunggu dekat sini?”
“Abang susah hati la. Tak boleh nak duduk dalam hotel. Dah pukul dua pagi ni”
“tunggu kejap, dalan 10 minit orang keluar”
“Okey”
Kepala yang tak gatal digaru. Kacau betul la pakcik sorang ni. Terlebih protective la pulak. Memang tak siap la kerja malam ni.
“Kau kenapa Ira? Dah macam beruk aku tengok”
“Encik Fikri ada kat luar. Kita berhenti dekat sini dulu la. Esok kita sambung. Sempat rasanya”
“Ohhhh, abang sayang dah datang. Kau pergilah balik dulu. Aku kena tunggu budak-budak tu. Don’t worry, nanti aku set upkan radas yang terbengkalai tu”
“Thanks Tim”
“Takde hal. Aku faham orang baru nak belajar honeymoon ni, mana boleh pisah lama-lama”
“Blah la kau. Dah baik ada jugak nak kenakan aku. Aku gerak dulu. Jumpa esok pagi”
“Kirim salam dekat Encik Fikri ye”
“Yolah”





Athirah mencapai beg pakaian, jeans yang pakai tadi dilipat kemas dan dimasukkan ke dalam beg. Fatimah dan Katty dah keluar dari bilik persalinan. Cuma tinggal dia dan Zakiah.
“Cepat la wei, lambat macam bersiap nak pergi dating. Bising dia orang nanti.”
“Kau reti sabar tak? Tak nampak aku tengah buat apa”
“Kau ni, lipat seluar je pun. Bukan susah mana, tapi apasal lama sangat. Nanti lewat main, lewat la kita balik. Marah laki kau. Kitaorang ni takpela, anak dara mak ayah je. Kau tu bini orang”
“Boleh tak kau jangan ingatkan status ngeri tu”
“Ngeri konon, padahal loving nak mampus masa dekat Johor.”
“Tolong sikit”
“Tak payah nak ngelat. Kita orang nampak tau masa kau keluar makan. Siap makan bersuap lagi. Mana nak lari”
“Merapu je, cepat sikit”
Athirah segera keluar dari situ. Tak sanggup nak dengar lebih lagi. Malu siot. Macam mana budak-budak ni tau semua tu.

Tangan yang semakin sakit membuatkan Athirah kembali duduk ditepi padang. Nak bangun pun rasa tak larat. Ni semua bahana terlebih semangat nak menang tadi, dia terlanggar dengan Fatehah. Dan rasanya bahu dah terkehel.
“Ira, ok tak ni?” Fatimah dah duduk bertinggung disebelah.
“Bahu aku terkeluar sendi rasanya. Nak angkat pun dah tak boleh ni”
“habis tu macammana? Nak pergi klinik?”
“Tak payah la, kau orang main bagi habis dulu. Aku tunggu dekat sini”
“Kalau macam kejap aku pergi ambil minyak angin. Sapu dulu sebelum bengkak teruk”
Semua teman-teman duduk berhampiran Athirah bila permaian sudah tamat. Masing-masing sibuk melihat bahu Athirah yang sudah membengkak.
“Kau nak balik macam mana ni?”
“Kau hantar aku boleh tak Katty?”
“Nak hantar tu boleh, takut kena angin nanti makin teruk pulak. Kita semua naik motor je tadi”
“Suruh laki kau ambil la Ira” Cadang Fatimah.
“Malas la, entah-entah dia dah tidur” perlahan Athirah bersuara, jam ditangan dipandang. Dah pukul 12 tengahmalam.
“Dah tu, aku call bapak kau? Nak?” Athirah pandang geram pada Fatimah. Suka sangat bagi cadangan yang menyakitkan hati.
“Tu nak menempah maut.”
“Call Fikri la, suruh dia ambil. Ni bukan benda main la Ira”
Dalam terpaksa, nombor telefon Fikri didail jugak. Memang tak ada pilihan lain. Mau kena sembelih kalau telefon Pak Man. Dah selalu sangat dia kena marah bila cakap nak pergi main futsal. Ni bila cedera cari Pak Man pulak, memang betul jolok sarang tebuan.

“Nak pergi klinik ke?” soal Fikri bila dah selamat masuk dalam kereta. Memang pakcik sorang ni tak cakap banyak. Terus je datang dan ambil isteri dia. Marah pun tidak. Cuma muka nampak risau terlebih.
“Tak payah la”
“Habis tu?”
“Esok je la pergi urut dekat Mak Ngah”
“tak sakit ke?”
Athirah pandang muka Fikri. Tak percaya orang bijak pandai boleh tanya soalan bodoh tu. Dah bengkak macam ni takkan tak sakit.
“Tak”
Fikri tersenyum dengar jawapan menyindir Athirah. Marah la tu. Kalau tidak takkan nak jawab tak logik macam tu.
“Kita pergi klinik amik pain killer dulu. Lambat lagi nak tunggu siang. Nasib baik esok tak kerja.”
“ikutlah” Memang dah tak tahan sakit pun. Masa sakit macam nilah nak ingat dekat arwah mak. Dulu kalau terkehel, mak yang jaga. Dan tak sedar jugak air mata dah membasahi pipi.
Tergejut Fikri bila tengok Athirah menangis. Sakit sangat gamaknya.
“Kejap lagi sampai klinik. Jangan la menangis macam ni.”
Athirah hanya membisu. Kan Fikri dah salah faham. Tapi tak kisah la, asalkan tak kena marah.


“Ira, macamman boleh jadi macam ni?” Mak mertua sayang dah siap terpacak depan pintu rumah bila kereta Fikri berhenti tadi.
“Accident la ma”
“Accident?” Muka mama dah tergejut semacam bila ulang jawapan Athirah.
“Eh, silap. Terlanggar kawan masa main bola semalam. Terkehel sikit”
“Dah urut belum?”
“Belum ma, tu sebab awal pagi lagi dah sampai sini. Ada orang tu, sepanjang malam mengingau” jawab Fikri.
“Jom pergi rumah Mak Ngah”
“Kita naik kereta ajelah ma. Cepat sikit sampai”

“Langgar apa pulak kali ni Ira?” soal Mak Ngah bila mereka melangkah ke dalam rumah.
“Orang” selamba Athirah menjawab. Dia duduk diruang tamu yang luas.
“Kamu ni, tak serik-serik kan. Dari ada arwah sampai sekarang, ada saja yang terkehel. Ni abah kamu dah tahu belum?”
“Tak, jangan la cakap dekat abah. Sakit telinga orang kena dengar ceramah nanti”
“Habis tu dia tak tahu lagi la ni? Nasib baik orang dah ada laki la ni. Ni kira kamu subahat dengan dia la ni Fikri?”
“Eh, mana ada” Ujar Fikri. Dia turut duduk disebelah Athirah.
“Kalau tak ada, tolong pegang kaki budak degil ni. Nanti sekali dengan Mak Ngah kena sepak dengan dia. Dia punya kaki ni terlebih refleks. Pantang kacau sikit mula nak bersilat.”
“Yelah” Fikri duduk dihujung kaki Athirah. Memandang muka yang berkerut tiap kali jemari Mak Ngah memicit lengannya.
“Perlahan la sikit Mak Ngah. Sakit la”
“Oh, masa main tak ingat nak sakit”
“Auuuwww. Mak Ngah ni nak bunuh orang ke apa?”
“Mengada, bukan sakit sangat pun. Lebih dari ni pun kamu dah rasakan” sekali lagi tangannya ditekan kuat oleh Mak Ngah.
Tanpa sedar, jemari Fikri digengam erat. Dulu, dengan mak tempat dia bertahan bila dikerja oleh Mak Ngah.
Belas Fikri melihat muka orang tersayang menahan sakit. Jemari Athirah, diusap lembut.
“Oit, bercinta pulak masa-masa ni. Dah, esok pagi kita urut lagi”
Teguran Mak Ngah membuatkan Athirah tersipu malu. Macam mana boleh tak sedar terpegang tangan Encik Fikri ni. Adeh!

kekawan

About Me

My photo
only a simple person with the simple mind....:-) semua layan jek....