Penulis: Fisha
ISBN: 978-967-0508-02-3
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: mulai 8 Okt. 2012
Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan;
Buang emak buang saudara,
Kerana kekasih hamba turutkan.
Atas dasar cinta, Shahira rela kehilangan keluarga yang selama ini menjadi tulang belakangnya. Iqmal pula merahsiakan perkahwinan mereka daripada pengetahuan keluarganya. Walaupun hidup sederhana, mereka bahagia. Namun, cinta mereka teruji apabila mereka terpaksa berpisah untuk menuntut ilmu.
Langit tidak selalu cerah, begitu juga hidup mereka. Kecelakaan menimpa Iqmal, lalu dia terputus hubungan dengan Shahira. Shahira pula terpaksa mencari tempat bergantung baharu setelah Iqmal hilang tanpa dapat dikesan.
Sepuluh tahun berlalu, barulah mereka bertemu. Pertemuan yang tak disangka menyebabkan Shahira melarikan diri daripada Iqmal. Ada rahsia yang dipendam Shahira. Siapa Adi dalam hidup Shahira? Masihkah ada maaf daripada Shahira untuk Iqmal? Dan, bagaimana pula dengan penerimaan keluarga mereka?
kau umpama matahari malam untukku, tidak kelihatan namun sentiasa ada
***
FISHA, gadis dari utara tanah air ini menulis dengan gaya bahasa yang santai namun membuai perasaan pembaca dalam Takkan Pernah Berubah. Sungguh, hati wanita itu sekeras kerak nasi. Andai disiram air, maka lembutlah ia.
11 comments:
Fisha.. Tahniah!
Bila nak g JS, nak minta tt TPB
Ija...
thanks...
gi JS? huhuhuhuuhu...tunggu jemputan dan karpet merah boleh?
tunggu TPB ada dekat dalam pelukkan dulu baru boleh fikir rasanya....
tahniah!!
tahniah!
congrat's sis..
lama tgg nak dapat pegang buku ni..
Salam, Tahniah...Takkan Pernah Berubah dah ada di rak buku Jemari Seni...:), boleh datang beramai2 ke Taman Kajang Impian off Jemari Seni untuk 'berkenalan' dgn Iqmal & Shira...
salam sis,
kalo nk beli direct novel ni dari sis bleh?ada chance nk dpt TT..hihi
dear diari neesa,...
email akak ok....
Boleh order lg tak novel takkan pernah berubah ni?best la citer ni..dah byk kali sy baca..congratulation fisha
Boleh order lg tak novel ni?best jalan ceritanya. Tahniah fisha
rosnani...
terima kasih, boleh beli terus dari web site JEmari seni
Post a Comment